Lorenzo's Oil

Lorenzo's Oil ialah filem drama Amerika Syarikat 1992 arahan George Miller. Filem ini berdasarkan pada kisah benar Augusto dan Michaela Odone, ibu bapa yang merawat anak lelaki mereka, Lorenzo, yang menderita penyakit adrenoleukodistrofi (ALD), suatu penyakit genetik yang jarang dijumpai. Penerbitan filem bermula dari September 1991 hingga Februari 1992 di Pittsburgh, Pennsylvania.[1] Filem ini menerima tayangan terhad di Amerika Utara pada 30 Disember 1992, dengan tayangan seluruh negara selama dua minggu kemudian pada 15 Januari 1993. Filem ini mendapat respon baik dari pengkritik dan menerima dua pencalonqn di Anugerah Akademi ke-65, namun kutipannya sangat rendah, hanya meraih $7,2 juta dari anggaran sebesar $30 juta.

Lorenzo's Oil
PengarahGeorge Miller
PenulisGeorge Miller
Nick Enright
Dihasilkan olehDoug Mitchell
George Miller
Dibintangi
SinematografiJohn Seale
Disunting olehRichard Francis-Bruce
Marcus D'Arcy
Muzik olehBerbagai artis
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehUniversal Pictures
Tarikh tayangan
Durasi tayangan
129 minit
NegaraAmerika Syarikat
BahasaInggeris
Bajet$30 juta
Pecah panggung$7.2 juta

PelakonSunting

PenerbitanSunting

Penggambaran untuk Lorenzo's Oil bermula pada 9 September 1991 di Ben Avon, Pennsylvania.[2]

SambutanSunting

Ulasan kritisSunting

Roger Ebert dari Chicago Sun Times memberikan skor filem sebanyak empat bintang dan menyifatkannya "filem yang sangat mengharukan".[3] Beliau menambahk, "tidak mungkin untuk tidak terjebak di dalamnya" dan James Berardinelli dari ReelViews memberikannya tiga dari empat bintang dan mendakwa, "ini tentang perang untuk pengetahuan dan kemenangan harapan melalui ketekunan."[4] Laman pengagregat ulasan, Rotten Tomatoes, secara retrospektif mengumpulkan ulasan dari 37 kritikan untuk memberikan skor filem sebanyak 92%, dengan nilai rata-rata 8/10, hingga Jun 2019.[5]

Respon mediaSunting

Biarpun filem ini seolah-olah menggambarkan peristiwa yang berkaitan dengan keadaan anak lelaki itu dan usaha ibu bapanya dalam jangka masa yang diliputi oleh filem itu, filem ini dikritik kerana menunjukkan penyembuhan ajaib.[6] Penyelidikan seterusnya dengan minyak Lorenzo tidak membuktikan keberkesanan jangka panjangnya dalam merawat ALD selepas permulaannya.[7] Subjek sebenarnya dari filem ini, Lorenzo Odone, meninggal kerana pneumonia pada Mei 2008 pada usia 30, setelah hidup dua dekad lebih lama dari yang diperkirakan oleh doktor.[8]

Hugo Moser, yang merupakan dasar bagi watak Profesor Nikolais, menyebut gambaran wataknya sebagai "kekejian".[9]

Kutipan pecah panggungSunting

Filem ini meraih $ 7.286.388 di dalam negeri dengan anggaran sekitar $30 juta.[10][11]

RujukanSunting

  1. ^ "Pittsburgh - City lands good share of movies". The Vindicator. 10 December 1995.
  2. ^ Blank, Ed (August 31, 1991). "Producer excited about Ben Avon as site for movie 'Lorenzo's Oil'". Pittsburgh Press. Dicapai pada May 12, 2015.
  3. ^ "Lorenzo's Oil". Chicago Sun Times. Dicapai pada 2010-11-21.
  4. ^ "Lorenzo's Oil". ReelViews. Dicapai pada 2010-11-21.
  5. ^ https://www.rottentomatoes.com/m/lorenzos_oil/
  6. ^ "Lorenzo's Oil: The full story". BBC News. BBC News. 21 July 2004. Dicapai pada 2012-10-11.
  7. ^ Moser, H. W.; Moser, A. B.; Hollandsworth, K.; Brereton, N. H.; Raymond, G. V. (2007). ""Lorenzo's oil" therapy for X-linked adrenoleukodystrophy: Rationale and current assessment of efficacy". Journal of Molecular Neuroscience. 33 (1): 105–113. doi:10.1007/s12031-007-0041-4. PMID 17901554.
  8. ^ "Lorenzo loses battle for life but legacy of hope lives on". The Guardian. Guardian News and Media Ltd. 31 May 2008. Dicapai pada 2012-10-11.
  9. ^ "Hugo Moser, 82; neurologist's portrayal in `Lorenzo's Oil' belied his real character". Los Angeles Times. 26 January 2007. Dicapai pada 2017-05-07.
  10. ^ "Lorenzo's Oil (1992)". IMDB. Dicapai pada 9 August 2012.
  11. ^ "Lorenzo's Oil". BoxOfficeMojo. Dicapai pada 24 September 2012.

Pautan luarSunting