Maharaja Jianwen (Cina tradisional: 建文; Cina ringkas: 建文; pinyin: Jiànwén; Wade-Giles: Chien-wen) (5 Disember 1377–13 Julai 1402), dengan nama peribadi Zhu Yunwen, memerintah sebagai Maharaja kedua dari dinasti Ming. Nama pemerintahan beliau iaitu Jianwen bermaksud "Penubuhan kebajikan awam".

Maharaja Jianwen
Fail:Jianwen.jpg
Maharaja China
Pemerintahan30 Jun 1398 – 13 Julai 1402
(4 tahun, 13 hari)
Didahului olehMaharaja Hongwu
Diikuti olehMaharaja Yongle
PasanganMaharani Ma (Jianwen)
AnakandaZhu Wenkui
Zhu Wengui
Nama penuh
Nama keluarga: Zhū (朱)
Nama diberi: Yŭnwén (允炆)
Tarikh zaman name and 
Jiànwén (建文): 6 Februari 1399 – 29 Julai 1402[1]
Nama selepas mangkat
Maharaja Gongmin Hui[2][3]
恭閔惠皇帝
Nama tokong
Tiada[4]
KerabatDinasti Ming
AyahandaZhu Biao
BondaMaharani Dowager Lü

Bapa beliau, Putera Mahkota Zhu Biao (朱標), adalah anak lelaki dan bakal pewaris kepada Maharaja Hongwu. Apabila Zhu Biao meninggal dunia pada tahun 1392 sebelum sempat menaiki takhta, Maharaja Hongwu menjadikan anak lelaki Zhu Biao, Zhu Yunwen sebagai pengganti, bukannya adik lelaki Zhu Biao, Zhu Di.

Pemerintahan Jianwen adalah singkat (1398–1402). Selepas menaiki takhta, Maharaja Jianwen mula menekan raja-raja feudal, yang mana termasuk ayah saudara beliau, Zhu Di. Berasa terancam, pada tahun 1399 Zhu Di mula menguatkan pasukan tentera dan mula berarak ke arah Nanjing dari pangkalan beliau di utara, Beijing di bawah panji kempen Jingnan. Pada tahun 1402, tentera Zhu Di akhirnya tiba di Nanjing dan selepas pertempuran singkat, Zhu Di merampas takhta Maharaja Jianwen dan ditabalkan sebagai Maharaja Yongle.

Bagi mengelakkan ditawan, Jianwen dan perempuan-perempuan simpanan beliau dikatakan mati di dalam satu kebakaran di istana semasa rampasan kuasa ini. Jianwen dinasihatkan oleh sekumpulan sarjana, kemudian dikenali sebagai Empat Martir yang kemudian dibunuh oleh Yongle.

Beberapa khabar angin mengatakan Jianwen melepaskan diri dan menjadi seorang sami yang secara aktif mengatur pemeberontakkan menentang Zhu Di. Terdapat satu cerita yang mengatakan kehilangan Jianwen secara misteri. Setahun selepas Yongle menjadi maharaja China, Yongle menghantar dua orang agen untuk mencari kedudukan Jianwen. Khabar angin mengatakan bahawa seorang agen menemui Jianwen dan berbual dengan beliau. Oleh kerana rekod pencarian Jianwen oleh Yongle hampir musnah, kebenaran perbualan ini tidak dapat dibuktikan. Rekod pemerintahan Jianwen secara sistematik dihilangkan oleh Yongle dan tiada nama kuil diberikan kepada Jianwen.

Makam Maharaja Jianwen juga tidak diketahui.[6]

Nota sunting

  1. ^ On 30 July 1402 the Jianwen era was officially abolished by the new emperor, and the former Hongwu era was reestablished until the beginning of 1403 when the Yongle era officially started.
  2. ^ This posthumous name was given by Emperor Qianlong of the Qing Dynasty in 1736. Previously, in 1644 the prince of Fu had given him the posthumous name Emperor Rang (讓皇帝).
  3. ^ Given in 1736. The full posthumous name given by the prince of Fu in 1644 was: Emperor Sitian Zhangdao Chengyi Yuangong Guanwen Yangwu Keren Duxiao Rang (嗣天章道誠懿淵功觀文揚武克仁篤孝讓皇帝).
  4. ^ Denied a temple name by the new emperor Yongle, but in 1644 the prince of Fu (福王), the new self-proclaimed emperor of the Southern Ming, conferred on Emperor Jianwen the temple name Huizong (惠宗). However, this temple name is not recorded in most history books, unlike the temple name of Emperor Jingtai, also conferred by the prince of Fu, but generally accepted in history books.
  5. ^ Supposed to have died in the burning of the Imperial Palace. However, it is widely believed that he survived and lived underground for many more years as a Buddhist monk.
  6. ^ "The Ming Ancestor Tomb". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-12-30. Dicapai pada 2010-08-12.
Maharaja Jianwen
Tarikh keputeraan: 5 Disember 1377 Tarikh kemangkatan: 13 Julai 1402
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Maharaja Hongwu
Maharaja China
1398–1402
Diikuti oleh:
Maharaja Yongle