Pengeboman atom Hiroshima dan Nagasaki

(Dilencongkan daripada Pengeboman Hiroshima dan Nagasaki)

Peristiwa pengeboman Hiroshima dan Nagasaki (Jawi: ڤڠبومن اتوم هيروسهيما دان ناڬساکي) dengan bom farhana yang bahayaserangan nuklear yang dikenakan terhadap Empayar Jepun oleh Amerika Syarikat di bawah pimpinan Presiden Harry S. Truman sewaktu Perang Dunia II. Pada 6 Ogos 1945, senjata nuklear "Little Boy" dijatuhkan di bandaraya Hiroshima, diikuti dengan pengguguran bom nuklear "Fat Man" di Nagasaki pada 9 Ogos 1945. Inilah satu-satunya penggunaan senjata nuklear dalam peperangan dalam sejarah.

Awan cendawan "Fat Man" akibat letupan nuklear di Nagasaki mencecah 18 km (11 batu, 60,000 kaki) ke langit dari hipopusat.

Terdapat beberapa faktor yang menyukarkan anggaran bilangan nyawa yang terkorban dalam pengeboman ini. Populasi bandar-bandar terlibat sebelum pengeboman cuma diketahui secara kasar kerana berlakunya pemindahan besar-besaran serta bilangan buruh paksa yang juga kabur. Sebilangan mangsa terbakar mayatnya sehingga sukar dicam atau mayatnya dilupuskan dalam pembakaran besar-besaran.[1] Catatan anggota tentera turut musnah dan ramai keluarga dikorbankan keseluruhannya, maka kurangnya orang yang mampu melaporkan bilangan yang terkorban. Menurut kebanyakan anggaran, pengeboman Hiroshima membunuh kira-kira 70,000 orang akibat kesan serta-merta letupan itu. Anggaran bilangan yang terkorban menjelang akhir tahun 1945 diberi daripada 90,000 hingga 140,000 akibat terbakar, penyinaran dan penyakit yang menyusul di samping diburukkan oleh kesuntukan sumber perubatan.[1][2][3] Sesetengah anggaran mencatat sebanyak 200,000 orang mati menjelang tahun 1950 akibat penyakit barah dan kesan jangka panjang yang lain.[2] Bilangan untuk Nagasaki lebih rendah kerana muka bumi di sana mengurangkan impak pengeboman dengan bilangan yang terkorban serta-merta dianggarkan daripada 40,000[4] hingga 75,000 orang.[5] Di kedua-dua bandaraya, kebanyakan besar mangsa yang terkorban merupakan rakyat biasa.[6][7][8] Peranan pengeboman dalam penyerahkalahan Jepun, serta juga kesan dan justifikasinya, banyak dilibatkan dalam perdebatan.

Pada 15 Ogos 1945 Jepun mengumumkan menyerah kalah kepada pihak Berikut lalu menandatangani Surat Cara Penyerahan Kalah pada 2 September lalu menamatkan Perang Dunia II. Maharaja Hirohito dibenarkan memerintah Jepun dengan pengawasan Amerika Syarikat. Lebih-lebih lagi, pengalaman pengeboman ini menggesa Jepun mengamalkan Tiga Prinsip Tanpa Nuklear yang melarang Jepun daripada melengkapkan diri dengan senjata nuklear.

Atomic Bomb Casualty Commission - ABCC

sunting

Atomic Bomb Casualty Commission (komisi untuk mangsa bom atom) adalah sebuah komisi yang ditubuhkan pada tahun 1946 mengikut arahan presiden Harry S. Truman. Satu-satunya tujuan komisi ini adalah untuk menjalankan kajian ke atas mangsa yang selamat dari bom atom, kerana mereka percaya bahawa peluang ini tidak akan datang lagi sehingga perang dunia berikutnya berlaku.[9][10] Oleh itu, komisi ini meneliti kesihatan Hibakusha, tetapi tidak merawat mereka. Pemimpin-pemimpin Amerika menganggap merawat Hibakusha sebagai pengakuan terhadap tanggungjawab atas kecederaan mereka. Akibatnya, Hibakusha merasakan bahawa mereka diperlakukan seperti bahan percubaan oleh komisi ABCC.[9][11][12][13]

Komisi ABCC juga memfokuskan perhatian pada daerah Nishiyama di Nagasaki. Antara hiposentrum dan Nishiyama terdapat gunung-gunung yang menghalang radiasi dan haba dari letupan mencapai Nishiyama secara langsung, dan tidak ada kerosakan. Namun, akibat abu dan hujan yang turun, ternyata terdapat banyak radiasi yang masih ada. Oleh itu, selepas perang, kajian kesihatan telah dijalankan tanpa memberitahu penduduk tentang tujuan kajian tersebut.[14] Pada awalnya, kajian di Nishiyama dilakukan oleh tentera Amerika, tetapi kemudian diserahkan kepada komisi ABCC.

Beberapa bulan selepas serangan bom atom, penduduk di Nishiyama menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam bilangan sel darah putih. Pada haiwan, leukemia boleh berlaku selepas pendedahan seluruh badan, jadi kajian dilakukan untuk melihat apa yang berlaku pada manusia. Osteosarcoma juga telah ditemui pada manusia selepas pengambilan bahan radioaktif secara oral.[14][15] Menurut laporan yang ditulis oleh komisi ABCC, penduduk di daerah Nishiyama, yang tidak terkena kesan langsung serangan bom atom, merupakan populasi yang ideal untuk memerhati kesan sisa radiasi.[14][15]

AS meneruskan kajian tentang radiasi sisa selepas Jepun menjadi negara merdeka, tetapi hasilnya tidak pernah disampaikan kepada penduduk Nishiyama.[16] Akibatnya, selepas Perang Dunia Kedua, penduduk terus mengusahakan pertanian dan bilangan pesakit leukemia meningkat, serta lebih ramai orang meninggal dunia.[16]

Selepas serangan bom atom, saintis Jepun ingin melakukan kajian untuk membantu pemulihan hibakusha, tetapi SCAP tidak membenarkan orang Jepun melakukan kajian mengenai kerosakan akibat bom atom.[14] Terutamanya, peraturan sehingga 1946 sangat ketat, yang menyebabkan lebih banyak kematian akibat radiasi.[17]

Sekiranya Hibakusha enggan menjalani pemeriksaan perubatan rutin, ABCC mengancam untuk membawa mereka ke mahkamah tentera atas tuduhan jenayah perang. Selain itu, jika Hibakusha meninggal dunia, ABCC secara peribadi mengunjungi rumah mereka dan mengambil mayat mereka untuk autopsi.[18] Komisi ABCC juga cuba mengambil mayat sepasang kembar yang dilahirkan mati untuk kajian.[19] Dianggarkan sekurang-kurangnya 1,500 organ dihantar ke Armed Forces Institute of Pathology di Washington.[18]

Rujukan روجوع

sunting
  1. ^ a b [1] transcribed text of the USSBS report on Atomic Bomb Effects from ibiblio.org.
  2. ^ a b DOE page on Hiroshima casualties.
  3. ^ Radiation Effects Research Foundation Diarkibkan 2007-09-24 di Wayback Machine FAQ.
  4. ^ DOE
  5. ^ Rencana Foxnews.
  6. ^ Akhbar Asahi Shimbun Jepun menganggarkan 237,000 orang terkorban di Hiroshima, dan 135,000 di Nagasaki setelah termasuk penyakit akibat kesan susulan berdasarkan data hospital.The Spirit of Hiroshima: An Introduction to the Atomic Bomb Tragedy. Hiroshima Peace Memorial Museum. 1999.
  7. ^ Mikiso Hane (2001). Modern Japan: A Historical Survey. Westview Press. ISBN 0-8133-3756-9.
  8. ^ Another review and analysis of the various death toll estimates is in: Richard B. Frank (2001). Downfall: The End of the Imperial Japanese Empire. Penguin Publishing. ISBN 0-679-41424-X.
  9. ^ a b How a secretive agency discovered the A-bomb’s effect
  10. ^ The Origins of ‘Hibakusha’ as a Scientific and Political Classification of the Survivor
  11. ^ How a Secretive U.S. Agency Discovered the A-Bomb’s Effect on People
  12. ^ For Whom does RERF Exist? -TSS Special Documentary for 75 Years Since the Atomic Bombing- TSS-TV Co., Ltd.
  13. ^ [Radiation research foundation to apologize for studying but not treating hibakusha https://mainichi.jp/english/articles/20170617/p2a/00m/0na/016000c]
  14. ^ a b c d The Hidden Truth of the Initial A-bomb Surveys (Part 1) NHK
  15. ^ a b "Recommendations for Continued Study of the Atomic Bomb Casualties", Papers of James V. Neel, M.D., Ph.D. Manuscript Collection No. 89 of the Houston Academy of Medicine, Texas Medical Center Library.
  16. ^ a b The Hidden Truth of the Initial A-bomb Surveys (Part 2) NHK
  17. ^ NHK Special (2023). Atomic bomb initial investigation The hidden truth:Hayakawa Shobo pp. 124–125. (原爆初動調査 隠された真実 (ハヤカワ新書) NHKスペシャル取材班 (著) pp. 124–125.) ISBN 978-4-153-40012-2
  18. ^ a b プロデュースされた〈被爆者〉たち 岩波書店 柴田 優呼 pp121-122 ISBN:9784000614580
  19. ^ Hibakusha: 2nd gen. Korean who met pope in Hiroshima vows to pass on A-bomb truth