Końskowola ialah sebuah desa di Poland Tenggara yang terletak antara Puławy dan Lublin, berhampiran dengan Kurów di tebing Sungai Kurówka. Ia adalah ibu kota sebuah komun (gmina) tersendiri di Kaunti Puławy dan Kawasan Voivode Lublin. Jumlah penduduknya 2,188 orang pada tahun 2004.

Końskowola
Village
Jata Końskowola
Country Poland
VoivodeshipLublin
CountyPuławy
GminaKońskowola
Established14th century
City rights1532-1870
Pentadbiran
 • MayorEwa Gruza
Keluasan
9.81 km2 (3.79 batu persegi)
Penduduk
 (2004)
2,188
 • Kepadatan223/km2 (580/batu persegi)
Zon waktuUTC+1 (CET)
 • Musim panas (DST)UTC+2 (CEST)
Postal code
24-130
Kod kawasan+48 81
Car PlatesLPU
Laman sesawanghttp://www.konskowola.info.pl


Nama sunting

Końskowola secara harfiahnya berkmaksud Keazaman Kuda (bahasa Inggeris: Horse's Will, tetapi nama ini sebenarnya datang daripada Wola, sebuah desa yang dimiliki oleh Jan z Konina (Jan Koniński, John dari Konin). Nama Konińskawola ini dicatatkan buat pertama kali pada tahun 1442.

Sejarah sunting

Desa Końskowola mungkin diasaskan pada abad ke-14 di bawah nama Witowska Wola. Namanya kemudian ditukarkan menjadi Konińskawola, nama kini, pada abad ke-19.

Pada 8 Jun 1532, pekan ini diperbadankan. Sebagai pekan swasta, Końskowola bertindak sebagai sebuah pusat perdagangan barang makanan untuk kawasan-kawasan persekitaran, dengan banyak kilang tekstil juga terletak di sini. Banyak orang telah berhijrah ke sini dari bahagian-bahagian yang lain, baik dari Poland mahupun dari luar; antara mereka ialah para pendatang dari Saxony.

Sejak dari masa itu, Końskowola telah berkongsi sejarah seluruh wilayah. Selepas Pemecahan Poland yang ketiga pada tahun 1795, ia diilhakkan oleh Austria. Pada tahun 1809, ia menjadi sebahagian Duchy Warsaw, hanya untuk menjadi sebahagian Kerajaan Poland pada tahun 1815. Selepas Pemberontakan Januari pada tahun 1870, pekan ini akhirnya hilang piagam bandarnya, dan tidak pernah mendapatnya semula. Semasa Revolusi Rusia pada tahun 1905, banyak tunjuk perasaan dan mogok perpaduan dikendalikan di sini. Sejak dari tahun 1918, pekan ini sekali lagi menjadi sebahagian Poland.

Dengan bermulanya Perang Dunia Kedua pada 15 September 1939, Końskowola telah ditakluki oleh tentera Jerman. Sepanjang berlakunya Perang Dunia tersebut, pihak Jerman telah mendirikan kem tahanan perang dan kem bagi buruh paksa di pekan itu. Kem tahanan perang kemudiannya dibubarkan tetapi kem buruh paksa masih meneruskan operasinya sepanjang tahun 1943. Penghuninya bekerja untuk pihak Jerman di ladang dan di tapak pembinaan jalan serta landasan kereta api.

Satu kawasan penempatan sesak ditubuhkan di pekan tersebut yang kebanyakan kumpulan Yahudi ditempatkan di sana, termasuk Yahudi dari Slovakia. Pada 8 Mei 1942, pihak Nazi memulakan satu Aktion, iaitu kaum Yahudi dikepung dan dihantar ke kem penghapusan Nazi Sobibor. Pada Oktober 1942, penempatan tersebut juga dibubarkan. Ketika berlakunya pembunuhan beramai-ramai oleh tentera Jerman Batalion Polis Simpanan 101, lebih kurang 800 - 1,000 orang Yahudi, termasuk perempuan dan kanak-kanak, dibawa ke hutan berhampiran dan dibunuh. Penghuni yang tinggal di penempatan tersebut dibawa ke kem lain.

Dengan kehampiran Tentera Merah pada musim panas 1944, pihak Jerman bercadang untuk membakar pekan itu. Pada 25 Julai 1944, kuasa penaklukan Jerman telah bertempur dengan pejuang-pejuang Armia Krajowa, pergerakan bawah tanah Poland, yang disertai bersama partisan Poland Batalion Chłopskie (Batalion Petani). Dengan kehadiran bala Tentera Merah Soviet, penempur antifasis berjaya membebaskan kawasan tersebut.

Pelancongan sunting

Antara tarikan pelancong yang terkenal ialah sebuah gereja Katolik (dibaik pulih oleh Tylman van Gameren pada k.k. tahun 1670), serta kubur keluarga-keluarga Opaliński dan Lubomirski. Terdapat lagi sebuah gereja Katolik yang dibina pada tahun 1613 dalam gaya seni bina "Zaman Pembaharuan Lublin" yang contoh terunggulnya ialah gereja ini di Konskowola serta lagi sebuah gereja di Kazimierz Dolny. Selain itu, terdapat juga tinggalan perkuburan Lutheranisme di desa ini.

Końskowola juga terkenal sebagai tempat kematian kepada dua orang pemuisi Poland yang termasyhur, iaitu Franciszek Dionizy Kniaźnin, dan Franciszek Zabłocki.

Perkara remeh sunting

Henryk Sienkiewicz ialah seorang penulis Poland serta pemenang Hadiah Nobel yang terkenal kerana novel sejarahnya, Dengan Api dan Pedang ( With Fire and Sword), yang juga menyebut:
- "(...) Bir yang paling teruk juga di Końskowola ini, Mr. Zagłoba perasan (...)"

Pautan luar sunting

Koordinat: Format hujah tidak diketahui
{{#coordinates:}}: garis lintang tidak sah