Keli limbat

spesies ikan keli
(Dilencongkan daripada Limbat)

Keli limbat atau limbat, Clarias nieuhofii, ialah spesies ikan duri klariid. Ia mempunyai taburan meluas di Asia Tenggara termasuk selatan Vietnam, Kemboja, Thailand, Semenanjung Melayu, sebahagian Kepulauan Sunda Besar (Indonesia dan Malaysia, termasuk Borneo), dan Filipina.[1]

Keli limbat
Clarias nieuhofii
dari Mentaya Hulu, Kalimantan Tengah
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Actinopterygii
Order: Siluriformes
Keluarga: Clariidae
Genus: Clarias
Spesies:
C. nieuhofii
Nama binomial
Clarias nieuhofii
Sinonim

Penerangan

sunting

Ia hidup dalam kawasan belukar atau semak-samun yang ditakungi air di kawasan sawah, dan mempunyai ukuran tubuh lebih dua kali ganda daripada keli biasa dan berwarna kuning pekat.[2]

Keli limbat mendiami kawasan hulu sungai, alur air dan kawasan berpaya. Keli limbat memakan anak ikan, serangga, udang dan juga terkenal sebagai pemakan bangkai. Umpan terbaik ialah buah kelapa sawit dan daging ayam.

Rujukan

sunting
  1. ^ a b Ng, H.H. (2019). "Clarias nieuhofii". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2019: e.T181236A89799198. doi:10.2305/IUCN.UK.2019-2.RLTS.T181236A89799198.en. Dicapai pada 20 November 2021.
  2. ^ Jenis Keli

Pautan luar

sunting