Marsillam Simanjuntak

Marsillam Simanjuntak (lahir 23 Februari 1943) ialah bekas Setiausaha Kabinet, Pendakwa Agung, dan Menteri Kehakiman dalam kabinet Abdurrahman Wahid, serta juga Ketua Unit Kerja Presiden untuk Pengelolaan Program Reformasi (UKP3R) yang terkini dalam kerajaan Susilo Bambang Yudhoyono di Republik Indonesia.


Biografi ringkas sunting

Dilahirkan di Kota Yogyakarta, Simanjuntak memperoleh ijazah perubatannya dari Universitas Indonesia pada tahun 1971 dan memulakan kerjayanya sebagai doktor penerbangan di Sistem Penerbangan Garuda. Beliau kemudian dipenjarakan tanpa perbicaraan selama 17 bulan di rumah tahanan tentera atas tuduhan penglibatan dalam Peristiwa Malapetaka Lima Belas Januari (Malari) yang terjadi pada 15 Januari 1974. Selepas dibebaskan pada tahun 1975, Simanjuntak menjadi Ketua Kesihatan Garuda. Beliau kemudian dipencenkan kerana enggan menjadi anggota Kor Pegawai Republik Indonesia dan menolak indoktrinasi Pedoman Penghayatan dan Pengamalan Pancasila (P4).

Simanjuntak kemudian aktif sebagai aktivis demokrasi dalam Forum Demokrasi (Fordem), bersama-sama dengan Abdurrahman Wahid (Gus Dur). Ketika Wahid menjadi Presiden Indonesia pada tahun 1999, Simanjuntak dilantik sebagai Setiausaha Kabinet dan menjadi Pendakwa Agung Republik Indonesia selepas kematian Pendakwa Agung Baharuddin Lopa pada tahun 2001. Beliau juga menjadi Menteri Kehakiman menggantikan Yusril Ihza Mahendra yang diberhentikan oleh Presiden Wahid.

Dalam proses pemilihan menjadi anggota Komisi Pemberantasan Rasuah (KPK), Simanjuntak sebenarnya mempunyai pemangkatan yang tertinggi. Namun selepas keputusan pemilihan itu diserahkan kepada Dewan Perwakilan Rakyat, beliau tidak dipilih.

Simanjuntak dilantik sebagai Ketua Unit Kerja Presiden untuk Pengelolaan Program Reformasi (UKP3R) selepas Susilo Bambang Yudhoyono menjadi presiden Indonesia.

Rujukan sunting


Didahului oleh:
Baharuddin Lopa
Pendakwa Agung Republik Indonesia
2001 - 2001
Digantikan oleh:
MA Rachman