Masjid Kampung Seberang Bukit Tumbuh

Masjid Kampung Seberang Bukit Tumbuh merupakan sebuah masjid yang terletak di Kampung Seberang Bukit Tumbuh[1], Kuala Nerus, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.[2]

Masjid Kampung Seberang Bukit Tumbuh
مسجد كامڤوڠ سبرڠ بوكيت تومبوه
Maklumat am
Cabang/mazhabSunni Islam
StatusBeroperasi
Maklumat pentadbiran
ImamSamsuddin Bin Ali 2017 (Imam Besar)
Shap'i Bin Hassan ditukar kepada Cikgu Zali 2017 (Timb. Imam Besar)
Hafizi Mokhtar 2017
BilalPok Jakpo
Hj Sidek
Hj Ali
PengerusiCikgu Marzuki bekas Guru Besar SK Bukit Tumbuh
Dimiliki olehNo Daftar: MY-11-KTR-00444
Maklumat geografi
Negara Malaysia
Negeri Terengganu
Daerah Kuala Nerus
LokasiMasjid Kampung Seberang Bukit Tumbuh,
Kampung Seberang Bukit Tumbuh,
Kuala Nerus,
21300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman
Koordinat5°20′16″N 103°07′03″E / 5.337801°N 103.117421°E / 5.337801; 103.117421Koordinat: 5°20′16″N 103°07′03″E / 5.337801°N 103.117421°E / 5.337801; 103.117421
Maklumat pembinaan
Bil. kubah-
Bil. menara1
Bahan binaanSimen & papan
Laman sesawang
Masjid Kampung Seberang Bukit Tumbuh

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Alamat sunting

Masjid Kampung Seberang Bukit Tumbuh,
Kampung Seberang Bukit Tumbuh,
Kuala Nerus,
21300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman

Sejarah sunting

Sejarah 1

Menurut Hj Tawang (Awang Bin Abdullah ,meninggal 26 Dis 2016)penduduk asal Kampung Seberang Bukit Tumbuh juga merupakan jemaah tetap Masjid Kampung Seberang Bukit Tumbuh semenjak 1930 an sehingga akhir hayatnya 2016 bahawa masjid itu adalah berasal dari Istana Hinggap bagi Raja Muda Terengganu pada waktu itu.Raja Muda itu ialah anak kepada Sultan Omar ibni al-Marhum Sultan Ahmad Muazzam Shah I atau Baginda Omar (1806 – 11 April 1876) Sultan Terengganu ke-9 .

Baginda memerintah dari 4 November 1839 - 11 April 1876.

Melihat kepada penduduk kampung tersebut belum mempunyai masjid lalu Raja Muda mewakafkan istana baginda bagi dijadikan masjid untuk kampung seberang Bukit Tumbuh.

Menurut Hj Tawang lagi ,Tiang Asal istana itu masih boleh dilihat sehingga hari ini jika pengunjung hadir ke masjid kampung seberang bukit tumbuh.Tiang kayu yang berada di dalam masjid sebanyak enam batang yang terletak di tengah-tengah masjid itulah tiang asal Istana Hinggap bagi Raja Muda.

Hj Tawang berkata ketika waktu kecilnya sekitar 1930 an,beliau sempat solat berimamkan cucu kepada Raja Muda yang mewakafkan istana itu untuk dijadikan Masjid Kampung Seberang Bukit Tumbuh.Cucu Raja Muda itu kemudiannya meninggal dan kemudiannya dikuburkan di tepi mimbar Masjid Kampung Seberang Bukit Tumbuh .


Sejarah 2

Menurut Syed Abdillah Al Idrus ,Masjid Kampung Seberang Bukit Tumbuh ada kaitan dengan seorang ulamak dan wali Allah yang digelar Tokku Bukit Tumbuh atau Datuk Bukit Tumbuh.Beliau bernama Syed Mustafa Bin Syed Muhammad(Tokku Maqam Lama) dan beliau merupakan anak kepada Tokku Maqam Lama.

Tokku Maqam Lama bernama Syed Muhammad Bin Syed Ahmad Bin Syed Syeikh Al Idrus yang wafat pada 1209hijrah@1794masihi dan dimaqamkan di Cabang Tiga.

Tokku Bukit Tumbuh ialah anak sepupu kepada Tokku Tuan Besar (Syed Muhammad Al Idrus).Tokku Tuan Besar pada zaman Sultan Omar dilantik menjadi Syeikhul Islam Terengganu .Manakala Tokku Bukit Tumbuh diberi tugas untuk mengajar dan mengurus tadbir kampung seberang bukit tumbuh pada zaman pemerintahan Sultan Omar.

Penduduk kampung akan merujuk kepada Tokku Bukit Tumbuh jika berlaku apa-apa masalah samada urusan pentadbiran atau urusan agama khususnya.

Tokku Bukit Tumbuh setelah wafatnya dimaqamkan di Perkuburan kampung seberang bukit Tumbuh.Maqamnya berada di dalam pagar lama atau dipanggil penduduk kampung "pagar kubur tok syed".

Kesimpulan

Berdasarkan dua sejarah di atas bolehlah dikatakan Masjid Kampung Seberang Bukit Tumbuh di asaskan pada tahun 1840 an iaitu pada zaman pemerintahan Sultan Omar iaitu Sultan Terengganu ke 9.

Pentadbiran sunting

Masjid Kampung Seberang Bukit Tumbuh memiliki nombor pendaftaran masjid No Daftar: MY-11-KTR-00444.

Rujukan sunting

  1. ^ Kampung Seberang Bukit Tumbuh, Kuala Terengganu, Terengganu
  2. ^ "Masjid Kampung Seberang Bukit Tumbuh". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-01. Dicapai pada 2018-01-01.

Pautan luar sunting