Krav Maga ([krav ma.ga], Bahasa Ibrani: קְרַב מַגָּע‎, "tempur sentuh") ialah suatu seni bela diri dikembangkan dalam Pasukan Pertahanan Israel (IDF) serta pasukan keselamatan dalam negara tersebut[1][2] menggabungkan banyak teknik tempur sukan sentuh seperti tinju, gusti, aikido, judo dan karate serta menerapkan pertempuran dalam keadaan persekitaran sebenar.[3][4] Ia dikenali dengan tahap kecekapannya serta penumpuannya dalan situasi sebenar.[5]

Krav Maga
קרב מגע

Askar-askar Israel mempelajari Krav Maga, pada tahun 1955
Fokus Hybrid
Pencipta Imi Lichtenfeld
Keibubapaan Tinju, gusti, aikido, judo, karate dan kapap
Sukan Olimpik Bukan

Ia dikembangkan Imi Lichtenfeld, seorang peninju kelahiran Budapest hasil pengalamannya dalam rusuhan yang berlaku di Bratislava, Czechoslovakia semasa pertengahan dekad 1930-an.

Sejarah perkembangan sunting

 
Ketua Krav Maga, Imi Lichtenfeld, menunjukkan gerakan tarungannya

Imre Lichtenfeld merupakan seorang peninju yang giat dalan pelbagai sukan termasuk gimnastik dan gusti; beliau tidak sahaja memenangi kejohanan gusti tahap belia di negara asalnya tahun 1928 malah juga tahap dewasa serta kejohanan dua sukan disebut pada tahun berikutnya.[6] Menjelang tahun 1930-an, rusuhan menyasarkan masyarakat Yahudi setempat pimpinan Slovenská Ľudová Strana mula melanda Bratislava lalu Lichtenfeld mula mengumpulkan seberapa banyak peninju dan pegusti mempertahankan kawasan kejiranan mereka daripada diserang golongan perusuh tersebut. Lichtenfeld mula mendapati jurusan sukan-sukan yang diajarinya tidak begitu cocok untuk keadaan pertempuran persekitaran sebenar yang lebih spontan dan agresif, maka beliau mengembangkan suaut taktik lawannya tersendiri yang menjadi asas kepada Krav Maga.

Pada 1940, Lichtenfeld mengikuti keluarga dan rakan-rakannya berhijrah keluar dari Eropah ke Palestin di mana beliau menyertai pertubuhan paramiliter Haganah[7] - di sana beliau mengajarkan para anggotanya banyak jurusan berkaitan sukan tarungan serta persenaman. Beliau turut melatih banyak pelopor kepada unit khusus Pasukan Pertahanan Israel; beliau dilantik sebagai ketua pelatih kecergasan badan utama dalam angkatan tentera ini setelah ia dibentuk berikutan pendirian negara Israel.[8] Pelajar pertama Imi, Eli Avikzar, mula menjadi jurulatih bawahan dan pembangun bersama sukan ini dengan menerapkan banyak unsur aikido dipelajarinya di Perancis. Kursus pertama yang melatih jurusan ini pertama kali diadakan di Institut Wingate Netanya, Israel, pada tahun 1971 diawasi Lichtenfeld sendiri.[9][10]

Imi bersara dari IDF pada 1974 lalu Eli mengambil alih sebagai pengurus pusat latihan Krav Magadi Netanya - Eli menjadi ketua bahagian Krav Maga IDF pada 1976 lalu meluaskan pengamalan latihan ini ke serata unit IDF. Lichtenfeld pula menubuhkan sebuah sekolah khusus Krav Maga untu orang ramai.[11] Israeli Krav Maga Association (IKMA) ditubuhkan beliau dan beberapa jurulatih lain pada 1978.

Teknik asas sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Michael Joseph Legare (2016). When Things Seem Odd: Polly and the Internal Guardian, Friesen Press, ISBN 978-1-4602-7751-5
  2. ^ Green, Thomas A. Martial Arts of the World: En Encyclopedia (dalam bahasa Inggeris). ABC-CLIO. ISBN 978-1576071502. Dicapai pada 13 April 2017.
  3. ^ "Pure Krav Maga – Self Defense Mastery (TM): Eli Avikzar the Second in Israeli Defense Force Krav Maga Chief Instructor". kravmaganewyork.blogspot.com.
  4. ^ "Krav Maga Federation – Israeli Martial Arts and Self-Defense". kravmagainc.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-21. Dicapai pada 2019-08-27.
  5. ^ Levine, Darren; Whitman, John (2009). Complete Krav Maga: The Ultimate Guide to Over 200 Self-Defense and Combative Techniques. ISBN 978-1569751794. Dicapai pada 3 April 2015.
  6. ^ "Bio Imi Lichtenfeld | Fédération Européenne de Krav-maga". www.krav-maga.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-05-02. Dicapai pada 25 May 2017.
  7. ^ Martins, Victor Figueiredo, João Carlos, Marcelo. "Krav Maga". www.kravmaga.com.br. Diarkibkan daripada yang asal pada January 29, 2019. Dicapai pada 25 May 2017. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  8. ^ "Krav Maga Toronto | Imi Lichtenfeld, Founder of Krav Maga". Krav Maga Toronto (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada July 9, 2018. Dicapai pada 25 May 2017. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  9. ^ [1] Diarkibkan 8 April 2014 di Wayback Machine
  10. ^ "Emrich Lichtenfeld (sde-or)". K.A.M.I. – Krav Magen History. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 September 2013. Dicapai pada 16 Julai 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  11. ^ Gonzalez Jr., Arturo (15 November 1976). "It's Called 'Kosher Kungfu' but Imi Lichtenfeld's New Martial Art Is a Deadly Affair". People Magazine. Dicapai pada 10 October 2011.

Bacaan lanjut sunting

Pautan luar sunting