Lokasi penganjuran Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Panas 2020
Sukan Olimpik Musim Panas 2020, secara rasmi dikenali sebagai "Pertandingan Olimpik XXXII", ialah acara sukan antarabangsa yang diadakan di Tokyo, Jepun, dari 23 Julai hingga 8 Ogos 2021. Pada mulanya dijadualkan berlangsung dari 24 Julai hingga 9 Ogos 2020, ditunda pada Mac 2020 sebagai akibat dari pandemik COVID-19, dan sebahagian besar diadakan di pintu tertutup tanpa penonton yang dibenarkan dalam keadaan darurat.[a] Meskipun dijadualkan semula untuk tahun 2021, acara itu tetap menggunakan nama "Tokyo 2020" untuk tujuan pemasaran dan pengimejan jenama.[1]
Sukan Paralimpik Musim Panas 2020 akan menyusul dua minggu kemudian antara 25 Ogos dan 5 September 2021.
Lokasi penganjuran dan infrastruktur
suntingPada Februari 2012, diumumkan bahawa bekas Stadium Negara Tokyo, lokasi utama untuk Sukan Olimpik Musim Panas 1964, akan menjalani pengubahsuaian ¥100 bilion untuk Piala Dunia Ragbi 2019 dan Sukan Olimpik Musim Panas 2020.[2] Pada November 2012, Dewan Sukan Jepun mengumumkan telah menerima tawaran untuk mereka bentuk stadium yang diusulkan. Dari 46 finalis, Zaha Hadid Architects dianugerahi projek, yang akan menggantikan stadium lama dengan stadum baru berkapasiti 80.000 kerusi. Terdapat kritikan terhadap reka bentuk Zaha Hadid—yang dibandingkan dengan topi keledar basikal dan dianggap bertembung dengan Kuil Meiji—dan ketidakpersetujuan yang meluas terhadap pembiayaan, bahkan dengan usaha untuk menyemak dan "mengoptimakan" reka bentuk.[3]
Pada Jun 2015, pemerintah mengumumkan rancangan untuk mengurangkan kapasiti tetap stadium baru menjadi 65.000 dalam konfigurasi atletiknya (walaupun dengan pikihan untuk menambah hingga 15.000 kerusi sementara untuk bola sepak) sebagai tindakan penjimatan perbelanjaan lebih lanjut.[4][5] Rancangan awal untuk membangun atap yang boleh dibuka juga dibatalkan.[6] Akibat penolakan awam terhadap peningkatan kos stadium yang mencapai ¥252 bilion, pemerintah akhirnya memilih untuk menolak reka bentuk Zaha Hadid sepenuhnya dan memilih reka bentuk baru oleh arkitek Jepun Kengo Kuma. Diilhamkan oleh kuil-kuil tradisional dan dengan profil yang lebih rendah, reka bentuk Kuma memiliki anggaran ¥149 bilion. Perubahan rancangan membuat stadium baru tidak disiapkan tepat masanya untuk Piala Dunia Ragbi 2019 seperti yang dirancang semula.[7] Stadium Negara dirasmikan pada 21 Disember 2019 dan diberi nama Stadium Olimpik sepanjang Sukan Olimpik 2020.[8]
Dari 33 lokasi pertandingan di Tokyo, 28 berada dalam 8 kilometer (5 batu) dari Wisma Olimpik, dengan sebelas tempat baru yang sedang dibangun.[9] Pada 16 Oktober 2019, IOC mengumumkan bahawa terdapat rancangan untuk memindahkan acara maraton dan jalan cepat ke Sapporo kerana masalah panas terik.[10] Rancangan itu dibuat secara rasmi pada 1 November 2019 setelah Gabenor Tokyo Yuriko Koike menerima keputusan IOC, meskipun beliau yakin bahawa acara tersebut sepatutnya tetap di Tokyo.[11]
Catatan
sunting- ^ Penonton luar negeri pertama kali dilarang pada Mac 2021, kemudian diikuti oleh penduduk Jepun pada Julai tahun itu untuk menghindari risiko dari penyebar super.
Rujukan
sunting- ^ Pelbagai sumber:
- McDonald, Scott (25 March 2020). "The Reason why Olympics in 2021 will still be called the 2020 Olympic Games". newsweek.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 April 2020. Dicapai pada 30 March 2020.
- Simon Denyer (20 March 2021). "Tokyo Olympics organizers ban spectators from outside Japan in pandemic-control measure". Washington Post. Dicapai pada 20 March 2021.
- "Tokyo to be put under state of emergency for duration of 2020 Olympic Games". the Guardian (dalam bahasa Inggeris). 8 July 2021. Dicapai pada 8 July 2021.
- ^ Himmer, Alastair (6 February 2012). "Rugby-Tokyo stadium set for billion dollar facelift". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2017. Dicapai pada 17 September 2017.
- ^ Wainwright, Oliver (6 November 2014). "Zaha Hadid's Tokyo Olympic stadium slammed as a 'monumental mistake' and a 'disgrace to future generations'". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 October 2019. Dicapai pada 16 October 2019.
- ^ "新国立、整備費2500億円 従来デザイン維持で決着". Nihon Keizai Shimbun. 24 June 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 June 2015. Dicapai pada 27 June 2015.
- ^ "国立競技場将来構想有識者会議". 日本スポーツ振興センター. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 December 2015. Dicapai pada 11 July 2015.
- ^ "Government drops plan to build retractable roof on Olympic stadium as costs soar". The Japan Times (dalam bahasa Inggeris). Kyodo. 29 July 2015. ISSN 0447-5763. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 October 2019. Dicapai pada 16 October 2019.
- ^ "Tokyo Olympic stadium gets new, cheaper design". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 22 December 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 December 2015. Dicapai pada 16 October 2019.
- ^ [1]
- ^ "Tokyo 2020 candidature file – section 8 – Sports and Venues" (PDF). Tokyo 2020. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 5 April 2013. Dicapai pada 10 September 2013.
- ^ Takahashi, Ryusei (17 October 2019). "IOC planning to move Tokyo Olympic marathon north to Sapporo in bid to avoid heat". The Japan Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0447-5763. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 October 2019. Dicapai pada 16 October 2019.
- ^ Denyer, Simon; Kashiwagi, Akiko (1 November 2019). "Cool runnings: After heated dispute, Tokyo agrees to shift Olympic marathons to more clement climes". The Washington Post. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 November 2019. Dicapai pada 1 November 2019.