Kumpulan Pasukan Soviet di Jerman

Kumpulan Pasukan Soviet di Jerman ataupun dkenali sebagai Kumpulan Angkatan Barat merupakan kumpulan Angkatan Tentera Soviet di Jerman Timur. Kumpulan Pasukan Soviet di Jerman dibentuk setelah berakhirnya Perang Dunia Kedua di Eropah dari unit-unit Belarus Hadapan 1 dan 2. Kumpulan ini membantu menindas pemberontakan Jerman Timur pada tahun 1953. Setelah fungsi penjajahan berakhir pada tahun 1954 kumpulan ini dinamakan semula sebagai Kumpulan Pasukan Soviet di Jerman. Kumpulan ini mewakili kepentingan Soviet di Jerman Timur semasa Perang Dingin. Setelah perubahan dalam dasar luar Soviet pada akhir 1980-an, kumpulan itu beralih ke peranan yang lebih defensif dan pada tahun 1988 menjadi Kumpulan Angkatan Barat. Pasukan Rusia kekal di bahagian timur Jerman setelah pembubaran Kesatuan Soviet dan penyatuan semula Jerman hingga tahun 1994. [1]

Kumpulan Pasukan Soviet di Jerman
Aktif1945–1994
Negara Kesatuan Soviet (1945-1991)
Rusia (1991-94)
KesetiaanKementerian Pertahanan Kesatuan Soviet
Kementerian Pertahanan Rusia
CawanganAngkatan Tentera Soviet (1945-1991)
Angkatan Tentera Rusia (1991-1994)
Saiz337.8 ribu pada 1 Januari 1991

Rujukan sunting

  1. ^ Topik hari ini: 60 tahun yang lalu, Kumpulan Angkatan Soviet di Jerman dibentuk. "Radio Liberty" (13 Jun 2005). Dicapai 26 Februari 2020