Maamme (Bahasa Finland), atau Vårt land (Bahasa Sweden), merupakan lagu kebangsaan de facto bagi Finland. Tajuk ini bermaksud "tanah air kita".

Maamme dalam Fänrik Ståhls Sägner

Muzik ini digubah oleh seorang pendatang Jerman bernama Frederik Pacius, dengan kata-kata asal dalam Bahasa Sweden oleh seorang Finland yang berbahasa Sweden bernama Johan Ludvig Runeberg, dan dipersembahkan buat kali pertama pada 13 Mei 1848. Puisi asal yang ditulis pada tahun 1846 tetapi tidak dicetak hingga tahun 1848, mempunyai 11 rangkap stanza dan membentuk prolog bagi kitar besar puisi Fänrik Ståhls Sägner, satu karya besar nasionalisme romantik. Teks bahasa Finland kini biasanya merujuk kepada terjemahan pada tahun 1889 bagi Ensign Stål oleh Paavo Cajander, namun sebenarnya berasal daripada terjemahan pada tahun 1867 oleh Julius Krohn.[1][2]

Fänrik Ståhls Sägner amat dihargai di seluruh Scandinavia. Sehinggalah kemerdekaan Finland pada 1917–18, apabila lagu itu mula dicam sebagai berkait khusus kepada Finland, lagu Pacius dan teks Runeberg ini turut dinyanyikan di Denmark, Norway dan Sweden. Perhatikan bahawa dalam teks bahasa Sweden asal tidak terdapat rujukan terhadap Finland (kecuali dalam rangkap 4 dan 10 yang jarang dinyanyikan), cuma terhadap sebuah negara di utara, namun teks bahasa Finland lagu ini menyebut negara Finland secara khusus. Lagipun, tema puisi ini amat serupa dengan lagu kebangsaan Sweden (Du gamla, Du fria) dan Norway (Ja, vi elsker dette landet).

Sesetengah orang Finland telah mencadangkan yang lagu kebangsaan Finland ditukar kepada Finlandia oleh Jean Sibelius, sebahagiannya kerana melodi Pacius juga digunakan untuk lagu kebangsaan Estonia dengan teks bertema serupa, Mu isamaa, Tanah Airku (1869). Dikhabarkan juga bahawa Pacius menggubah lagu ini dalam masa 15 minit sahaja, tanpa menyangka yang ia akan menjadi begitu penting kepada penduduk Finland sehingga mereka mengambilnya sebagai lagu kebangsaan. Terdapat juga mereka yang lebih suka Finlandia sebagai satu sebuah lagu sahaja, walaupun kritik mengatakannya sukar dinyanyikan.

Lagu Maamme mempunyai persamaan dengan lagu minum Jerman Papst und Sultan. Ramai yang percaya Fredrik Pacius meniru sama ada secara sengaja atau tidak sebahagian lagu itu. Satu lagi lagu patriotik Finland, Sotilaspoika, juga gubahan Pacius, turut memiliki persamaan dengan Papst und Sultan.

Lirik sunting

Berikut merupakan perenggan pertama dan perenggan akhir lirik dalam Bahasa Finland, Bahasa Sweden (tulisan asal), dan terjemahan Bahasa Melayu:

Maamme sunting

(terjemahan daripada Bahasa Sweden, seperti dalam edisi Paavo Cajander)

Oi maamme, Suomi, synnyinmaa,
soi, sana kultainen!
Ei laaksoa, ei kukkulaa,
ei vettä, rantaa rakkaampaa
kuin kotimaa tää pohjoinen,
maa kallis isien.
Sun kukoistukses kuorestaan
kerrankin puhkeaa;
viel' lempemme saa nousemaan
sun toivos, riemus loistossaan,
ja kerran laulus, synnyinmaa
korkeemman kaiun saa.

Vårt land sunting

(asal, oleh Johan Ludvig Runeberg)

Vårt land, vårt land, vårt fosterland,
ljud högt, o dyra ord!
Ej lyfts en höjd mot himlens rand,
ej sänks en dal, ej sköljs en strand,
mer älskad än vår bygd i nord,
än våra fäders jord!
Din blomning, sluten än i knopp,
Skall mogna ur sitt tvång;
Se, ur vår kärlek skall gå opp
Ditt ljus, din glans, din fröjd, ditt hopp.
Och högre klinga skall en gång
Vår fosterländska sång.

Our Land sunting

(translation by Clement Burbank Shaw from the Swedish version)

Our land, our land, our fatherland,
Sound loud, O name of worth!
No mount that meets the heaven's band,
No hidden vale, no wavewashed strand,
Is loved, as is our native North,
Our own forefathers' earth.
Thy blossom, in the bud laid low,
Yet ripened shall upspring.
See! From our love once more shall grow
Thy light, thy joy, thy hope, thy glow!
And clearer yet one day shall ring
The song our land shall sing.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Käännökset (Terjemahan) - tapak web Muzium Runeberg (dalam Bahasa Finland)
  2. ^ J. L. Runeberg Diarkibkan 2007-03-15 di Wayback Machine - tapak web Persatuan Sastera Finland (dalam Bahasa Finland)

Pautan luar sunting

Templat:National Anthems of Europe