Masjid Al-Abdul Razak

Masjid Al-Abdul Razak di Jalan Ismail ialah sebuah masjid Singapura. Dikelilingi rumah peribadi masyarakat Melayu di timur, masjid tua ini dibangunkan pada tahun 1966. Masjid tersebut, dengan kapasiti 700 jamaah, mengalami renovasi kecil pada tahun 1997 untuk menambah fasilitinya.

Masjid ini memiliki imam (guru agama) dan siak (penjaga masjid) yang menjaga masjid sepenuh waktu. Kelas agama diadakan secara ad-hoc. Pada waktu ini, terdapat kelas agama yang diadakan khas untuk jamaah muslimat setiap petang hari Khamis. Manakala kelas untuk jamaah muslimin diadakan setiap petang hari Jumaat.

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting