Buka menu utama

Korea pernah menjadi sebahagian wilayah Empayar Jepun mulai tahun 1910 hingga tahun 1945. Penglibatan Jepun bermula dengan Perjanjian Ganghwa tahun 1876 ketika Dinasti Joseon Korea dan meningkat berikutan pembunuhan Maharani Myeongseong di tangan ejen-ejen Jepun pada tahun 1895, lalu memuncak dengan Perjanjian Eulsa tahun 1905 dan Perjanjian Pengilhakan tahun 1910, yang kedua-duanya akhirnya diisytiharkan "batal dan tidak sah" oleh kedua-dua pihak Jepun dan Korea Selatan pada tahun 1965. Sepanjang tempoh ini, meskipun Jepun membina rangkaian jalan raya dan komunikasi moden, kehidupan penduduk Korea biasa amat perit.[1]

Pemerintahan Jepun di Korea

조선 (朝鮮)
大日本帝国朝鮮 (だいにっぽんていこくちょうせん)
1910–1945
Flag of Korea
Lagu kebangsaan: Kimi ga Yoa
Peta Korea
Peta Korea
StatusWilayah yang diilhak Empayar Jepun
Ibu kotaSeoul
Bahasa lazimBahasa Korea, Jepun
Agama
Shintōa
PemerintahanEmpayar berperlembagaana
Maharaja Jepun 
• 1910–1912
Maharaja Meiji
• 1912–1925
Maharaja_Taishō
• 1925–1945
Maharaja Showa
Gabenor-Jeneral Korea 
• 1910–1916
Masatake Terauchi
• 1916–1919
Yoshimichi Hasegawa
• 1919–1927
Makoto Saito
• 1927
Kazushige Ugaki
• 1927–1929
Hanzo Yamanashi
PerundanganAdvisory Assembly
• Perhimpunan Anggota-Anggota Majlis
Chūsūin
(Jungchuwon)
Era sejarahPemerintahan Jepun di Korea
18 November 1905
22 Ogos 1910 1910
1 Mac 1919
11 September 1920
29 April 1932
1940–1945
Tamatnya Perang Dunia Kedua
• 15 Ogos 1945 1945
Pembahagian Korea
Mata wangYen Korea
Didahului oleh
Diganti oleh
Empayar Korea
Korea Selatan
Korea Utara
amerujuk kepada Empayar Jepun

Penguasaan Jepun terhadap Korea berakhir dengan penyerahan kalah Jepun kepada Kuasa Berikat pada tahun 1945 pada penghujung Perang Dunia II. Semenanjung Korea kemudiannya dibahagi kepada Korea Utara dan Selatan. Zaman pendudukan ini meninggalkan pertikaian yang berterusan antara Jepun dan kedua-dua Korea.

Di Korea, zaman ini digelar Zaman Pendudukan Jepun (일제 강점기; Ilje gangjeomgi) atau Zaman Empayar Jepun (일제시대, Ilje sidae), kadang-kadang juga Wae jeong (Hangul: 왜정, Hanja: 倭政), atau "pentadbiran Jepun". Di Jepun, zaman ini dipanggil Korea di bawah pemerintahan Jepun (日本統治時代の朝鮮).

Nota dan rujukanSunting

Pautan luarSunting