Lima Pengkhianat Eulsa

Lima Pengkhianat Eulsa (Jawi: ليم ڤڠخيانت اولسا) merujuk kepada lima orang pegawai yang berkhidmat di bawah Maharaja Gojong yang menandatangani Perjanjian Eulsa tahun 1905 lalu menjadikan Korea sebagai negeri naungan di bawah Jepun. Lima pegawai itu ialah Menteri Pendidikan Yi Wan-yong, Menteri Tentara Yi Geun-taek, Menteri Dalam Negeri Yi Ji-yong, Menteri Luar Negeri Park Je-sun, dan Menteri Pertanian, Perdagangan, dan Industri Gwon Jung-hyeon.

Lima Pengkhianat Eulsa
Hangul을사 오적
Hanja乙巳五賊
Perumian SemakanEulsa ojeok
McCune–ReischauerŬlsa ojŏk

Penentangan terhadap Perjanjian itu dibuat oleh Perdana Menteri Han Gyu-seol dan oleh menteri kewangan dan keadilan, tetapi mereka termasuk Gojong yang lemah secara politik tidak dapat menentang lima orang tersebut secara berkesan, walaupun Maharaja sendiri enggan menandatangani perjanjian tersebut, iaitu suatu tindakan yang perlu untuk memuktamadkan sesebuah perjanjian di bawah undang-undang Korea. Kerajaan Jepun memaksa Perdana Menteri Han untuk meletakkan jawatan dan meletakkan Park di tempatnya.

Ketidakpuasan umum yang meluas terhadap perjanjian itu juga ditujukan kepada lima menteri tersbeut, dan "kumpulan pembunuhan" dibentuk yang membunuh kelima-lima orang menteri itu. Rumah Yi Ji-yong dibakar pada tahun yang sama. Gwon Jung-hyeon cedera dalam serangan pada tahun 1907, dan Yi Wan-yong cedera parah dalam cubaan pembunuhan pada tahun 1909.

Pada tahun 2005, Pusat Penyelidikan Isu Nasional (민족 문제 연구소) mengenal pasti nama-nama lima pegawai yang bertanggungjawab terhadap Perjanjian Eulsa, sebagai sebahagian daripada usahanya untuk menyusun direktori individu Korea yang telah bekerjasama dengan Jepun sebelum dan semasa penjajahan.

Lihat juga sunting

Pautan luaran sunting