Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet 2018–2022

Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet 2018–2022 merupakan kabinet bagi kerajaan Brunei dari tahun 2018 hingga 2022. Kabinet tersebut telah diumumkan oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah pada 30 Januari 2018 dan merupakan rombakan kabinet dari tahun 2015. Ia sepatutnya dirombak pada tahun 2020 namun telah dirombak secara mengejut oleh Sultan Brunei sendiri pada 2018.[1][2] Kabinet ini berakhir pada 7 Jun 2022 selepas Sultan Brunei mengumumkan barisan kabinet baharu[3].

Majlis Mesyuarat
Menteri-Menteri Kabinet
Negara Brunei 2018–2022

Kabinet Brunei ke-7
Tarikh dibentuk30 Januari 2018 (2018-01-30)
Tarikh dibubarkan7 Jun 2022 (2022-06-07)
Orang dan pertubuhan
Ketua negaraSultan Hassanal Bolkiah, Sultan Brunei
Ketua kerajaanSultan Hassanal Bolkiah, Perdana Menteri
Bilangan menteri16
Sejarah
Pilihan rayaTiada
PendahuluKabinet 2015
PenggantiKabinet 2022

Senarai sunting

Berikut ialah senarai ahli-ahli dalam Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet dari 30 Januari 2018[1]:

Jawatan Penyandang
Perdana Menteri KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah
Penasihat Khas Sultan (bertaraf Menteri) YB Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Haji Awang Ibrahim
Kementerian Menteri Timbalan Menteri
Jabatan Perdana Menteri DYTM Duli Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (Menteri Kanan) Datin Dayang Hajah Elinda binti C.A. Mohamed
YB Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Haji Awang Ibrahim (Menteri)
Dato Seri Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud (Menteri)
Kementerian Pertahanan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah
YB Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof
Kementerian Kewangan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Dato Paduka Awang Ahmaddin bin Haji Abd. Rahman
YB Dato Seri Paduka Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah (Menteri II)
Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah
YB Dato Seri Paduka Awang Haji Erywan bin Haji Mohd Yusof (Menteri II)
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri YB Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong
Kementerian Hal Ehwal Ugama YB Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Awang Othman Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar
Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan YB Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong
Kementerian Kesihatan YB Dato Paduka Dr. Awang Haji Mohd Isham bin Jaafar
Kementerian Pembangunan YB Dato Seri Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar
Kementerian Tenaga dan Perindustrian YB Dato Paduka Dr. Awang Haji Mat Suny bin Haji Md. Hussien Dato Paduka Awang Haji Matsatejo bin Sokiaw
Kementerian Pendidikan YB Dato Paduka Awang Haji Hamzah bin Sulaiman Datin Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh
Kementerian Perhubungan YB Awang Abdul Mutalib bin Haji Mohammad Yusof
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan YB Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Haji Abidin

Rujukan sunting

  1. ^ a b Asgar, Abdullah (30 Januari 2018). "Berkenan umumkan pelantikan kabinet baharu". Pelita Brunei. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-04. Dicapai pada 22 Ogos 2018.
  2. ^ Sim, Y.H.; Yahya, Salawati (31 Januari 2018). "Kabinet dirombak". Media Permata Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-02-17. Dicapai pada 22 Ogos 2018.
  3. ^ AGENSI (Jun 8, 2022). "Sultan Brunei rombak Kabinet, menteri wanita pertama dilantik". BH. Dicapai pada 25 Julai 2022.