Luftflotte 5[1] (Armada Udara 5) ialah salah satu bahagian utama Luftwaffe Jerman dalam Perang Dunia II. Ia telah dibentuk pada 12 April 1940 di Hamburg untuk penyerangan ke atas Norway. Ia ditukarkan ke Oslo, Norway pada 24 April 1940 dan merupakan organisasi yang bertanggungjawab bagi aktiviti Luftwaffe di Taklukan Norway pada sepanjang Perang Dunia II.

Luftflotte 5
Bendera Panglima Luftflotte
Aktif12 April 1940
Dibubarkan16 September 1944
Negara Jerman Nazi
CawanganLuftwaffe
JenisPemerintahan medan

Sejarah sunting

Luftflotte 5 bertanggungjawab bagi operasi udara Jerman semasa pencerobohan Norway, dan bagi mempertahankan wilayah yang ditakluki selepas itu. Ia telah dibahagikan kepada berbagai formasi beroperasi, tentera udara induk, dan kepada Wilayah-Wilayah Udara (Luftgau) yang mengawal pasukan darat dan fasiliti.

Pada tahun 1940, untuk pencerobohan itu, aset utama udaranya ialah FliegerKorp X, sebuah formasi yang mengandungi empat Wing (Geschwader) pesawat pengebom dan satu Wing pesawat pejuang berserta dengan pasukan sokongan udara. Dengan berakhirnya kempen Norway, FliegerKorps X telah berpindah ke medan lain (mula-mula ke Pertempuran Britain, kemudian ke Laut Mediterranean.

Pada 15 Ogos 1940 pihak Luftwaffe melancarkan serangan udara terbesarnya dalam Pertempuran Britain. Luftflotte 5 menyerang utara England. Mempercayai kekuatan Pasukan Pejuang ditumpukan ke bahagian selatan, pasukan-pasukan penyerang udara dari Denmark dan Norway berdepan dengan tentangan kuat yang tidak diduga. Akibat kurang diiringi oleh pejuang berat Bf 110, pengebom-pengebom telah ditembak jatuh dalam jumlah yang besar. Timur Laut England telah diserang oleh 65 buah pengebom sederhana Heinkel He 111 yang diiringi oleh 34 buah Messerschmitt Bf 110, dan pangkalan udara RAF Driffield telah diserang pada waktu tengahari oleh 50 buah pengebom laju Junkers Ju 88 yang tiada pengiring. Daripada jumlah 115 pengebom dan 35 pejuang yang dihantar, 16 pengebom dan 7 pejuang telah musnah.[2] Akibat dari kemalangan jiwa ini, Luftflotte 5 tidak lagi muncul kuat dalam kempen tersebut.

Selepas pencerobohan Norway, operasi udara terletak dibawah Fliegerführer (Ff) Nord, iaitu sebuah formasi ad hoc yang merangkumi skuadron (Staffel) dan grup (Gruppe). Dari Jun 1941 pasukan pejuang di Norway berada dibawah arahan berasingan Jagdfliegerführer Norwegen Jumlah pasukan ialah tiga grup pejuang dan satu grup pengebom, sambil dilengkapi skuadron-skuadron pejuang dan pejuang pengebom dan beberapa sokongan lain.

Atas darat aset-aset Luftflotte 5 telah ditadbir oleh wilayah tunggal udara, Luftgau Kommando(LgK) Norwegen, dengan pasukan-pasukan bawahan yang mengendalikan lapangan terbang sekitar Oslo, Kristiansand, Bergen, dan Stavanger di selatan, Trondheim, di tengah, dan Narvik serta Kirkenes di utara negara tersebut.

Pada tahun 1941, dengan pencerobohan Soviet Union dan kemasukan Finland kedalam perang sebagai sekutu Jerman, wilayah udara kedua telah ditubuhkan (LgK Finnland) sekitar Rovaniemi, untuk menyelaras aktiviti udara Jerman di barisan utara dan Operasi Silberfuchs.

Pada Jun 1942 Ff Nord telah dibahagikan kepada tiga pasukan berasingan; Ff Nord West ("Barat Laut"), diatur dari Trondheim; Ff Lofoten beroperasi dari Kepulauan Lofoten menentang konvoi Bersekutu ke Murmansk dan pelabuhan artik Soviet; dan Ff Nord Ost ("Timur Laut"), membantu operasi Tentera Darat terhadap Murmansk dan barisan utara. Pada musim panas 1942 Ff Lofoten telah diperkuatkan dengan dua grup pengebom yang dibentuk khusus untuk operasi maritim.

Pada tahun 1944 formasi ini telah disusun semula sekali lagi; Nord Ost menjadi, secara singkat Ff Eismeer sebelum menjadi Ff 3; Nord West menjadi Ff 4; dan Lofoten menjadi Ff 5.

Atas darat LgK Norwegen menjadi Kommandierende General der Luftwaffe (K.G.) in Norwegen, yang meliputi formasi darat dan udara di Norway, manakala LgK Finnland menjadi K.G. Finnland, dengan bidang tugas yang sama di Finland dan, kemudian, utara Norway.

Perang terus berkembang namun organisasi ini menjadi semakin tidak relevan kerana tentera Jerman telah dipaksa berundur dan kekuatan udara mereka berkurangan. Pada hujung Perang Dunia II sebahagian besar ketumbukan ini hanya wujud di atas kertas.

Panglima sunting

Unit-unit bawahan sunting

Jagdfliegerführer Norwegen10th Air Corps (Germany)

Rujukan sunting

Nota
  1. ^ For an explanation of the meaning of Luftwaffe unit designation see Luftwaffe Organisation
  2. ^ Document 32, Battle of Britain Historical Society.