Kompleks Kuil Dendera

Kompleks Kuil Dendera (Mesir Purba: Iunit atau Tantere; juga Tentyra dan Denderah[1]) terletak kira-kira 2.5 kilometer (1.6 bt) tenggara Dendera, Mesir. Ia salah satu kompleks kuil yang paling terpelihara Mesir purba. Kawasan sekitarnya dahulu menjadi nomos keenam Mesir Hulu, selatan Abydos.

Kuil Hathor, Dendera

Penerangan sunting

 
Dinding bata lumpur yang besar di kompleks itu, dilihat dari atas bumbung kuil

Seluruh kompleks mempunyai keluasan 40,000 meter persegi dan dikelilingi dinding bata lumpur yang besar. Dendera, sebuah oasis di tebing Sungai Nil, didiami oleh ribuan orang semasa kemuncaknya. Kerana saiznya yang besar, terdapat pelbagai struktur yang dibina dari banyak zaman, seperti era Kerajaan Pertengahan, Era Ptolemaik, dan zaman penjajahan Rom.[2] Terdapat bukti bahawa sebuah bangunan yang lebih awal pernah wujud di tapaknya, sekitar 2250 SM, yang mungkin bermula semasa pemerintahan Pepi I dan siap semasa pemerintahan anaknya, Merenre Nemtyemsaf I. Terdapat juga bukti kewujudan sebuah kuil dari Dinasti Kelapan Belas (kira-kira 1500 SM). Bangunan terawal (yang masih ada) di perkarangan itu sekarang ialah mamisi yang dibinakan oleh Nectanebo II - firaun peribumi yang terakhir (360–343 SM).

Ciri-ciri kompleks itu termasuk:

  • Kuil Hathor (kuil utama)
  • Kuil kelahiran Isis
  • Tasik Suci (sumber air untuk upacara suci dan untuk kegunaan harian)
  • Sanatorium
    • Ia berfungsi sama seperti rumah mandian Rom, tetapi hanya untuk mandi dan bermalaman untuk mendapatkan mimpi-mimpi penyembuh. Air di Dendera adalah suci dan sering digunakan untuk memberkati inskripsi-inskripsi patung supaya dapat menyembuhkan penyakit.
  • Mamisi Nectanebo II
  • Basilika
  • Mamisi Romawi
  • sebuah kuil tongkang
    • Digunakan sebagai tempat berehat untuk patung-patung dewa ketika berada di luar kuil semasa perayaan
  • Gerbang Domitianus dan Traianus
  • Kios Rom

Jangan kelirukan Kuil Dendera dengan Nekropolis Dendera, iaitu sebuah kompleks makam. Nekropolis Dendera berasal dari Zaman Dinasti Awal dan sehingga Zaman Pertengahan Pertama, yang mendahului pembinaan Kuil Hathor oleh Kerajaan Pertengahan. Nekropolis tersebut merentasi pinggir timur bukit barat dan dataran utara.

Pelancongan sunting

Kompleks Dendera telah lama menjadi antara tempat sembahyang Mesir purba yang paling boleh diakses pelancong. Dulu pelancong boleh melawat hampir setiap bahagian kompleks itu, daripada kubur ke bumbung. Walau bagaimanapun, bahagian tertinggi bumbung kuil Hathor telah ditutup sejak 2003.[<span title="This claim needs references to reliable sources. (January 2023)">petikan diperlukan</span>] Tingkat kedua bumbung telah ditutup pada November 2004.[petikan diperlukan]

Galeri sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Search Photos, Prints, Drawings". Library of Congress. United States Congress. Dicapai pada 12 September 2019.
  2. ^ Rosicrucian Egyptian Museum (2023). "Middle Kingdom Monuments: Dendera Temple Complex". Roscicrucian Egyptian Museum. Dicapai pada 16 March 2023.

Bacaan lanjut sunting

 

Pautan luar sunting


Bibliografi sunting

26°8′30″N 32°40′13″E / 26.14167°N 32.67028°E / 26.14167; 32.67028