Kuali (Jawi: كوالي) adalah alat berupa bekas besi berbentuk bulat mencembung mungkum di dasar[1]:4, 38, 40 yang digunakan untuk tujuan memasak; ia terdapat di bahagian-bahagian Timur, Selatan dan Tenggara benua Asia.[1] Alat ini digunakan dalam pelbagai cara memasak termasuk menggoreng (baik cara kacau, tohor atau celur), mengukus, merebus didih atau carak, menumis reneh, membakar, merendidih, membuat sup, menyalai dan memanggang.[1]:4, 38, 40

Sebuah kuali dipanaskan atas dapur.

Peristilahan sunting

Kuali meminjam dari perkataan Tamil: குவளை kuvaḷai yang bermaksud "bekas bermulut besar";[2] ia turut terserap dalam banyak bahasa Nusantara yang mengungkapkan objek sama atau lebih kurang seperti kuwali ꦏꦸꦮꦭꦶ dalam bahasa Jawa,[3][nota 1] kawali ᜃᜏᜎᜒ dalam bahasa Tagalog dan kawalik كَوَلِ‎ dalam bahasa Suluk.[2]

Kuali yang lagi bersaiz besar disebut sebagai kawah (Jawi: كاوه),[5][6] ia sewarisan dengan perkataan bahasa Kapampangan kawa merujuk kepada bekas besar sama[7][8][9] turunan kata akar *kawaq dalam bahasa Proto-Melayu-Polinesia Barat.[10]

Pembuatan sunting

 
Kuali banyak saiz digantung di dinding rumah.

Kuali-kuali moden lazim diperbuat dari keluli karbon dan besi tuang;[1]:4, 38, 40 keluli karbon paling dipilih[11] kerana kos yang murah berbanding bahan-bahan mentah lain,[12] ringan diangkat, mampu mengalirkan haba dengan cepat[13] serta tahan lasak. Kuali juga boleh ditukangkan dari aluminium, namun mudah kehilangan haba yang terolak.

Pemegang kuali muncul dalam dua bentuk:

  • gelung: ditukangkan seakan "bertelinga" diperbuat daripada besi, kayu atau plastik, kuali jenis ini didapati di selatan tanah besar China[1]
  • berbatang: dikimpalkan pada bekas dasar, lebih lazim di bahagian utara Tanah Besar.[1]

Nota sunting

  1. ^ Istilah Jawa kuwali lebih merujuk kepada wadah serupa panci namun terbuat dari tanah liat, perkataan wajan ꦮꦗꦤ꧀ terbitan waja ꦮꦗ "besi" lebih digunakan untuk barangan besi sejenis.[4]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f Young, Grace; Richardson, Alan (2004). The Breath of a Wok. New York: Simon & Schuster. m/s. 4, 14, 34, 36–40. ISBN 0743238273.
  2. ^ a b Hoogervorst, Tom (2015). "Detecting pre-modern lexical influence from South India in Maritime Southeast Asia". Archipel. 89: 73.
  3. ^ Poerwadarminta (1939). "kuwali". Bausastra Jawa.
  4. ^ Poerwadarminta (1939). "kuali". Bausastra Indonesia-Jawi.
  5. ^ "kawah". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  6. ^ Müller, Thorsten (2010). Xi'an, Beijing und kein! Chop Suey: Lehmsoldaten, Fuhunde und Genüsse in China (dalam bahasa Jerman). Books on Demand. m/s. 122. ISBN 9783839169698.
  7. ^ Alip, Eufronio Melo (1959). Ten Centuries of Philippine-Chinese Relations: Historical, Political, Social, Economic. Alip & Sons. m/s. 97.
  8. ^ Tope, Lily Rose & Mercado, Nordilica (2002). Philippines. Cultures of the World. Marshall Cavendish. m/s. 127. ISBN 9780761414759.
  9. ^ "All hail ube, the culinary gem we took for granted". CNN Philippines (dalam bahasa Inggeris).
  10. ^ Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010). "*kawaq: cauldron; caldera, volcanic crater (?)". Austronesian Comparative Dictionary. Max Planck Institute for Evolutionary Anthropology. Dicapai pada 26 Ogos 2022.
  11. ^ "Woks". Fante's. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-06-25. Dicapai pada 4 March 2012.
  12. ^ "Get the Best Wok for the Job". Best Wok. Dicapai pada 4 March 2012.
  13. ^ Madison. "A comparison of Carbon Steel Wok and Electric Wok - which to buy?". Cookware Stuffs (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Mac 2020.