Landak batu

spesies mamalia

Landak batu (Atherurus macrourus), turut dikenali sebagai landak nibung, ialah spesies rodensia dalam keluarga Hystricidae. Ia dijumpai di China, Bhutan, India, Laos, Malaysia, Myanmar, Thailand, dan Vietnam.

Landak batu
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Order: Rodentia
Keluarga: Hystricidae
Genus: Atherurus
Spesies:
A. macrourus
Nama binomial
Atherurus macrourus
(Linnaeus, 1758
Sinonim

Hystrix macroura Linnaeus, 1758

Taksonomi

sunting

Sinonim bagi spesies ini ialah Atherurus assamensis (Thomas, 1921), dan Atherurus macrourus (Thomas, 1921) subspesies assamensis.[1]

Habitat

sunting

Ia spesies nokturnal dan fosorial yang ditemukan di hutan gunung tropika dan subtropika. Ia dijumpai di lantai hutan, selalunya di kawasan dengan tumbuhan bawah yang lebat berselang-seli dengan rambun rotan dan buluh, serta palma.[2]

Pembiakan

sunting

Ia membangunkan korok, yang boleh didiami hingga tiga ekor binatang. Si betina mengeluarkan satu atau dua kelahiran setahun, dengan satu anak, selepas tempoh bunting selama 100 hingga 110 hari.[3]

Pemuliharaan

sunting

Dikenal sebagai landak yang paling langka di Asia Selatan,[4] spesies ini dilindungi di bawah Jadual II Akta Hidupan Liar India (Perlindungan), sungguhpun ia tidak tersenarai dalam CITES. Ia telah direkod dari Taman Negara Namdapha di Arunachal Pradesh, India.[5] Ia wujud di banyak kawasan terlindung di Asia Tenggara.

Rujukan

sunting
  1. ^ a b Molur, S. (2020). "Atherurus macrourus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2020: e.T2354A166518819. doi:10.2305/IUCN.UK.2020-1.RLTS.T2354A166518819.en. Dicapai pada 11 November 2021.
  2. ^ Molur, S.; Srinivasulu, C.; Srinivasulu, B.; Walker, S.; Nameer, P.O.; Ravikumar, L. (2005). Status of non-volant small mammals: Conservation Assessment and Management Plan (C.A.M.P) workshop report. Coimbatore: Zoo Outreach Organisation / CBSG-South Asia. m/s. 198. ISBN 81-88722-11-1.
  3. ^ Andrew T. Smith: Asiatic Brush-Tailed Porcupine. In: Andrew T. Smith, Yan Xie: A Guide to the Mammals of China. Princeton University Press, Princeton NJ 2008, ISBN 978-0-691-09984-2, S. 274.
  4. ^ Dhendup, Tashi; Dorji, Rinzin (2017). "First record of the Asiatic Brush-tailed Porcupine Atherurus macrourus Linnaeus, 1758 (Mammalia: Rodentia: Hystricidae) from western Bhutan". Journal of Threatened Taxa. 9 (11): 10959. doi:10.11609/jott.3791.9.11.10959-10960. ISSN 0974-7907.
  5. ^ (Molur et al. 2005)