M. G. Pandithan

Tan Sri M.G. Pandithan (3 April 1940[1] - 30 April 2008) merupakan bekas Presiden Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (AMIPF). Beliau meninggal dunia pada 30 April 2008 di Hospital Kuala Lumpur semasa berumur 68 tahun.

Tan Sri Dato'

M. G. Pandithan

PSM, PJN; DSSA (Selangor); KMN
Presiden
Barisan Kemajuan India Se-Malaysia
Dalam jawatan
1990–2008
Didahului olehPenyandang sulung
Digantikan olehPuan Sri Jayashree Pandithan
Butiran peribadi
LahirNyanapandithan @ Gnanapandythan a/l Muthandi
3 April 1940
Meninggal dunia30 April 2008(2008-04-30) (umur 68)
Hospital Kuala Lumpur
Parti politikBarisan Nasional.png Malaysian Indian Congress Flag.svg MIC (-1988)
AMIPF (1990-2008)
PasanganPuan Sri Jayashree Pandithan
PekerjaanAhli politik

Pandithan merupakan bekas ahli parti Kongres India Se-Malaysia (MIC). Beliau pernah bertelagah dengan Datuk Seri Samy Vellu pada 1988, dan kemudian dipecat dari parti pada 16 Julai 1988. Setelah gagal untuk kembali ke MIC, kemudian Pandithan menubuhkan dan menjadi Pengerusi AMIPF pada Julai 1990.

Kenangan jasaSunting

Pada 10 September 2009, Jalan Berhala di Brickfields ditukar nama kepada Jalan M.G.Pandithan. Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M. Saravanan.[2]

RujukanSunting

  1. ^ Retna, S. "Pandithan: A Fighter With A Never-say-die Attitude". Bernama. Dicapai pada 2008-04-30.
  2. ^ Jalan Berhala ditukar nama mulai hari ini