Liabiliti ketat secara ringkas menjelaskan berkaitan konsep tanggungan keras yang terdapat dalam undang-undang jenayah di England dan digunapakai di negara-negara jajahan British sebelum kemerdekaan, Malaysia dan Singapura ini. Menurut undang-undang jenayah, terdapat dua (2) unsur yang membolehkan seseorang itu disabitkan dan dihukumkan atas suatu jenayah atau kesalahan di sisi undan-undang iaitu actus reus (perbuatan) dan juga mens rea (niat). Walaubagaimanapun, undang-undang jenayah juga telah menetapkan satu bentuk kaedah yang membolehkan seseorang itu disabitkan dengan sesuatu kesalahan tanpa dengan adanya unsur mens rea (niat) itu.

Maka berdasarkan itu, liabiliti ketat[1] dibolehkan bagi beberapa kesalahan-kesalahan yang tertentu. Oleh yang demikian, bagi mensabitkan kesalahan di bawah tanggungan keras, mahkamah hanya perlu membuktikan bahawa wujud unsur actus reus sahaja. Dengan kata yang lebih mudah, apabila wujud sahaja actus reus, maka sudah memadai bagi mahkamah mengenakan hukuman pada seseorang itu.

Pemakaian Konsep Perundangan Liabiliti Ketat

sunting

Pemakaian tanggungan keras hanya terpakai bagi kesalahan-kesalahan tertentu sahaja yang melibatkan bagi memelihara masyarakat daripada terdedah kepada bahaya dan kemudharatan besar. Ia lebih melibatkan kesalahan yang melibatkan aspek kepentingan kemasyarakatan (public interest) secara menyeluruh daripada kepentingan peribadi. Sesuatu kesalahan itu menjadi tanggungan keras apabila ianya bertentangan dengan hak masyarakat dan ketenteraman awam seperti berlakunya pencemaran begitu juga kesalahan seperti memandu laju melebihi had kelajuan yang telah ditetapkan. Begitu juga contohnya sekiranya seseorang penunggang motosikal tidak memakai topi keledar keselamatan atau tidak membawa lesen, tertuduh tetap boleh disabitkan bersalah walaupun tidak wujud elemen mens rea atau berniat jahat.

Tanggungan keras membuatkan seseorang itu berwaspada dan berhati-hati terhadap perbuatan-perbuatan mereka yang berkaitan dengan kepentingan keselamatan masyarakat. Mungkin tanggungan ini lebih sesuai bagi peniaga dan penjual supaya berhati-hati apabila menjual produk mereka kepada orang awam. Antara kes-kes berkaitan tanggungan keras ialah kes Regina lwn Woodrow di mana tertuduh bersalah kerana menjual tembakau yang tidak baik dan telah buruk walaupun tidak mengetahui keadaan tembakau itu. Hakim Thomson semasa memetik kes ini dalam penghakimannya menyatakan bahawa sesuatu yang melibatkan kepentingan awam melebihi kepentingan individu, maka niat dan pengetahuan untuk melakukan jenayah tersebut tidak begitu mustahak dibuktikan untuk menyabitkan tertuduh bersalah. Apa yang penting di sini ialah sama ada tertuduh tahu atau tidak, tertuduh mesti mengambil berat dan tahu tentang perkara-perkara tersebut.

Mohamed Ibrahim v. Public Prosecutor (1963) MLJ 289

sunting

Di dalam kes lain pula, dalam kes Mohd Ibrahim lwn PP dimana perayu ditahan dan dituduh di bawah Seksyen 293 Kanun Keseksaan (English: Penal Code (Act 574))[2] kerana menjual buku “Tropic of Cancer” dan dia telah memberi alasan bahawa dia tidak mampu berbahasa Inggeris dan mengetahui buku itu adalah lucah. Perayu telah menjual 35 buah buku itu. Hakim memutuskan bahawa rayuan ditolak kerana buku itu adalah lucah walaupun dia tidak mengetahuinya.

Public Prosecutor v. Damarlingam [1987] MLJ 308

sunting

Di samping itu, tanggungan keras memudahkan tanggungjawab polis dan pendakwaraya dalam menentukan mens rea bagi sesuatu kesalahan jenayah. Ini kerana contohnya sekiranya seorang pegawai penguatkuasa kerajaan tempatan menyaman seorang pemilik kereta kerana tidak meletakkan kereta di tempat yang sepatutnya, tanpa melihat pada mens rea pemilik kereta itu sama ada mempunyai niat atau tidak. Ini kerana adalah sangat sukar sekiranya penguatkuasa itu untuk melihat pada mens rea seseorang. . Tanggungan keras juga dapat memudahkan proses pendakwaan di mahkamah. Ini kerana pendakwaraya tidak perlu membuktikan kewujudan elemen niat jahat pada tertuduh. Dalam kes PP lwn Darmalingam[2], tertuduh bersalah kerana memiliki 9.39 gram heroin di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Merbahaya 1952 dan dihukum penjara 5 tahun dan 6 kali sebatan. Pendakwaraya merayu terhadap hukuman itu dan berpendapat bahawa hukuman tersebut tidak memadai kerana kesalahan tersebut amat berat dan merbahaya kepada kepentingan masyarakat. Mahkamah memutuskan hukuman dinaikkan kepada 10 tahun penjara dan 12 sebatan.

Alphacell Ltd v. Woodward [1972] AC 824[3]

Tanggungan keras terpakai apabila melibatkan kes-kes yang berkaitan dengan ketenteraman dan kepentingan awam. Dalam kes Alphacell Ltd. Lwn Woodward, tertuduh bersalah kerana menyalurkan sisa-sisa tercemar disalurkan ke sungai. Ini bertentangan dengan Seksyen 2(1)(a) Rivers (Prevention of Pollution) Act. Dalam kes ini, tertuduh telah membina dan mengusahakan tangki-tangki pengendapan yang mempunyai saluran untuk limpahan masuk sunai dan menyediakan pam-pam yang direka khas untuk menghalang sebarang limpahan. Tetapi pam-pam itu telah tersekat oleh tumbuhan-tumbuhan liar maka menyebabkan limbahan pun berlaku. Tidak terdapat bukti bahawa pencemaran tersebut sememangnya terjadi ataupun mereka telah cuai. Dalam kes ini, unsur mens rea diketepikan. Ini kerana jika mens rea perlu dibuktikan, maka sudah tentu hukuman tidak boleh disabitkan dan pencemaran akan terus berleluasa.

Seah Eng Joo v. R (1961) MLJ 252

sunting

Dalam kes Seah Eng Joo lwn R[4] perayu ialah seorang yang berada di bawah pengawasan polis di bawah Seksyen 47 (b) Ordinan Undang-Undang Jenayah 1955. Perayu dikehendaki tinggal di dalam rumahnya daripada pukul 7 petang hingga 7 pagi. Walaubagaimanapun menurut perayu, pada hari kejadian dia berada di sebuah bar sebelum 7 petang dan telah mabuk serta dihantar pulang pada jam 9.30 malam. Perayu membela diri dengan menggunakan dalihan mabuk di bawah Seksyen 86 Kanun Keseksaan. Mahkamah Tinggi berpendapat walaupun cerita itu benar, tetapi oleh kerana Seksyen 49A(3) ordinan itu menyatakan bahawa seseorang yang tidak patuh kepada arahan adalah dikira melakukan kesalahan. Mahkamah memutuskan untuk mengenepikan mens rea dengan alasan kepentingan awam perlu dijaga. Kewujudan actus reus sahaja sudah memadai.

Dalam kes PP lwn Osman bin Appo Hamid & Anor[5], tertuduh dituduh di bawah Seksyen 29(1) Peraturan Lembaga Padi dan Beras Negara-Peraturan Negeri Terengganu kerana membawa beg-beg beras melebihi had minimum yang diizinkan oleh permit. Kedua-dua tertuduh mendakwa bahawa mereka tahu bahawa mereka membawa 130 beg beras tetapi menafikan bahawa mengetahui permit memperuntukan hanya 80 buah beg beras sahaja yang harus dibawa. Mahkamah memutuskan bahawa mereka disabitkan bersalah kerana berdasarkan statut dan peraturan yang dibuat, unsur mens rea diketepikan dan hanya perbuatan diambil kira. Ini kerana kerajaan perlu mengekalkan kestabilan harga padi dan beras serta mengimbangi pengagihannya ke pelbagai tempat demi kepentingan awam.

Tanggungan keras tidak menerima sebarang bentuk dalihan am. Dalam kes Abdullah lwn R[6], perayu telah dituduh merogol seorang budak perempuan. Semasa perbicaraan, telah terbukti bahawa perayu bersalah di bawah Seksyen 375(f) Kanun Keseksaaan kerana mangsa adalah berumur 14 tahun. Perayu cuba membawa dalihan bahawa dia pada mulanya merasakan ketika itu gadis itu berumur lebih 16 tahun kerana tubuh badannya yang agak besar berbanding budak seumur dengannya. Mahkamah memutuskan kepercayaan perayu tidak boleh diambil kira dan menolak dalihan silap fakta itu kerana hakikat bahawa dia melakukan terhadap budak itu bawah umur adalah merupakan satu kesalahan.

Bagi kes Sulong bin Nain lwn PP[7] pula, perayu menghadapi tuduhan membawa senjata api yang bertentangan dengan seksyen 3(1) di bawah Arahan Awam dan Pengisytiharan Keselamatan 1946. Kesalahan tersebut ialah satu larangan keras dan mutlak. Perayu dalam huahnya mengemukakan dalihan silap fakta di bawah Seksyen 79 Kanun Keseksaan. Namun, mahkamah menolaknya dan menyatakan bahawa sekiranya seseorang dengan sengaja telah membawa senjata, dengan ini tiada lagi kesilapan fakta yang boleh diterima dalam perundangan. Oleh itu seseorang itu memang telah tahu dia membawa senjata dan sekaligus sememangnya berniat membawa senjata itu.

Oleh yang demikian, penulis merasakan adalah perlu bagi pemakaian tanggungan keras bagi kes-kes tertentu. Ini kerana ianya ternyata ada kebaikannya terutamanya sekali bagi memelihara kepentingan awam (public interest) agar tidak tergugat. Seperti mana yang telah disebut penulis, sekiranya semua kesalahan memerlukan unsur mens rea sebagai pembuktian, maka sudah tentu kesalahan yang sukar dibuktikan unsur tersebut dapat disabitkn dengan hukuman.

Rujukan

sunting