Buka menu utama

Erhard Milch (30 Mac 1892 – 25 Januari 1972) ialah seorang Fil Marsyal Jerman dan penjenayah perang yang menyelia pembangunan Luftwaffe sebagai sebahagian daripada persenjataan semula Jerman semasa zaman antara perang. Beliau adalah pengarah yang mengasaskan Deutsche Luft Hansa (Sistem Penerbangan Jerman) dan antara segelintir pegawai kanan Wehrmacht yang berketurunan campur (Mischling). Bapa Milch adalah seorang Yahudi tetapi fakta ini telah disembunyikan oleh Hermann Göring. Semasa Perang Dunia II, beliau bertanggungjawab terhadap pengeluaran kapal terbang; pengurusannya yang tidak berkesan mengakibatkan kemerosotan tentera udara Jerman dan penguasaan udaranya hilang semasa perang sedang berjalan. Milch menjadi salah seorang dari 12 Jeneral yang dinaikkan pangkat dalam Upacara Fil Marsyal 1940 dan merupakan pegawai kanan ke-2 dalam senioriti Tentera Udara Jerman. Beliau telah disabitkan dengan jenayah perang semasa Perbicaraan Milch yang berlangsung di hadapan mahkamah tentera A.S. pada tahun 1947 dan dihukum penjara seumur hidup; beliau telah dibebaskan pada 1954.

Fil Marsyal
Erhard Milch
Milch.jpg
Generalfeldmarschall Milch pada tahun 1944
Nama samaranYahudi Nazi (selepas perang)
Kelahiran(1892-03-30)30 Mac 1892
Wilhelmshaven, Jerman
Meninggal dunia25 Januari 1972(1972-01-25) (umur 79)
Düsseldorf, Jerman
Kesetiaan Empayar Jerman (hingga 1918)
 Republik Weimar (hingga 1933)
 Jerman Nazi
Tahun perkhidmatan1910–1922
1933–1945
PangkatGeneralfeldmarschall
UnitLuftwaffe
ArahanInspektor Jeneral Luftwaffe
Luftflotte 5
PertempuranPerang Dunia I
Perang Dunia II
AnugerahKnight Cross of the Iron Cross
Lencana Emas Parti
HubunganWerner Milch (adik)
Joachim Schlichting (menantu)
Tugas lainMenghabiskan masa di penjara Landsberg kerana terlibat dalam jenayah perang

Tarikh kenaikkan pangkatSunting

Anugerah kebesaranSunting

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

BibliografiSunting

Pegawai tentera
Didahului oleh
tiada
Panglima Luftflotte 5
12 April 1940 – 10 Mei 1940
Diikuti oleh:
Generaloberst Hans-Jurgen Stumpff