Magdalena Andersson
Eva Magdalena Andersson (sebutan Sweden: [eːva maɡdalena andɛʂɔn], lahir 23 Januari 1967) merupakan seorang ahli politik dan ahli ekonomi Sweden yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri Sweden dari November 2021 hingga Oktober 2022,[1] dan sebagai ketua Parti Demokrasi Sosial sejak 4 November 2021.
Magdalena Andersson | |
---|---|
Perdana Menteri Sweden ke-34 | |
Dalam jawatan 30 November 2021 – 18 Oktober 2022 | |
Raja | Carl XVI Gustaf |
Timbalan | Morgan Johansson |
Didahului oleh | Stefan Löfven |
Digantikan oleh | Ulf Kristersson |
Pemimpin Parti Demokratik Sosial | |
Menyandang jawatan 4 November 2021 | |
Setiausaha Agung | Tobias Baudin |
Didahului oleh | Stefan Löfven |
Menteri Kewangan | |
Dalam jawatan 3 Oktober 2014 – 30 November 2021 | |
Perdana Menteri | Stefan Löfven |
Didahului oleh | Anders Borg |
Digantikan oleh | Mikael Damberg |
Ahli Riksdag | |
Menyandang jawatan 29 September 2014 | |
Kawasan pilihan raya | Daerah Stockholm |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Eva Magdalena Andersson 23 Januari 1967 Uppsala, Sweden |
Parti politik | Demokrat Sosial |
Pasangan | Richard Friberg (k. 1997) |
Anak | 2 |
Pendidikan | Sekolah Ekonomi Stockholm |
Beliau menyertai Liga Belia Demokratik Sosial pada tahun 1983. Pada tahun 1992 beliau mendapat ijazah sarjana mudah dalam ekonomi di Sekolah Ekonomi Stockholm. Beliau berkhidmat sebagai penasihat dan pengarah perancangan dalam kabinet Göran Persson serta merupakan penasihat Mona Sahlin. Selepas pilihan raya 2014, Andersson telah dilantik sebagai ahli Riksdag dan menjadi Menteri Kewangan Sweden dalam kabinet Stefan Löfven. Selepas Löfven mengumumkan bahawa beliau akan meletakkan jawatannya pada Ogos 2021, beliau telah dilantik sebagai pemimpin Parti Demokratik Sosial.
Beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Sweden oleh Riksdag pada 29 November 2021.[2] Sebelum itu, pada 24 November 2021, Riksdag telah melantiknya sebagai Perdana Menteri Sweden.[3] tetapi kejatuhan parti campurannya dengan Parti Hijau yang berlaku selepas Riksdag menerima cadangan belanjawan pembangkang dan bukan cadangan bajet daripada parti campurannya menyebabkan Andersson meletak jawatan beberapa jam selepas pemilihannya sebagai perdana menteri.[4]
Beliau menjadi Perdana Menteri negara Sweden yang pertama dari kaum wanita secara rasminya pada 30 November 2021 sekaligus menamatkan status Sweden sebagai satu-satunya negara Nordik yang tidak pernah mempunyai ketua pemerintahan yang lain jantina.[5][6]
Biografi
suntingAwal hidup
suntingAndersson ialah anak tunggal bagi Göran Andersson (1936–2002), seorang pensyarah statistik di Universiti Uppsala, dan Birgitta Andersson (b. 1939, née Grunell) yang merupakan seorang guru.[7]
Andersson merupakan seorang perenang peringkat elit semasa zaman remajanya.[8][9]
Pendidikan
suntingSemasa berada di sekolah menengah, Andersson belajar sains sosial di Sekolah Katedral di Uppsala. Beliau menamatkan pendidikan menengahnya pada tahun 1987 dan merupakan salah satu pelajar yang memperoleh gred yang tertinggi.[10]
Andersson berpindah ke Stockholm untuk melanjutkan pendidikan tingginya di Sekolah Ekonomi Stockholm,[11] di mana beliau menamatkan pengajiannya pada tahun 1992 dengan ijazah sarjana dalam bidang ekonomi. Beliau kemudian bekerja sebagai pelajar kedoktoran dalam bidang ekonomi di Sekolah Ekonomi Stockholm dari 1992 hingga 1995, tetapi menamatkan pengajiannya lebih awal daripada yang dijadualkan. Pada musim luruh tahun 1994, beliau belajar di Institut Pengajian Lanjutan di Vienna. Pada musim bunga tahun 1995, beliau belajar di Universiti Harvard.[12]
Andersson menyertai Liga Belia Demokratik Sosial (SSU) pada tahun 1983 semasa beliau berada di sekolah menengah.[13] Pada tahun 1987, beliau telah dipilih sebagai presiden SSU bagi bahagian Uppsala.[14]
Kerjaya
suntingPenasihat dan penjawat awam
suntingSelepas menamatkan pengajiannya dalam bidang ekonomi, Andersson mendapat pekerjaan di Pejabat Perdana Menteri sebagai seorang penasihat politik kepada Göran Persson dari 1996 hingga 1998. Beliau kemudiannya berkhidmat sebagai Pengarah Perancangan dari 1998 hingga 2004. Dari 2004 hingga 2006, beliau bekerja dalam bidang perkhidmatan awam sebagai Setiausaha Negara di Kementerian Kewangan dari 2004 hingga 2006. Dari 2007 hingga 2009, beliau sekali lagi menjadi penasihat politik, kali ini kepada Ketua Pembangkang Mona Sahlin. Beliau meletakkan jawatan ini apabila Kerajaan Sweden telah melantiknya sebagai Ketua Pengarah Agensi Cukai Sweden. Beliau memegang jawatan tersebut sehingga 2012 apabila beliau diangkat sebagai calon Sosial Demokrat menjelang pilihan raya umum 2014 . [15]
Menteri Kewangan
suntingSelepas kemenangan Parti Sosial Demokrat dalam pilihan raya umum Sweden 2014, Andersson dipilih sebagai seorang ahli Riksdag dan beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan oleh perdana menteri baharu Stefan Löfven.[16] Hasil daripada rundingan untuk membentuk kerajaan campuran, Per Bolund diberikan tanggungjawab untuk mengawal pasaran kewangan dan perlindungan pengguna sebagai Menteri bagi Pasaran Kewangan semasa Andersson berkhidmat sebagai Menterian Kewangan.[17] Andersson telah dilantik semula sebagai Menteri Kewangan oleh Löfven selepas pilihan raya 2018 . [18]
Pada tahun 2020, ahli Jawatankuasa Kewangan dan Kewangan Antarabangsa (IMFC) yang merupakan jawatankuasa penasihat dasar utama bagi Lembaga Gabenor Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), memilih Andersson sebagai Pengerusi Jawatankuasa tersebut dengan tempohnya selama tiga tahun.[19] Beliau menjadi orang Eropah pertama yang memegang jawatan tersebut selepas lebih daripada sedekad, di samping menjadi wanita pertama untuk memegang jawatan itu.[20]
Pada Ogos 2021, Perdana Menteri Stefan Löfven mengumumkan bahawa beliau akan meletakkan jawatan sebagai ketua parti di Kongres Parti Demokratik Sosial pada November 2021.[21] Andersson telah dianggap oleh ramai sebagai penggantinya. Pada 29 September, jawatankuasa pencalonan Parti Demokratik Sosial mengumumkan bahawa Andersson telah dipilih sebagai calon pemimpin sebelum kongres. Sekiranya jawatan itu diterima oleh Riksdag, Andersson akan menjadi pemimpin parti tersebut dan Perdana Menteri wanita Sweden yang pertama.[22][23]
Ketua Parti Demokrat Sosial
suntingAndersson telah dipilih sebagai Ketua Parti Demokratik Sosial Sweden pada 4 November 2021.[24] Beliau menjadi pemimpin wanita yang kedua bagi parti tersebut selepas Mona Sahlin.[9]
Pada 10 November, penyandang perdana menteri Stefan Löfven secara rasmi meletak jawatan.[25] Sebagai sebahagian daripada pembentukan kerajaan Sweden 2021, Speaker Riksdag mengadakan perbincangan dengan semua pemimpin parti pada 11 November dan tidak lama selepas itu membenarkan Andersson untuk membentuk kerajaannya dalam tempoh seminggu.[26] Pada 23 November 2021, Andersson telah mendapat sokongan Parti Kiri pada pengundian perdana menteri yang akan datang. Dengan Parti Tengah sebelum ini telah bersetuju untuk menyokongnya, Andersson mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen untuk menjadi perdana menteri Sweden yang seterusnya.[27]
Perdana Menteri Sweden
suntingPada 24 November 2021, Andersson telah dipilih sebagai perdana menteri baharu Sweden oleh Riksdag.[6] Beliau asalnya dijangka akan memegang jawatan tersebut secara rasmi pada 26 November 2021.[28] Walaupun beliau tidak menerima undi "ya" yang secukupnya, kebanyakan ahli Parlimen tidak menentang pelantikkannya kerana tidak mengundi. Hal ini sudah memadai untuk beliau dilantik sebagai perdana menteri.[6] Andersson akan menjadi ketua kerajaan wanita pertama Sweden sejak hak mengundi sejagat diperkenalkan pada tahun 1921.[29]
Beberapa jam selepas pemilihan Andersson, bajetnya telah dikalahkan di Riksdag sebaliknya bajet pembangkang telah diluluskan. Disebabkan oleh bajet pembangkang digubal dengan sokongan Demokrat Sweden yang bersayap kanan, Parti Hijau menarik diri daripada parti campuran itu.[30] Hal ini telah menyebabkan Andersson meletak jawatan.[31] Tindakan beliau adalah berdasarkan konvensyen yang menyatakan bahawa seorang perdana menteri harus meletakkan jawatan sekiranya sesebuah parti meninggalkan kerajaan campuran. Beliau telah memberitahu Speaker Andreas Norlén bahawa beliau berminat untuk membentuk kerajaan parti tunggal yang terdiri daripada ahli Parti Demokrat Sosial.[32][30]
Pada 29 November 2021, Andersson telah dilantik semula sebagai perdana menteri dengan kelebihan undian yang sedikit.[33][34] Hal ini adalah dijangka kerana semua parti yang menyokongnya semasa undian pertamanya (Parti Pusat, Parti Hijau, dan Parti Kiri) telah menyatakan sokongan mereka terhadapnya semasa undian kedua Riksdag.[35][36][37] Pada 30 November, Andersson dan kabinetnya memegang jawatannya secara rasminya selepas mereka mendapat perkenan Raja Carl XVI Gustaf.[38][39] Andersson merupakan perdana menteri wanita Sweden yang pertama,[6][5][40] dan ketua kerajaan wanita negara tersebut yang pertana sejak Ratu Ulrika Eleonora.
Peranan lain
sunting- Asian Infrastructure Investment Bank (AIIB), Ahli Ex-Officio Lembaga Pengelola [41]
- Bank Eropah untuk Pembinaan Semula dan Pembangunan (EBRD), Ahli Ex-Officio Lembaga Gabenor [42]
- Bank Pelaburan Eropah (EIB), Ahli Ex-Officio Lembaga Gabenor (sejak 2014) [43]
- Agensi Jaminan Pelaburan Pelbagai Hala (MIGA), Kumpulan Bank Dunia, Ahli Ex-Officio Lembaga Pengelola [44]
- Nordic Investment Bank (NIB), Pengerusi Ex-Officio Lembaga Pengelola[45]
- Bank Dunia, Ahli Ex-Officio Lembaga Gabenor [46]
- Policy Network, Ahli Lembaga (2005–2009) [47]
Kehidupan peribadi
suntingAnderson telah berkahwin dengan Richard Friberg , seorang profesor dalam bidang ekonomi di Sekolah Ekonomi Stockholm pada tahun 1997. Mereka mempunyai dua orang anak.[48] Beliau dengan suaminya sering pergi mendaki, berkayak dan mendaki gunung.[49]
Rujukan
sunting- ^ "Sweden's lawmakers elect the country's first female prime minister -- again". CNN (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 1 Disember 2021.
- ^ "Sweden elects Andersson as first female PM for second time in a week". France 24. 29 November 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 December 2021. Dicapai pada 1 December 2021.
- ^ "Sweden's Andersson elected as nation's first woman PM". 24 November 2021.
- ^ "Omröstning om ny statsminister". SVT Nyheter (dalam bahasa Sweden). 11 November 2021. Dicapai pada 24 November 2021.
- ^ a b Associated Press (4 November 2021). "Finance chief Andersson tapped to be Sweden's 1st female PM". The Washington Post. Dicapai pada 8 November 2021. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "twp1" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ a b c d Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamabbc24
- ^ Lagercrantz, Hemmets Journal | Victoria. "Magdalena Andersson om sorgen efter pappa Göran". Hemmets Journal. Dicapai pada 1 November 2021.
- ^ "Jag tycker om att prestera!" [I like to perform] (dalam bahasa Sweden). Civilekonomen. 1 Mac 2013. Dicapai pada 1 Mac 2013.
- ^ a b "The "most stingy finance minister in the EU" may become Sweden's first female prime minister" (dalam bahasa Sweden). Yle. 24 Ogos 2021. Dicapai pada 24 Ogos 2021.
- ^ "Hon vill vara bäst i klassen – och älskar doften av strid" [She wants to be at the top of the class – and loves the smell of battle]. Dagens Nyheter (dalam bahasa Sweden). 13 Ogos 2016. Dicapai pada 17 Oktober 2021.
- ^ "Låt inte kön avgöra valet" [Do not let gender determine the choice of Prime Minister] (dalam bahasa Sweden). Smålandsposten. 23 Ogos 2021. Dicapai pada 24 Ogos 2021.
- ^ "Ett komplement till en god välfärdsstad" [A complement to a good welfare state] (dalam bahasa Sweden). Expressen. 15 Disember 2013. Dicapai pada 30 Ogos 2014.
- ^ "Magdalena Andersson tackar ja: Väldigt hedrad" [Magdalena Andersson says yes: Deeply honored]. Västerbottens-Kuriren. 29 September 2021. Dicapai pada 1 November 2021.
- ^ Nyheter, S.V.T.; Carlbaum, Julia (10 September 2021). "Länets socialdemokrater vill ha Magdalena Andersson som ny ledare". SVT Nyheter. Dicapai pada 1 November 2021.
- ^ Falkirk, John (30 September 2021). "Magdalena Andersson: Jag har rökt marijuana". Expressen (dalam bahasa Sweden). Dicapai pada 1 November 2021.
- ^ Orange, Richard (28 Ogos 2021). "Sweden lines up Magdalena Andersson to be its first woman prime minister". The Telegraph. Dicapai pada 1 November 2021.
- ^ Kroet, Cynthia (6 Oktober 2014), "Löfven unveils Swedish government", European Voice. Retrieved 1 November 2021.
- ^ "SSE alum and Minister for Finance Magdalena Andersson visited SSE". hhs.se. Dicapai pada 1 November 2021.
- ^ IMFC Selects Sweden’s Minister for Finance Magdalena Andersson as New Chair Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), kenyataan akhbar pada 17 Disember 2020.
- ^ Lawder, David (17 Disember 2020), "IMF steering committee names Swedish finance minister as next chair", Reuters. Retrieved 1 November 2021.
- ^ Sweden’s Finance Chief Nominated to Become First Female PM Bloomberg. Retrieved 1 November 2021.
- ^ Nyheter, S. V. T.; Schau, Oscar; Knutson, Mats (29 September 2021). "Valberedningen föreslår Magdalena Andersson". SVT Nyheter (dalam bahasa Sweden). SVT. Dicapai pada 29 September 2021.
- ^ Milne, Richard (29 September 2021), "Finance minister on course to become Sweden’s first female PM", Financial Times. Retrieved 1 November 2021.
- ^ "Magdalena Andersson set to become Sweden's first female Prime Minister". Euronews. 4 November 2021. Dicapai pada 11 November 2021.
- ^ "Swedish PM resigns, finance minister likely successor". Reuters. 10 November 2021. Dicapai pada 10 November 2021.
- ^ "Swedish Fin Min Andersson handed task of forming new government". Reuters. 9 November 2021. Dicapai pada 11 November 2021.
- ^ Nyheter, S. V. T.; Fors, Ebba (23 November 2021). "Regeringen och Vänsterpartiet överens – V släpper fram Andersson som statsminister" [Government and Left Party agree – Left Party will allow Andersson as Prime Minister]. SVT Nyheter (dalam bahasa Sweden). Sveriges Television. Dicapai pada 24 November 2021.
- ^ Tanaka, Sofia (22 November 2021). "S-ledaren hos talmannen – har hon stöd för en regering?" [S-leader with the Speaker of the Riksdag – does she have enough support to form a government?]. Dagens Nyheter. Dicapai pada 24 November 2021.
- ^ "Klart: Magdalena Andersson blir ny statsminister" (dalam bahasa Sweden). Aftonbladet. 24 November 2021. Dicapai pada 24 November 2021.
- ^ a b Fors, Ebba (24 November 2021). "Miljöpartiet lämnar regeringen – ny statsministeromröstning kan vänta" (dalam bahasa Sweden). Sveriges Television. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 November 2021. Dicapai pada 24 November 2021.
- ^ "Sweden's first female prime minister resigns after less than 12 hours". The Guardian. 24 November 2021. Dicapai pada 25 November 2021.
- ^ "Magdalena Andersson (S) väljer att avgå" (dalam bahasa Sweden). Sveriges Television. 24 November 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 November 2021. Dicapai pada 24 November 2021.
- ^ "Magdalena Andersson chosen as Sweden's first female PM... again". euronews (dalam bahasa Inggeris). 2021-11-29. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 November 2021. Dicapai pada 2021-11-29.
- ^ "Magdalena Andersson Elected As Sweden's First Woman Prime Minister Again". NDTV.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 November 2021. Dicapai pada 2021-11-29.
- ^ Nyheter, S. V. T. (25 November 2021). "Talmannen: Ny omröstning om Andersson (S) på måndag". SVT Nyheter (dalam bahasa Sweden). Sveriges Television. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 November 2021. Dicapai pada 25 November 2021.
- ^ "'Var Andersson någonsin statsminister?' – frågor och svar om regeringsbildningen" (dalam bahasa Sweden). Sveriges Television. 24 November 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 November 2021. Dicapai pada 25 November 2021.
- ^ "Talmannen: Ny omröstning om Andersson (S) på måndag". Sveriges Television (dalam bahasa Sweden). Sveriges Television. 25 November 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 November 2021. Dicapai pada 25 November 2021.
- ^ Nyheter, S. V. T.; Ekman, Jonas; Silverberg, Josefin (30 November 2021). "Här är alla ministrar i Anderssons regering". SVT Nyheter (dalam bahasa Sweden). Diarkibkan daripada yang asal pada 30 November 2021. Dicapai pada 30 November 2021.
- ^ "KEY POINTS: Everything you need to know about Sweden's new government". The Local. 30 November 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 November 2021. Dicapai pada 30 November 2021.
- ^ "Magdalena Andersson: Sweden's first female PM returns after resignation". BBC News. 29 November 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 November 2021. Dicapai pada 29 November 2021.
- ^ Board of Governors Asian Infrastructure Investment Bank (AIIB). Retrieved 1 November 2021
- ^ Board of Governors Bank Eropah untuk Pembinaan Semula dan Pembangunan (EBRD). 1 November 2021
- ^ Board of Governors: Magdalena Andersson Bank Pelaburan Eropah (EIB). 1 November 2021
- ^ Board of Governors Agensi Jaminan Pelaburan Multilateral (MIGA), Kumpulan Bank Dunia. 1 November 2021
- ^ Board of Governors Diarkibkan 29 Oktober 2017 di Wayback Machine Nordic Investment Bank (NIB). 1 November 2021
- ^ Board of Governors Bank Dunia. 1 November 2021
- ^ "Curriculum Vitae Minister for Finance Magdalena Andersson" (PDF). www.government.se. Kerajaan Sweden. Dicapai pada 11 November 2021.
- ^ "Magdalena Andersson about the grief after father Göran Andersson" (dalam bahasa Sweden). Hemmets Journal. 15 Julai 2015. Dicapai pada 17 Oktober 2021.
- ^ "Magdalena Andersson: Hidden privacy with her husband and children". 18 September 2021. Dicapai pada 23 November 2021.