Mars Polar Lander (Pendarat Kutub Marikh, juga dikenali sebagai Mars Surveyor '98 Lander, Pendarat Peninjau Marikh '98) ialah sebuah pendarat kapal angkasa lepas robotik berat 290 kilogram yang dilancar oleh NASA pada 3 Januari 1999 untuk mengkaji tanah dan iklim wilayah Planum Australe yang terletak pada kutub selatan Marikh. Kajian ini ialah sebahagian daripada misi peninjau Marikh '98. Walau bagaimanapun, pendarat ini gagal berhubung semuala dengan pusat kawalan Bumi pada 3 Disember 1999 selepas fasa penurunananya dijangkakan selesai. Ditetapkan bahawa penyebab kegagalan berkemungkinan besar berpunca daripada kegagalan mematikan enjin sebelum pendarat sampai ke permukaan Marikh, dan ini memyebabkan pesawat itu menghentam permukaan pada halaju tinggi.[1]

Mars Polar Lander, gambaran pelukis.

Rujukan sunting

  1. ^ "Report on the Loss of the Mars Polar Lander and Deep Space 2 Missions". Jet Propulsion Laboratory. 22 March 2000. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-06-05. Dicapai pada 2013-12-02.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.