Kyodo News

agensi berita Jepun

Kyodo News (Bahasa Jepun: 共同通信社, Kyōdō Tsūshinsha) adalah sebuah koperasi agensi berita bukan untung yang berpusat di Minato, Tokyo. Ia ditubuhkan pada November 1945 dan menyiarkan berita ke hampir semua akhbar, dan rangkaian radio serta televisyen di Jepun. Akhbar yang menggunakan beritanya mempunyai sekitar 50 juta pelanggan. K. K. Kyodo News adalah cabang perniagaan Kyodo News, yang ditubuhkan pada 1972.[1] Cawangan antarabangsanya pula Kyodo News International yang ditubuhkan pada 1982, menyediakan lebih dari 200 laporan kepada media berita antarabangsa dan terletak di Rockefeller Center, Bandar New York.[1]

Kyodo News
Nama dahuluDomei News Agency
Jenis/bentuk sahKoperasi agensi berita bukan untung
IndustriAgensi berita
Ditubuhkan1945; 79 tahun yang lalu (1945)
PengasasFurunu Inosuke
Ibu pejabatTokyo, Minato-ku, Higashi-Shimbashi 1-chome No. 7 No. 1
Kawasan perkhidmatanJepun dan seluruh dunia
Pendapatan kendalian40.7 bilion yen (Tahun fiskal yang berakhir pada Mac 2012)
Bilangan kakitangan1,683 (setakat 1 April 2018)
Anak syarikatKyodo News International
Tapak webKyodoNews.jp
IMDB: co0529391 Facebook: 47news Twitter: kyodo_official Instagram: kyodonews Youtube: UCwJXtk_1CKlCrh7YJDP2uPw Youtube: KyodoNews Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Laman berita dalam talian mereka adalah dalam bahasa Jepun, Cina (Ringkas dan Tradisional), Korea, dan Inggeris.

Agensi ini mempunyai lebih dari 1,000 wartawan dan jurugambar, dan mengekalkan perjanjian pertukaran berita dengan lebih daripada 70 media antarabangsa.[1]

Satoshi Ishikawa adalah presiden semasa agensi berita ini.[2]

Kyodo News dibentuk oleh Furunu Inosuke, presiden Agensi Berita Domei, setelah pembubaran Domei selepas Perang Dunia Kedua.[3]

Kyodo News adalah satu-satunya agensi berita yang tersisa untuk menghantar berita melalui faks radio. Ia menyiarkan akhbar lengkap dalam bahasa Jepun dan Inggeris, selalunya pada 60 baris seminit dan bukannya 120 yang lebih normal kerana kerumitan tulisan bahasa Jepun yang lebih kompleks.

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Shrivastava, K. M. (2007). News agencies from pigeon to internet. Sterling Publishers Pvt. Ltd. p. 208. (dalam bahasa Inggeris) ISBN 978-1-932705-67-6.
  2. ^ "Kyodo News names General Manager Ishikawa as new president." Kyodo News International. (dalam bahasa Inggeris) 26 Mei 2005.
  3. ^ Haru Matsukata Reischauer, "Samurai and Silk: A Japanese and American Heritage", Harvard University Press, 1986, (dalam bahasa Inggeris) page 310

Pautan luar sunting

Kyodo News

K. K. Kyodo News