Max Born (11 Disember 1882 – 5 Januari 1970) merupakan seorang ahli fizik dan matematik Jerman. Dia pernah memenangi Hadiah Nobel dalam Fizik 1954.

Max Born
Max Born
Kelahiran(1882-12-11)11 Disember 1882
Meninggal dunia5 Januari 1970(1970-01-05) (umur 87)
WarganegaraJerman - British
Terkenal keranaAsas mekanik kuantum
Anugerah Hadiah Nobel dalam Fizik (1954)
Kerjaya saintifik
BidangAhli fizik
InstitusiUniversiti Frankfurt am Main
Universiti Göttingen
Universiti Edinburgh
Penasihat kedoktoranCarl Runge
Pelajar kedoktoranVictor Frederick Weisskopf
Robert Oppenheimer
Lothar Wolfgang Nordheim
Max Delbrück
Walter Elsasser
Friedrich Hund
Pascual Jordan
Maria Goeppert-Mayer
Herbert S. Green
Cheng Kaijia

Max Born dibesarkan di Bresdau yang dahulu merupakan sebahagian dari sebuah kota di Jerman, tetapi sekarang merupakan sebahagian Poland. Dia mendapat gelaran doktor di Gottingen pada tahun 1907. Pada tahun 1921, Born kembali ke Gottingen yang merupakan pusat fizik teori yang terkemuka di bawah pimpinannya. Antara banyak sumbangannya pada fizik kuantum adalah penafsiran fungsi gelombang dari zarah melalui peluang untuk mendapatkan zarah. Disebabkan ini, dia menerima hadiah Nobel pada tahun 1954. Born meninggalkan Jerman pada tahun 1933 pada awal zaman Nazi, sama seperti banyak ilmuwan lain. Ia menjadi warganegara England dan bekerja di Universiti Cambridge dan kemudian pindah ke Universiti Edinburgh sampai ia mengundurkan diri pada tahun 1953.