Masjid Darul Arqam (ダール・アル・アルカム・マスジド)[1] atau juga disebut sebagai disebut sebagai Masjid Asakusa (浅草マスジド)[1] merupakan sebuah masjid yang terletak di pusat bandar raya Tokyo, Jepun. Ia dibangunkan pada tahun 1998 dan dikelolakan oleh Yayasan Masjid Jepun (JMF) yang juga adalah salah satu jabatan yang terdapat dalam Lembaga Islamic Circle of Japan.[2]

Masjid Darul Arqam
مسجد دار الأرقم
Maklumat am
Nama tempatanダール・アル・アルカム・マスジド
Cabang/mazhabSunni
Dibuka pada1998
StatusAktif
Maklumat geografi
Negara Jepun
DaerahAsakusa
Wad khasTaitō, Tokyo
Lokasi111-0025, Tokyo, Taito-ku, 1-9-12 Higashi Asakusa, Jepun.[1]
Koordinat35°43′18″N 139°48′05″E / 35.721764°N 139.801487°E / 35.721764; 139.801487Koordinat: 35°43′18″N 139°48′05″E / 35.721764°N 139.801487°E / 35.721764; 139.801487
Maklumat pembinaan
Bil. kubah1
Kapasiti jemaah80 orang
Lokasi
Masjid Asakusa is located in Bumi
Masjid Asakusa
Masjid Asakusa (Bumi)

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Perkhidmatan sunting

Pada masa kini, pusat ini menyediakan perkhidmatan asas seperti:[3]

  • Solat lima waktu secara berjemaah dan solat Jumaat
  • Upacara perkahwinan secara Islam (pernikahan)
  • Perpustakaan
  • Persaksian syahadah (termasuk pengeluaran sijil)
  • Kelas al-Quran untuk orang dewasa dan kanak-kanak
  • Pengurusan jenzah
  • Pusat maklumat tentang Islam

Kemudahan sunting

Masjid Asakusa terdiri daripada 5 lima buah tingkat. Butirannya adalah seperti berikut:

  • Tingkat 1 digunakan sebagai ruang pusat Islam;
  • Tingkat 2 digunakan sebagai tempat sembahyang bagi golongan wanita di mana ia mampu menampung sekitar 25-35 orang jemaah; serta bilik mandi dan tempat wuduk
  • Tingkat 3 digunakan sebagai dewan sembahyang utama bagi lelaki di mana ia mampu menampung 35-45 orang jemaah
  • Tingkat 4 digunakan sebagai dapur dan ruang makan, tetapi ruang ini juga dapat digunakan sebagai lokasi solat atau ruang pertemuan untuk lelaki apabila ruang di tingkat 3 tidak mencukupi;
  • Tingkat 5 digunakan sebagai kediaman imam masjid.

Lokasi sunting

Masjid Dar Al-Arqam terletak di Tokyo Pusat di mana ia boleh dihubungi melalui stesen Metro Minami Senju dari aliran Hibya dan JR East: Aliran Jōban atau melalui stesen Metro Asakusa dari aliran Ginza.

Rujukan sunting

  1. ^ a b c (Jepun) (Inggeris)"ダール・アル・アルカム・マスジド(浅草マスジド) "Masjid Darul Arqam (Masjid Asakusa)"". Dicapai pada 28 November 2013.
  2. ^ (Inggeris) "Masjid Dar el Arqam Asakusa". Dicapai pada 28 November 2013.
  3. ^ (Inggeris) "Dar al-Arqam Masjid". Islamic Circle of Japan. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-14. Dicapai pada 28 November 2013.

Pranala luar sunting