Tebing Tinggi

kota di provinsi Sumatera Utara, Indonesia
(Dilencongkan dari Kota Tebing Tinggi)

Tebing Tinggi merupakan sebuah kota di Sumatera Utara, Indonesia. Berjarak sekitar 80 kilometer dari Medan, ia terletak di Jalan Nasional menuju Pematang Siantar (Sumatera Utara) dan Tanjung Balai (Sumatera Utara).

Kota Tebing Tinggi
كوتا تبڠ تنڠي
Tebing Tinggi armcoats.png
Lambang Kota Tebing Tinggi
كوتا تبڠ تنڠي
Moto: Esa Hilang Dua Terbilang
250px|none|Gapura selamat datang di Kota Tebing TinggiGapura selamat datang di Kota Tebing Tinggi
Lokasi Sumatra Utara Kota Tebing Tinggi.svg
Peta lokasi Kota Tebing Tinggi
كوتا تبڠ تنڠي
Koordinat: 30°9'3" - 30°4'50" Lintang Utara dan 99°4'1" - 99°0'0" Bujur Timur
Provinsi Sumatra Utara
Pemerintahan
 - Datuk Bandar Ir. H. Umar Zunaidi Hasibuan
 - DAU Rp. 368.586.756.000.-(2013)[1]
Luas 38.438 km2
Populasi
 - Total 156,815 jiwa (2015)[2]
 - Kepadatan 4,079.69 jiwa/km2
Demografi
 - Suku bangsa Melayu, Batak, Jawa, Cina
 - Zona waktu WIB
Pembagian administratif
Simbol khas daerah
 - Situs web -

Tebing Tinggi dengan luas wilayah 3,843.8 hektar (38.4 km persegi) dibahagikan bagi pentadbiran menjadi tiga kecamatan dengan 27 kelurahan. Kota ini mengandungi 125,000 orang penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum pendatang.

Tebing Tinggi telah memiliki pelbagai sarana dan prasarana kota yang selama ini difungsikan untuk melayani masyarakat. Pelbagai kegiatan pelayanan umum dibidang pendidikan, kesihatan, perniagaan, pemukiman dan penyediaan jasa-jasa lainnya masih memberikan peluang kepada dunia usaha dan masyarakat untuk melakukan pelaburan sesuai dengan pertumbuhan kota.

GeografiSunting

Tebing Tinggi terletak di antara 3º19` - 3º21` lintang utara dan 98º9` - 98º11` bujur timur. Kota ini dikelilingi oleh beberapa perkebunan besar, baik milik pemerintah mahupun swasta yang kesemuanya secara pentadbiran masih berada dalam kawasan Kecamatan Tebing Tinggi, Kabupaten Deli Serdang.

Selain itu, Tebing Tinggi terletak di jalan penghubung antara Pantai Barat dan Pantai Timur Sumatera Utara. Daerah ini dilintasi oleh empat aliran sungai besar dan kecil, iaitu: Sungai Padang, Sungai Bahilang, Sungai Kalembah dan Sungai Sibarau.

Tanah Tebing Tinggi pada umumnya mendatar dan bergelombang, dengan ketinggian sekitar 26-34 meter di atas permukaan laut.

IklimSunting

Berdasarkan letak geografi, Tebing Tinggi beriklim tropika dengan suhu udara antara 24-28ºC. Daerah Tebing Tinggi dipengaruhi oleh dua musim, iaitu musim kemarau dan musim hujan, dengan jumlah curah hujan sepanjang tahun rata-rata 1.217 mm setahun dengan kelembaban udara 80-90%.

Lihat jugaSunting

  1. ^ "Perpres No. 10 Tahun 2013". 2013-02-04. Dicapai pada 2013-02-15.
  2. ^ "Kota Tebing Tinggi Dalam Angka 2016"