Lapan Prinsip Yong

Lapan prinsip Yong (Bahasa Cina: 永字八法pinyin: Yǒngzì Bā Fǎ; Jepun: 永字八法/えいじはっぽう, eiji happō; Korea: 영자팔법, Yeongjapalbeop; Vietnam: Vĩnh Tự Bát Pháp/Tám Phương Pháp viết Chữ Vĩnh) menjelaskan cara menulis lapan lejang yang lazim dalam skrip regular yang kesemuanya dijumpai dalam satu aksara, (pinyin: yǒng, "selama-lamanya", "abadi"). Dipercayai secara tradisi bahawa latihan yang kerap terhadap prinsip-prinsip ini bagi ahli kaligfrafi permulaan dapat memastikan kecantikan penulisan seseorang.

Aksara 永, yǒng, "selama-lamanya", "abadi"
Turutan lejang yang dianimasikan (left)
dan dalam peningkatan warna dari hitam ke merah (right)
Lejang yang dinomborkan
Tempat terdapat berbilang nombor di dalam satu kawasan, lejang-lejang
bertindih sekejap dan bersambung dari nombor sebelumnya ke seterusnya.
The eight strokes
Lejang-lejang bersama dan berpisah
Nombor turutan dan arah lejang berwarna merah
Lapan Prinsip Yong
Bahasa Cina: 永字八法

Lapan Prinsip itu dipengaruhi oleh Tujuh Kuasa terdahulu (七勢) oleh Lady Wei Shuo (衛鑠) dari Jin Timur. Penerbitan terhadap Lapan Prinsip termasuklah:

  • Pujian terhadap Lapan Prinsip "Yong" (永字八法頌) oleh Liu Zongyuan (柳宗元) dari Dinasti Tang.
  • Penjelasan terhadap Lapan Prinsip "Yong" (永字八法解) oleh Li Puguang (李溥光) dari Dinasti Yuan. Lǐ memberikan nama metafora dua aksara.

Jadual penggunaan nama sunting

Senarai prinsip-prinsip Yǒngzì (mengikut turutan lejang)
Lejang Nama[perlu rujukan]
(pinyin, trad./simp.)
Nama lejang CJK Nama oleh Lǐ Gambaran tambahan
1   , (/) "Sisi" Diǎn, (/) "Titik" Guài Shí, (怪石) "Batu aneh" Dash kecil, titik.
2   , () "Kekang" Héng, () "Melintang" Yù Àn, (玉案) "Meja jed" Lejang ke kanan.
3   , (), "Busur silang";

, () "Usaha"
Shù, ( "Tegak";

Tiěchǔ, (鐵杵/铁杵) "Tongkat besi"[perlu rujukan]
Tiězhù, (鐵柱/铁柱) "Tiang besi" Lejang ke bawah.
4   , () "Lompat" Gōu, () "Cangkuk" Xièzhuǎ, (蟹爪) "Sepit ketam" Ditambahkan kepada lejang lain, hanya ke bawah atau ke kiri dengan tiba-tiba.
5   , () "Cemeti" , () "Naik";

Tiāo, () "Angkat"[perlu rujukan]
Hǔyá, (虎牙) "Taring harimau" Kibas ke atas dan ke kanan.
6   Lüè, () "Lalu dengan perlahan" Wān, (/) "Bengkok, lengkung" Xījiǎo, (犀角) "Tanduk badak sumbu" Lengkung kurus yang runcing, biasanya mengcekung kiri (mencembung ke luar kanan) dan dengan laju seolah-olah menyiring.
7   Zhuó, () "Patuk" Piě, () "Lempar, condong";

Duǎn Piě (短撇) "Condong yang pendek"[perlu rujukan]
Niǎo Zhuó, (鳥啄)/(鸟啄) "Patukan burung" Jatuh ke kiri (dengan lengkung yang kecil).
8   Zhé, () "Kerat" , () "Tekan dengan kuat";

, () "Ombak"[perlu rujukan]
Jīndāo, (金刀) "Dao (parang) emas" Jatuh ke kanan (membuncit di bawah), tempat titik hujungnya "tajam seperti parang" (dengan itu dinamakan "Kerat").

Note:  Xié 斜 kadang kala ditambah kepada lejang 永. Ia adalah cekung Shù jatuh ke kanan, selalunya diakhiri dengan Gōu, yang dapat dilihat pada imej ini.

Lejang-lejang CJK sunting

Di samping lapan lejang yang lazim dalam 永 ini, terdapat juga sekurang-kurangnya dua dozen lejang gabungan yang terlibat dalam komposisi lejang CJK dan menerusi pemasukan aksara CJK itu sendiri.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting