Majlis Bandaraya Alor Setar
Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Inggeris.
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Majlis Bandaraya Alor Setar merupakan kerajaan tempatan yang mentadbir Bandar raya Alor Setar, Kedah. Majlis ini berfungsi untuk memberikan perkhidmatan-perkhidmatan perbandaran kepada penduduk. Ia juga bertanggungjawab pada kesihatan dan sanitasi awam, pengurusan dan pembuangan sampah, perancangan bandar, perlindungan dan kawalan alam sekitar, pembangunan ekonomi dan sosial, pengurusan lalu lintas dan penyelenggaraan umum bagi infrastruktur bandar[1]. Majlis ini diketuai oleh seorang Datuk Bandar dan mempunyai 24 orang Ahli Majlis.
Majlis Bandaraya Alor Setar | |
---|---|
![]() | |
Sejarah | |
Didahului oleh | Majlis Perbandaran Kota Setar |
Kepimpinan | |
YBHG. DATO’ HAJI MOHD YUSRI BIN HAJI MD DAUD, DSDK., AMK., BCK. | |
Setiausaha Bandaraya | PUAN AMIRAH KHAIRIAH BINTI ABDUL LATIP, AMK., BCK. |
Tempat persidangan | |
![]() | |
Jalan Kolam Air, 05675 Alor Setar, Kedah, Malaysia | |
pbt | |
sunting |
Latar belakangSunting
Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) ialah sebuah kerajaan tempatan di Alor Setar, Kedah, Malaysia. Ia ditubuhkan pada 2003, dan sebelum ini dikenali Majlis Perbandaran Kota Setar (MPKS). Pada peringkat permulaan, Alor Setar ditadbir dalam kawasan yang kecil serta di seluruh daerah Kota Setar. MBAS merupakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang bertanggungjawab untuk kebajikan dan sebarang kemudahan prasarana yang terdapat di Bandaraya Alor Setar dan kawasan sekitarnya dserta mentadbir Daerah Pokok Sena.
Asal-usul penubuhanSunting
Bermula dari sebuah Badan Kebersihan Bandar atau "Sanitary Board" pada tahun 1905, pentadbiran Bandar Alor Setar bertukar kepada "Lembaga Bandaran Kota Setar" pada tahun 1958 yang kemudiannya dinaikkan taraf sebagai "Majlis Daerah Kerajaan Tempatan Kota Setar" pada Mac 1976, sekali lagi dinaiktaraf sebagai "Majlis Perbandaran Kota Setar" pada Februari 1978 dan akhirnya pada tanggal 28 November 2003 bersamaan 04 Syawwal 1424H, bandar Alor Setar telah diisytiharkan sebagai bandar raya Alor Setar ke-9 dengan gelaran Majlis Bandaraya Alor Setar selepas bandaraya-bandaraya Kuala Lumpur, Ipoh, Kuching Utara, Kuching Selatan, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Shah Alam dan Melaka Bersejarah.
Wakil Rakyat Bandar Raya Alor SetarSunting
- Pokok Sena (kawasan persekutuan) YB Dato' Wira Mahfuz Omar
Lihat jugaSunting
RujukanSunting
- ^ Mohd Yahya, N., The local government system in Peninsular Malaysia: with special reference to the structure, management, finance and planning, 1987