Koperasi JPJ Pahang Berhad

LATAR BELAKANG PENUBUHAN sunting

Koperasi JPJ Negeri Pahang Berhad telah didaftarkan secara rasmi di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dengan nombor pendaftaran 201360400806 pada 26 September 2013 dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di bawah Akta Koperasi 1993 (Akta 502) dengan nombor pendaftaran C-4-0848.

Koperasi ini dimiliki sepenuhnya oleh anggota Koperasi JPJ Negeri Pahang Berhad yang secara khususnya terdiri daripada kakitangan dan bekas kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan dalam negeri Pahang.

Tujuan Koperasi ini ditubuhkan adalah untuk menjadi platform bagi menggabungkan sumber kewangan dan semangat kerjasama anggota. Sebagai sebuah entiti yang sah, Koperasi JPJ Negeri Pahang Berhad menggalas tanggungjawab menguruskan semua aset, perniagaan dan aktiviti yang memberikan pulangan kepada anggotanya di bawah Akta Koperasi 1993, Pekeliling serta Peraturan-Peraturan yang ditetapkan.

OBJEKTIF sunting

Selaras dengan penubuhannya, Koperasi JPJ Negeri Pahang Berhad berwawasan untuk menjadi sebuah entiti perniagaan yang menjana keuntungan bagi menyalurkan manfaat dan faedah kepada anggotanya. Tertakluk kepada Undang-Undang Kecil Koperasi JPJ Negeri Pahang, Akta Koperasi 1993, Pekeliling serta Peraturan-Peraturan, Koperasi ditubuhkan bagi menjalankan  aktiviti-aktiviti berikut:

  1. Menjalankan aktiviti sewaan aset, perbekalan bahan dan peralatan.
  2. Menguruskan kewangan dan tadbirurus syarikat dengan telus dan cekap.
  3. Meningkatkan prestasi kewangan melalui strategi-strategi perniagaan teras.
  4. Memberikan pulangan dalam bentuk dividen dan manfaat kepada anggota.

MISI sunting

Menjadi sebuah Koperasi yang mampu meningkatkan sosio-ekonomi, memupuk semangat kerjasama dan memelihara kebajikan anggota serta memberikan pulangan dividen yang kompetitif kepada semua anggota Koperasi.

VISI sunting

Komited untuk menggunakan sumber secara strategik untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan yang patuh syariah, terbaik dan berkualiti kepada anggota, pelanggan dan rakan niaga serta menjana keuntungan daripadanya untuk manfaat bersama.