Perjanjian Jepun–Korea 1905

Perjanjian Jepun–Korea tahun 1905, juga dikenali sebagai Perjanjian Eulsa, Perjanjian Tidak Rela Eulsa atau Perjanjian Perlindungan Jepun–Korea, dibuat antara Empayar Jepun dan Kerajaan Korea pada tahun 1905. Rundingannya selesai pada 17 November 1905.[1] Perjanjian itu mencabut kedaulatan diplomatik Korea dan menjadikan Korea sebagai negeri naungan Empayar Jepun. Ia dihasilkan daripada kemenangan Empayar Jepun dalam Perang Rusia-Jepun pada tahun 1905.[2]

Perjanjian Jepun–Korea 1905
{{{image_alt}}}
Perjanjian tersebut dalam pameran
Dirangka9 November 1905; 115 tahun yang lalu (1905-11-09)
Ditandatangani17 November 1905; 115 tahun yang lalu (1905-11-17) di Dewan Jungmyeongjeon, Hanseong, Korea
Berkuat kuasa
17 November 1905; 115 tahun yang lalu (1905-11-17)
Penandatangan Empayar Jepun
 Empayar Korea
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Perjanjian Jepun–Korea 1905
Nama bahasa Jepun
Kanji第二次日韓協約
Hiraganaだいにじにっかんきょうやく
Nama bahasa Korea
Hangul을사조약
Hanja乙巳條約
Nama alternatif bahasa Korea
Hangul제2차 한일협약
Hanja第二次韓日協約

Nama-namaSunting

Dalam metonimi Perjanjian Eulsa,[3] perkataan Eulsa atau Ulsa terbit daripada tahun ke-42 dalam kitaran Ganzhi kalendar Korea, tahun perjanjian itu ditandatangani.[4] Perjanjian ini dikenal pasti dengan beberapa nama termasuk Persidangan Jepun-Korea Kedua (Bahasa Jepun: 第二次日韓協約, Bahasa Korea: 제2차 한일협약, 第二次韓日協約),[5] Perjanjian Sekatan Eulsa (Bahasa Korea: 을사늑약, 乙巳勒約), Perjanjian Perlindungan Eulsa (Bahasa Jepun: 乙巳保護条約, Bahasa Korea: 을사보호조약), dan Perjanjian Perlindungan Korea (Bahasa Jepun: 韓国保護条約).  

Latar belakangSunting

Berikutan kemenangan Empayar Jepun dalam Perang Rusia-Jepun dan dengan penarikan pengaruh Rusia dari Korea, serta Perjanjian Taft-Katsura, iaitu Amerika Syarikat didakwa bersetuju untuk tidak campur tangan urusan Jepun dalam hal-hal yang berkaitan dengan Korea, pemerintah Jepun berusaha untuk mengesahkannya pengaruhnya di Semenanjung Korea.

Delegasi kedua-dua Empayar bertemu di Seoul untuk menyelesaikan perbezaan dalam hal-hal yang berkaitan dengan dasar luar Korea untuk masa depan; namun, dengan istana Empayar Korea dikuasai oleh tentera Jepun, dan Tentara Imperial Jepun ditempatkan di lokasi-lokasi strategik di seluruh Korea, pihak Korea berada dalam serba kekurangan dalam perbincangan tersebut.

Pembentukan perjanjianSunting

 
Dewan Jungmyeongjeon, tempat perjanjian itu ditandatangani

Pada 9 November 1905, Itō Hirobumi tiba di Hanseong dan memberikan sepucuk surat dari Maharaja Jepun kepada Gojong, Maharaja Korea, yang memintanya untuk menandatangani perjanjian tersebut. Pada 15 November 1905, dia memerintahkan tentera Jepun untuk mengepung istana maharaja Korea dan mengancam maharaja untuk memaksanya menyetujui perjanjian tersebut.

Pada 17 November 1905, Ito dan Fil Marsyal Jepun Hasegawa Yoshimichi memasuki Dewan Jungmyeongjeon, sebuah bangunan yang direka bentuk oleh Rusia yang dulunya merupakan sebahagian daripada Istana Deoksu, untuk meyakinkan Gojong supaya bersetuju, tetapi baginda menolak. Ito menekan kabinet dengan pelbagai ancaman termasuk fizikal agar menandatangani perjanjian tersebut.[6] Menurut 한계옥 (Han-Gyeok), perdana menteri Korea Han Gyu-seol tidak setuju dan berteriak keras. Ito memerintahkan para pengawal untuk mengurungnya di sebuah bilik dan mengatakan jika dia terus menjerit, mereka boleh membunuhnya.[7] Kabinet Korea menandatangani perjanjian yang telah disiapkan oleh Ito di Jungmyeongjeon. Perjanjian itu memberi Empayar Jepun tanggungjawab penuh untuk urusan luar negara Korea,[8] dan meletakkan semua perdagangan melalui pelabuhan Korea di bawah pengawasan Empayar Jepun.

Peruntukan perjanjianSunting

Perjanjian ini menghilangkan kedaulatan diplomatik Korea,[9][10][11] pada hakikatnya menjadikan Korea sebagai negeri naungan Empayar Jepun.[12] Peruntukan-peruntukan perjanjian itu berkuatkuasa pada 17 November 1905, dan ia menjadi asas bagi Perjanjian Jepun-Korea 1907, dan pengilhakan Korea berikutnya pada tahun 1910.[13]

Perjanjian itu dianggap berkuatkuasa setelah mendapat tandatangan lima orang menteri Korea:[14]

  • Menteri Pendidikan, Lee Wan-yong (이완용; 李完用)
  • Menteri Tentera, Yi Geun-taek (이근택; 李根澤)
  • Menteri Dalam Negeri, Yi Ji-yong (이지용; 李址鎔)
  • Menteri Luar Negeri, Park Je-sun (박제순; 朴齊純)
  • Menteri Pertanian, Perdagangan dan Industri, Gwon Jung-hyeon (권중현; 權重顯)

Maharaja Gojong tidak memberikan perkenan atau menandatangani perjanjian tersebut. Pegawai lain yang mempertikai perjanjian itu termasuk:

  • Perdana Menteri, Han Gyu-seol (한규설; 韓圭卨)
  • Menteri Kewangan, Min Yeong-gi (민영기; 閔泳綺)
  • Menteri Kehakiman, Yi Ha-yeong (이하영; 李夏榮

KontroversiSunting

 
Analisis Gojong mengenai "perjanjian 1905"

Maharaja Gojong mengirim surat peribadi kepada ketua negara-negara besar untuk memohon sokongan mereka terhadap penandatanganan haram itu.[15] Pada 21 Februari 1908, baginda telah mengirim 17 pucuk surat yang mengandungi cap empayarnya, kepada lapan pemerintah berikut:

Pada tahun 1907, Maharaja Gojong menghantar tiga orang utusan rahsia ke Konvensyen Perdamaian Antarabangsa Haag untuk memprotes ketidakadilan Perjanjian Eulsa. Tetapi kuasa besar dunia enggan membenarkan Korea mengambil bahagian dalam persidangan itu.

Bukan hanya Maharaja tetapi rakyat Korea yang lain membantah Perjanjian tersebut. Jo Byeong-se dan Min Yeong-hwan, yang merupakan pegawai tinggi dan pemimpin penentangan terhadap perjanjian Eulsa itu, membunuh diri mereka sebagai tanda menentang. Golongan yangban dan rakyat biasa menyertai tentera kebenaran. Mereka dipanggil "Eulsa Euibyeong" (을사의병, 乙巳義兵) yang bermaksud "Tentera kebenaran melawan Perjanjian Eulsa".

Setelah perjanjian itu dimeterai, Maharaja Gojong berusaha memaklumkan dunia tentang ketidakadilan perjanjian itu, termasuk mengirim utusan khas ke Den Haag. Ini secara langsung menyebabkan Raja Gojong dipaksa menuruni takhta.

PenyelamatanSunting

Perjanjian ini, kemudian, diumum sebagai "batal dan tidak sah" oleh Perjanjian Hubungan Asas antara Jepun dan Republik Korea yang diikat pada tahun 1965.[16]

Dalam pernyataan bersama pada 23 Jun 2005, para pegawai Korea Selatan dan Korea Utara mengulangi pendirian mereka bahawa perjanjian Eulsa adalah batal atas tuntutan paksaan oleh pihak Jepun.

Pada tahun 2010, Korea Selatan telah merampas harta benda dan aset lain daripada keturunan mereka yang pro-Jepun dan bersubahat (Chinilpa) ketika perjanjian itu.[17]

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ Korean Mission to the Conference on the Limitation of Armament, Washington, DC, 1921–1922. (1922). [ Korea's Appeal], m/s. 35, di Buku Google; excerpt, "Alleged Treaty, dated November 17, 1905."
  2. ^ Clare, Israel et al. (1910). [ Library of universal history and popular science, p. 4732.], m/s. 4732, di Buku Google
  3. ^ Pak, Chʻi-yŏng. (2000).[ Korea and the United Nations] di Buku Google; excerpt, "... as a first step towards the final annexation of Korea in 1910, Japan forced the Korean king, Kojong, to accept the protectorate treaty (known as the Ulsa Protectorate Treaty) after Japan had defeated Russia in the Russo-Japanese War (1904–1905), following its victory in the Sino-Japanese War (1904–1995)"; Cordier, Henri et al. (1905). "Traité entre le Japon et la Corée," [ Revue internationale de Sinologie] di Buku Google
  4. ^ Kodansha encyclopedia of Japan, Vol 4, 1983, p. 289; "Ulsa is the designation in the sexagenary cycle for the year corresponding to 1905"
  5. ^ 을사조약 (dalam bahasa Korean). Naver/Doosan Encyclopedia.CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ McKenzie, F. A. Korea's Fight for Freedom. 1920.
  7. ^ 이토 히로부미는 직접~ :한계옥 (1998년 4월 10일). 〈무력을 앞장 세워 병탄으로〉, 《망언의 뿌리를 찾아서》, 조양욱, 1판 1쇄, 서울: (주)자유포럼, 97~106쪽쪽. ISBN 89-87811-05-0
  8. ^ United States. Dept. of State. (1919). [ Catalogue of treaties: 1814–1918] di Buku Google
  9. ^ "Deoksu Jungmyeongjeon". June 23, 2008. Dicapai pada May 4, 2009.
  10. ^ Uk Heo, Terence Roehrig (2010). South Korea Since 1980. Cambridge University Press. m/s. 9. ISBN 9780802091956.
  11. ^ "Independence leader Kim Koo". April 28, 2008. Dicapai pada May 4, 2009.
  12. ^ The history of Korea, pp. 461–62, Homer Hulbert
  13. ^ Carnegie Endowment (1921). [ Pamphlet 43: Korea, Treaties and Agreements] di Buku Google
  14. ^ The signers of the treaty have been criticized by later Korean historians as the Five Eulsa Traitors
  15. ^ a b Lee Hang-bok. "The King's Letter," English JoongAng Daily. September 22, 2009.
  16. ^ "Treaty on Basic Relations between Japan and the Republic of Korea". "It is confirmed that all treaties or agreements concluded between the Empire of Japan and the Empire of Korea on or before August 22, 1910 are already null and void."
  17. ^ Julian Ryall (July 14, 2010). "South Korea targets Japanese collaborators' descendants". telegraph.co.uk.

BibliografiSunting