Main-main Hantu
Main-Main Hantu merupakan sebuah filem yang diarah oleh Tommy Chung dan Junaidi Dahalan. Filem ini diterbitkan pada tahun 1990.
Main-main Hantu | |
---|---|
![]() | |
Pengarah | Tommy Chung dan Junaidi Dahalan |
Negara | ![]() |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Sinopsis Sunting
Sekumpulan pemain bola jaring dan jurulatih mereka terkandas dalam perjalanan perlawanan di Melaka apabila bas mereka rosak. Mereka terpaksa bermalam di sebuah banglo buruk. Banglo tersebut dijaga oleh sepasang suami isteri yang sudah uzur. Mereka mula mengalami beberapa perkara aneh yang pada mulanya menyeramkan. Namun mereka mula menyedari bahawa gangguan misteri tersebut adalah didalangi oleh sepasang penjenayah yang telah melarikan diri dari tahanan pihak polis.