Vicente Ramón Guerrero Saldaña (10 Ogos 178214 Februari 1831) merupakan seorang pemberontak utama dalam Perang Kemerdekaan Mexico. Beliau juga bersama dengan Guadalupe Victoria untuk melancarkan pemberontakan terhadap Sepanyol untuk menuntut kemerdekaan Mexico. Akhirnya, Sepanyol memberikan kemerdekaan rasmi kepada Mexico dan menjawat sebagai Presiden Mexico. Kemerdekaan itu hanya memindahkan kuasa Sepanyol kepada orang Sepanyol kelahiran Mexico.

Vicente Guerrero
Presiden Mexico
Dalam jawatan
1 April 1829 – 17 Disember 1829
Didahului olehGuadalupe Victoria
Digantikan olehJosé María Bocanegra
Butiran peribadi
LahirVicente Ramón Guerrero Saldaña
10 Ogos 1782
Tixtla, Guerrero, Sepanyol Baru
Meninggal dunia14 Februari 1831(1831-02-14) (umur 48)
Cuilapan, Oaxaca, Mexico
ProfesionTentera
Ahli politik
Tandatangan
Perkhidmatan ketenteraan
Kesetiaan Mexico
Perkhidmatan/
cawangan
Tentera Mexico
Tahun perkhidmatan1810–1821
PangkatJeneral
Leftenan Kolonel
Kapten
PerkhidmatanPerang Kemerdekaan Mexico
PertempuranPertempuran El Veladero
Pengepungan Cuautla
Pertempuran Izúcar
Pengepungan Huajuapan de León
Pertempuran Zitlala
Pengepungan Oaxaca
Pengepungan Acapulco

Kehidupan awal sunting

Guerrero telah dilahirkan di Tixtla, sebuah pekan kecil yang 100km dari bandar pelabuhan Acapulco, di Sierra Madre del Sur. Ibu bapa beliau adalah Pedro Guerrero, seorang berbangsa Mestizo dan María de Guadalupe Saldaña iaitu kacukan Afrika-Sepanyol.[1][2][3] Keluarganya terdiri daripada tuan-tuan tanah, petani kaya dan peniaga-peniaga dengan hubungan perniagaan yang luas di selatan, ahli-ahli militia dan pistol serta meriam pembuatan Sepanyol. Kerjayanya semasa kecil adalah mengikuti bapa beliau untuk berniaga. Namun, beliau membawa dirinya untuk menjadikan Mexico sebagai negara yang merdeka apabila beliau terdengar daripada idea kemerdekaan Miguel Hidalgo y Costilla.

Bapa beliau, Pedro menyokong pemerintahan Sepanyol dan dimana pak ciknya, Diego Guerrero yang paling penting menyokong ketenteraan Sepanyol di Mexico. Walau bagaimanapun, Vicente merupakan penentang kerajaan kolonial Sepanyol. Semasa bapanya menyerahkan pedang keturunan beliau kepadanya, beliau dengan pantas berkata, Kemungkinan bapa saya adalah yang paling suci bagi saya, tapi tanah air saya lebih dari itu. "Mi patria es primero" sekarang adalah moto di sebuah negeri di selatan Mexico, Guerrero yang bersempena dari nama beliau.

Beliau berkahwin dengan María de Guadalupe Hernández dan anak perempuan beliau María de los Dolores Guerrero Hernández berkahwin dengan Mariano Riva Palacio, di mana seorang peguam yang membela Maximilian I dari Mexico di Querétaro.

Kerjaya sunting

 
Tentera Mexico pimpinan Guerrero berjaya mengalahkan tentera Sepanyol di Tampico pada tahun 1829.

Semasa perang kemerdekaan bermula, Guerrero menjadi tukang pembuat senjata api di Tixtla. Beliau menyertai pemberontak pada tahun 1810 dan mengikuti José María Morelo untuk menentang tentera Sepanyol di selatan Mexico. Beliau membezakan dirinya di sebuah pertempuran di Izúcar pada 1812. Beliau mendapat pangkat Leftenan Kolonel ketika bandar Oaxaca berjaya ditawan oleh pemberontak pada tahun yang sama.

Berikutan pengepungan Morelos pada lewat 1815, Guerrero kemudian menyertai angkatan tentera pimpinan Guadalupe Victoria dan Isidoro Montes de Oca, dan mengambil pangkat "Commander in Chief". Beliau memainkan peranan yang penting di dalam setiap pertempuran. Beliau juga berjaya menawan Ajuchitán, Santa Fe, Tetela del Río, Huetamo, Tlalchapa dan Cuautlotitlán, iaitu daerah-daerah yang terletak di selatan Mexico.

Ketika Mexico mencapai kemerdekaan, beliau kemudian bekerjasama dengan Agustín de Iturbide, di mana beliau menyertai dua tentera dan beliau menyatakan Three Guarantees dan El plan de Iguala. Rancangan ini diberi hubungan yang baik untuk Indian namun bukan untuk orang Afrika di Mexico.

Iturbide dan Guerrero akhirnya bersetuju untuk berkongsi idelogi - di mana Mexico menjadi sebuah negara yang mempunyai sistem raja berperlembagaan, dan akhirnya penderitaan berlaku bangsa mestizo, Indian dan Sepanyol kerana Iturbide menjadikan katolikisme sebagai agama rasmi. Dengan dakwaan itu, Guerrero menyokong idea Iturbide dan selepas pengisytiharan di Bandaraya Mexico pada 27 September 1821. Iturbide menjadi Maharaja Mexico secara rasmi dari Kongres. Walau bagaimanapun, ketika Iturbide menyarankan bahawa Mexico menjadi negara yang maju pada pemerintahannya, namun, sebaliknya, ekonomi Mexico menjadi semakin mundur. Guerrero akhirnya berbalik balah dan menentang kerajaan Iturbide dan ingin menggulingkan Iturbide melalui sistem republik melalui rancangan Casa Mata.

Semasa jeneral Manuel Gómez Pedraza memenangi pilihan raya untuk menggantikan Guadalupe Victoria sebagai presiden, Guerrero bersama Antonio López de Santa Anna dan ahli politik Lorenzo de Zavala bercadang untuk memulakan rampasan kuasa dan mengambil alih tempat presiden pada 1 April 1829.

Guerrero telah dipilih untuk menjadi presiden kedua Mexico pada tahun 1829. Sebagai presiden, Guerrero perlu melaksanakan hukum undang-undang yang ketat. Namun, Guerrero akhirnya menjadi antara presiden Mexico yang singkat apabila pemansuhan dengan segera dilewatkan pada 16 September 1829. Semasa pemerintahan Guerrero, Sepanyol yang mengambil kesempatan berusaha untuk menawan semula Mexico walau bagaimanapun, Sepanyol tetap tewas dan akhirnya ditewas dengan teruk dalam Pertempuran Tampico.

Guerrero telah digulingkan dalam pemberontakan di bawah Naib Presiden Anastasio Busamante bermula pada 4 Disember 1829. Beliau meninggkalkan Bandaraya Mexico untuk menentang pemberontak, tetapi tiada sokongan yang diberikan untuk Guerrero. Apabila Guerrero berharap untuk kembali kepada kuasa, Jeneral Bustamante menangkap beliau di rumahnya dan bersalah akibat rasuah.

Selepas kematian Guerrero, Bustamante menjadi seorang pemimpin yang kejam dan gila kuasa. Picaluga, seorang kawan baik Guerrero cuba untuk membunuh Bustamante tetapi gagal.

Pada 1842, mayat Vicente Guerrero dipindahkan untuk ke Bandaraya Mexico untuk dimakamkan. Guerrero adalah satu-satunya ahli politik yang berjiwa rakyat. Semua rakyat Mexico dengan menggelarkan beliau lelaki yang hebat untuk penghormatan.[4]

Legasi sunting

 
Monumen untuk Vicente Guerrero di Tixtla.

Guerrero merupakan seorang hero Mexico. Beberapa legasi telah didirikan untuk mengingati pejuang kemerdekaan ini.

Sebuah bandar di Mexico telah dinamakan Vicente Guerrero yang terletak di Baja California dan merupakan bandar Guerrero sejak kecil. Selain itu, banyak lagi bandar yang dinamakan Vicente Guerrero di Mexico.

Rujukan sunting

  1. ^ name="The Legacy of Vincent Guerrero812">Vincent, Theodore G. (2001). The Legacy of Vicente Guerrero, Mexico's First Black Indian President. University of Florida Press. m/s. 8–12.
  2. ^ name="Mexican Liberator">Sprague, William Forrest (1939). Vicente Guerrero, Mexican Liberator: A Study in Patriotism. R. R. Donnelley - Mexico. m/s. 42.
  3. ^ "Research Reveals the African-Indigenous Heritage of Mexican President Vicente Guerrero | Pathways to Freedom in the Americas". Mlktaskforcemi.org. 2012-10-10. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-29. Dicapai pada 2013-09-02.
  4. ^ Vincent, Theodore G. (2001). The Legacy of Vicente Guerrero, Mexico's First Black Indian President. University of Florida Press. m/s. 81.