Mic ON! adalah sebuah program realiti TV nyanyian yang berbeza daripada yang lain dimana program ini menyaksikan tiga orang pelawak mencari dan menguruskan bakat baru untuk dijadikan sebagai anak didik mereka dalam bidang nyanyian. Program ini telahpun disiarkan bermula pada 6 November 2020 pada setiap hari Jumaat pada jam 9 malam di saluran Awesome TV.

Mic ON!
FormatTelevisyen realiti
PenciptaAwesome TV
Ditulis olehNorsyella Annuar (1)
Adam Taufiq Suharto (1)
PengacaraNana Mahazan (1)
Azwan Ali (2)
Issey Fazlisham (2)
JuriDato' M. Nasir (1)
Mas Idayu (1-2)
Dato' Awie (2)
Dato' Hattan (2)
Negara asal Malaysia
BahasaMelayu
Bilangan musim3
Penerbitan
Penerbit eksekutifShah Bromo (1)
PenerbitKiedd Fariz Aziz (1)
Khadijah Aminul Rashid (1)
Pemasangan kamera
Tetapan kamera utama
Tempoh siaran43-45 minit
Syarikat penerbitan
Awesome Media Network Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalAwesome TV
(Saluran Astro 123)
Format gambar1080i HDTV (16:9)
Format audioDolby Digital
Siaran asal6 November 2020 – kini

Format sunting

Format rancangan sunting

Mic ON! adalah merupakan program realiti TV berbentuk nyanyian yng berbeza daripada program realiti nyanyian yang lain dimana didalam program ini menyaksikan tiga orang pelawak yang bertindak sebagai pengurus mereka dimana mereka akan mencari dan mengasah bakat-bakat baru ini dalam bidang nyanyian untuk dijadikan sebagai anak didik mereka. Manakala peserta-peserta yang terpilih tidak boleh memilih pengurus mereka sebaliknya hanya dipilih oleh tiga pengurus ini.

Format penyingkiran sunting

Sesi penyingkiran juga berbeza dimana setiap peserta yng mendapat markah terendah bakal disingkirkan oleh pengurus mereka sendiri masing-masing.

Musim sunting

Mic ON! Musim 1 (2020-2021) sunting

Mic ON! musim pertama telah memulakan siarannya pada 6 November 2020 dan program ini dihoskan oleh Nana Mahazan dimana tiga pelawak iaitu Shuk Sahar, Ropie Cecupak dan Fad Bocey masing-masing akan memilih empat peserta untuk dijadikan sebagai anak didik dan team mereka. Persembahan para peserta akan dinilai oleh dua juri tetap iaitu Dato' M. Nasir dan Mas Idayu.

Talent Manager
Azmi Khan (Azmi) Fad Bocey
Mujtaba Habibur (Habib)
Muhammad Firdaus (Jiwa)
Muhammad Shafique (Qmir)
Harun Abdul (Aaron) Ropie Cecupak
Ermanshah (Erman)
Muhammad Yadzir (Yad)
Muhammad Rushairi (Sunio)
Mayuji Azmi (Yujie) Shuk Sahar
Siti Wan Ainnur (Ainnur)
Mohammad Tazrin (Tazrin)
Siti Akmal (Meerlyn)

Pada 29 Januari 2021, Jiwa Firdaus atau Muhammad Firdaus dinobatkan sebagai juara Mic ON! yang pertama dimana beliau berjaya menewaskan lima lagi finalis iaitu Ainnur, Aaron, Erman, Qmir dan Azmi. Kedudukan naib juara dimenangi oleh Siti Wan Ainnur atau Ainnur dan manakala tempat ketiga dimenangi oleh Harun Abdul atau Aaron.

Mic ON! Musim 2 (2022) sunting

Mic ON! musim kedua telahpun memulakan siarannya pada 28 Januari 2022 dan dihoskan oleh Azwan Ali dan Issey Fazlisham dimana kali ini Ropie Cecupak, Fad Bocey dan Ajak Shiro yang menggantikan tempat Shuk Sahar dalam misi mencari dan mengasah bakat baru dalam bidang nyanyian. Para peserta akan dinilai oleh tiga juri tetap iaitu Dato' Hattan, Mas Idayu dan Dato' Awie.

Mic ON! Selebriti (2023) sunting

Hadiah sunting

Juara


Naib Juara


Tempat Ketiga

Rujukan sunting