Little Mix

Little Mix ialah kumpulan penyanyi wanita England yang ditubuhkan pada 2011, terdiri dari Perrie Edwards, Jesy Nelson, Leigh-Anne Pinnock, dan Jade Thirlwall.[1] Mereka dibentuk secara eksklusif untuk rancangan The X Factor musim keelapan yang mana mereka menjadi kumpulan pertama yang memenangi rancangan itu dalam 8 tahun sejarah rancangan ini. Setelah memenangi The X Factor, mereka menerima kontrak rakaman oleh label milik Simon Cowell, Syco Music, dan melancarkan sebuah lagu saduran dari Damien Rice berjudul "Cannonball" sebagai single kemenangan mereka. Pada tahun 2020, Jesy Nelson memutuskan untuk keluar dari kumpulan ini kerana masalah kesihatan mentalnya.

Little Mix
LittleMixLM5TourParis (cropped).jpg
Little Mix mengadakan persembahan di LM5 Tour di Paris pada 2019. Dari kiri ke kanan: Leigh-Anne Pinnock, Jesy Nelson,[a] Perrie Edwards dan Jade Thirlwall.
Latar belakang
Berasal dariUnited Kingdom
GenrePop, R&B, Hip hop, Trap, Electro-pop, Funk/soul, Synth-pop, Dance-pop, Tropical house
Tahun aktif2011–kini
Syarikat rakaman
RCA Records, Columbia
Laman sesawang
www.little-mix.com
AhliPerrie Edwards
Leigh-Anne Pinnock
Jade Thirlwall
Bekas ahliJesy Nelson

Little Mix melancarkan album sulung mereka yang berjudul DNA pada tahun 2012, yang berada di 10 teratas di sepuluh negara termasuk di United Kingdom dan Amerika Syarikay. Ini menjadikan Little Mix sebagai kumpulan penyanyi wanita pertama sejak the Pussycat Dolls yang mempunyai album sulung di lima teratas di AS, dan juga menerima penampilan pertama AS tertinggi di kedudukan album untuk keluaram pertama dari kumpulan penyanyi wanita England, memecahkan rekod yang sebelum ini dipegang oleh Spice Girls.[2] Album kedua mereka yang berjudul Salute (2013) menjadi album kedua mereka yang berada di 10 teratas di UK dan AS.[3] Album ketiga mereka, Get Weird, dikeluarkan pada tahun 2015.[4] Album keempat mereka, Glory Days (2016) menjadi album nombor satu pertama mereka di United Kingdom, dan juga meraih album nombor satu paling lama dari kumpulan penyanyi wanita sejak album sulung Spice Girls 20 tahun sebelumnya, dan penjualan minggu pertama tertinggi di penjualan album UK dari sebuah kumpulan wanita sejak 1997.[5] Di England, kumpulan ini mempunyai empat single nombor-satu, termasuk "Wings", "Black Magic" dan "Shout Out to My Ex". Album kelima mereka yang berjudul LM5 dikeluarkan pada 2018 dan mendapat sambutan yang memuaskan. Little Mix telah menjual sebanyak 50 juta salinan rakaman di seluruh dunia, menjadikan kumpulan ini sebagai salah satu dari kumpulan muzik wanita terlaris sepanjang zaman.

DiskografiSunting

FilemografiSunting

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2011 The X Factor Diri mereka sendiri Peserta
2019 Celebrity Gogglebox Diri mereka sendiri 1 episod[6]
2019 Eat In with Little Mix Diri mereka sendiri Siri web
2020 Little Mix The Search Juri Siri pertandingan muzik
2020 2020 MTV Europe Music Awards Hos Juga membuat persembahan[7]
2020 How to Be Anne-Marie Diri mereka sendiri Dokumentari[8]
2020 LM5: The Tour Film Diri mereka sendiri Filem jelajah[9]

Konsert jelajahSunting

Utama

Undangan

Tetamu

CatatanSunting

  1. ^ Nelson meninggalkan kumpulan itu pada Disember 2020 kerana masalah kesihatan.

RujukanSunting

  1. ^ "Little Mix". The X Factor. ITV. 2011. Dicapai pada 21 December 2011.
  2. ^ "Simon Cowell Congratulates Little Mix After DNA Beats Spice Girls' Record Stateside". The Huffington Post. 5 June 2013.
  3. ^ "Little Mix – Chart history – Billboard".
  4. ^ "The Official Top 40 Biggest Albums of 2015 revealed".
  5. ^ "Little Mix's Glory Days is the millennium's longest reigning girl group Number 1". Dicapai pada 30 May 2017.
  6. ^ "Celebrity Gogglebox: Little Mix confirmed for new six-part series". BBC. 4 June 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 January 2021. Dicapai pada 25 November 2020.
  7. ^ "LITTLE MIX TO HOST AND PERFORM AT THE 2020 MTV EMA!". MTV EMA. 20 October 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 November 2020. Dicapai pada 25 November 2020.
  8. ^ "Anne-Marie's YouTube Documentary: Trailer, Release Date & Celebrity Guests Including Little Mix". Capital FM. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 November 2020. Dicapai pada 18 December 2020.
  9. ^ "'Little Mix: LM5 – The Tour Film' coming to cinemas this November". Sony Music. 8 October 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 November 2020. Dicapai pada 25 November 2020.
  10. ^ Major, Melissa (22 April 2020). "Little Mix cancel upcoming UK summer tour". News and Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 April 2020. Dicapai pada 22 April 2020.
  11. ^ "Taylor Swift brings Little Mix out on stage for her World Tour". Mirror UK. 16 August 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 November 2019. Dicapai pada 12 December 2020.

Pautan luarSunting