Kampong Matang Jelutong terletak di daerah Bagan Serai, Perak. Ia mempunyai poskod 34300. Terdapat Sekolah Kebangsaan Matang Jelutong dan Masjid Ar-Rahmaniah di situ.

Kampong Matang Jelutong ialah kampung halaman dan tempat membesarnya kepada Yang Maha Mulia Che Puan Besar Kedah, Che Puan Besar Dato' Seri Utama Hajah Haminah binti Haji Hamidun iaitu Raja Permaisuri Agong ke-14 dan mantan Sultanah Negeri Kedah Darul Aman. Baginda merupakan isteri ke-2 kepada Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Sultan Kedah.

Pautan luar sunting