Robert Oppenheimer
Julius Robert Oppenheimer (22 April 1904 – 18 Februari 1967) ialah ahli fizik teori Amerika serta profesor fizik Universiti California, Berkeley. Oppenheimer ialah ketua perang dalam Makmal Los Alamos dan lazimnya disifatkan sebagai "bapa bom atom" disebabkan oleh penglibatannya dalam Projek Manhattan ketika Perang Dunia Kedua yang bertujuan untuk membangunkan senjata-senjata nuklear terawal dunia.
J. Robert Oppenheimer | |
---|---|
![]() J. Robert Oppenheimer, sekitar 1944 | |
Kelahiran | New York City, New York, Amerika Syarikat | 22 April 1904
Meninggal dunia | 18 Februari 1967 Princeton, New Jersey, Amerika Syarikat | (umur 62)
Warganegara | Amerika |
Pusat pendidikan | Kolej Harvard Kolej Christ, Cambridge Universiti Göttingen |
Terkenal kerana | Pembangunan senjata nuklear |
Pasangan | Katherine "Kitty" Puening (k. 1940) |
Anak | 2 |
Anugerah | Anugerah Enrico Fermi (1963) |
Kerjaya saintifik | |
Bidang | Fizik teori |
Institusi | Universiti California, Berkeley Institut Teknologi California Makmal Los Alamos Institute for Advanced Study |
Tesis | Zur Quantentheorie kontinuierlicher Spektren[1] (1927) |
Penasihat kedoktoran | Max Born |
Pelajar kedoktoran | Samuel W. Alderson David Bohm Robert Christy Sidney Dancoff Stan Frankel Willis Eugene Lamb Harold Lewis Philip Morrison Arnold Nordsieck Melba Phillips Hartland Snyder George Volkoff |
Tandatangan | |
![]() | |
Catatan | |
Abang kepada ahli fizik Frank Oppenheimer |
Awal hidupSunting
Robert dilahirkan di New York City pada 22 April 1904.[2]:5-11 Bapanya, Julius Oppenheimer ialah seorang pengimport tekstil yang berpindah dari Jerman ke Amerika Syarikat pada 1888 manakala ibunya, Ella Friedman ialah seorang pelukis dan berasal dari Baltimore.[3] Oppenheimer mempunyai seorang adik lelaki, Frank yang turut menjadi seorang ahli fizik.[2]:16 Oppenheimer mendapat pendidikan awal di Alcuin Preparatory School dan memasuki Ethical Culture Society School pada 1911.[2]:35
Robert mendapat pendidikan tinggi di Kolej Harvard (kolej prasiswazah Universiti Harvard) ketika berumur 18 tahun.[2] Setelah itu, Oppenheimer mendapat tawaran belajar di Kolej Christ, Cambridge. Pada 1926, Oppenheimer belajar di Universiti Göttingen bersama dengan Max Born sebelum mendapat taraf Doktor Falsafah ketika berusia 23 tahun pada Mac 1927.[2]
KerjayaSunting
Pada 1930, Oppenheimer banyak memberi sumbangan dalam bidang fizik atom dan nuklear termasuk kajian-kajian mula mengenai bintang neutron dan lohong hitam yang sudah diabaikan astronomi dalam jangka waktu yang lama.
Selama Perang Dunia Kedua, Oppenheimer memimpin rancangan Projek Manhattan yang bertujuan membangunkan senjata berasaskan atom untuk pihak Amerika Syarikat di Los Alamos, New Mexico. Bom atom pertama kalinya diledak pada 16 Julai 1945 dalam Ujian Trinity di New Mexico. Oppenheimer menyifatkan perasaannya tentang peristiwa tersebut memetik separa dari ayat daripada kitab suci Bhagavad Gita: "Now I am become Death, the destroyer of worlds." ("Kini, aku telah menjadi sang Kematian, pemusnah loka-loka.").[4][nota 1]
Pada 1947 menjadi pengarah Institute of Advanced Study di Princeton, New Jersey. Oppenheimer mendapat banyak musuh yang kuat setelah perang kerana telah mengusulkan pengendalian tenaga atom antarabangsa dan menentang pembuatan bom hidrogen, dan pada 1954 Atomic Energy Commission menyatakannya sebagai "orang yang harus diamankan".[6] Setelah peristiwa penjatuhan bom atom oleh AS di Jepun pada tahun 1945 dan membunuh puluhan ribu orang, Oppenheimer menyesali pekerjaannya dan menyerukan agar tenaga atom digunakan untuk kepentingan yang damai.
Senja hidupSunting
Bahagian ini kosong. Anda boleh bantu dengan menambah isi bahagian ini. (September 2020) |
NotaSunting
- ^ Bait asal dari kitab ini adalah:
कालोऽस्मि लोकक्षयकृत्प्रवृद्धो लोकान्समाहर्तुमिह प्रवृत्तः।
kālo'smi lokakṣayakṛtpravṛddho lokānsamāhartumiha pravṛttaḥ (XI,32)[5] Oppenheimer menerjemahkan terus daripada bahasa Sanskrit dipelajari dan difahami beliau sendiri.[4]
BibliografiSunting
- Oppenheimer, J. Robert (1954). Science and the Common Understanding. New York: Simon and Schuster. OCLC 34304713.
- Oppenheimer, J. Robert (1955). The Open Mind. New York: Simon and Schuster. OCLC 297109.
- Oppenheimer, J. Robert (1964). The Flying Trapeze: Three Crises for Physicists. London: Oxford University Press. OCLC 592102.
- Oppenheimer, J. Robert; Rabi, I.I (1969). Oppenheimer. New York: Scribner. OCLC 2729. (pascakematian)
- Oppenheimer, J. Robert; Smith, Alice Kimball; Weiner, Charles (1980). Robert Oppenheimer, Letters and Recollections. Cambridge, Massachusetts: Harvard University Press. ISBN 978-0-674-77605-0. OCLC 5946652. (pascakematian)
- Oppenheimer, J. Robert; Metropolis, N.; Rota, Gian-Carlo; Sharp, D. H. (1984). Uncommon Sense. Cambridge, Massachusetts: Birkhäuser Boston. ISBN 978-0-8176-3165-9. OCLC 10458715. (pascakematian)
- Oppenheimer, J. Robert (1989). Atom and Void: Essays on Science and Community. Princeton, New Jersey: Princeton University Press. ISBN 978-0-691-08547-0. OCLC 19981106. (pascakematian)
RujukanSunting
- ^ Robert Oppenheimer di Mathematics Genealogy Project
- ^ a b c d e Cassidy, David (2005). J. Robert Oppenheimer and the American Century. New York: Pi Press. ISBN 978-0-13-147996-8. OCLC 56503198.
- ^ Bird, Kai; Sherwin, Martin J. (2005). American Prometheus: The Triumph and Tragedy of J. Robert Oppenheimer. New York: Alfred A. Knopf. ISBN 978-0-375-41202-8. OCLC 56753298.
- ^ a b Hijiya, James A. (June 2000). "The Gita of Robert Oppenheimer" (PDF). Proceedings of the American Philosophical Society. 144 (2). ISSN 0003-049X. Diarkib daripada yang asal (PDF) pada November 26, 2013. Dicapai pada December 23, 2013. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "Hijiya" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ "Chapter 11. The Universal Form, text 32". Bhagavad As It Is. Dicapai pada 24 October 2012.
- ^ Susilo, Taufik Adi. Ensiklopedi Pengetahuan Dunia Abad 20. Javalitera. Yogyakarta, 2010. m/s 32-33
Pautan luarSunting
- Media berkenaan J. Robert Oppenheimer di Wikimedia Commons
- (Inggeris) Penceritaan Robert Oppenheimer berkenaan ujian bom atom pertama
- (Inggeris) Biografi dan pameran tentang Robert Oppenheimer sempena ulang tahun keseratus kelahirannya