Aminah Hashim atau lebih dikenali sebagai Minah Hashim (1927 – 1973) merupakan seorang pelakon seniwati Melayu. Beliau dikenali setelah membintangi filem Masam-Masam Manis arahan P. Ramlee.

Minah Hashim
Kelahiran
Aminah binti Hashim

1927 (1927)
Parit Tiram, Muar, Johor, Malaysia
Meninggal dunia1973 (berumur 45–46)
Johor, Malaysia
Sebab kematianKencing manis
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Bakri, Batu 6 Muar, Johor
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1963–1973
Terkenal keranaWatak Mak Minah dalam filem Masam-Masam Manis
PasanganHashim Sukor
Anak-anak3

Kehidupan awal sunting

Mak Minah atau nama sebenarnya Aminah binti Hashim dilahirkan di Muar, Johor pada tahun 1927. Dia mula bergiat aktif di pentas bangsawan pada usia 11 tahun. Salah satu grup bangsawan yang disertainya ialah Bangsawan Aman Belon.

Kerjaya sunting

Mak Minah mengikat kontrak dengan Studio Merdeka, Kuala Lumpur pada tahun 1963. Tahun itu saja Mak Minah telah berlakon sebagai 4 buah filem di mana filem pertamanya berjudul Tangkap Basah, diikuti dengan Fajar Menyingsing, Ibu Ayam, dan Anak Manja. Selepas itu, Mak Minah terus berlakon dalam filem Tun Mandan, Hujan Darah, Jauh Di Mata, Sitora Harimau Jadian, Dajal Suchi, Masam-Masam Manis, Ragam P. Ramlee, Bumiputra, Gadis Langkawi, Do Re Mi, Keluarga 69, Anak Bapak, Ahmad Albab, Kanchan Tirana, Enam Jahanam, Keranda Jingga, Kembang Layu, Gelora dan terakhir Putus Sudah Kaseh Sayang.

Kontroversi sunting

Mak Minah dikatakan telah mati dibunuh ketika keluar daripada panggung Federal di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Perutnya terburai akibat dirodok dengan parang (satu lagi versi cerita kena kodok dengan pedang samurai). Yang menghairankan, Mak Minah pernah muncul dalam filem Gelora (1970) dan Putus Sudah Kaseh Sayang. Kedua-dua filem yang diarahkan oleh P. Ramlee ni ditayangkan selepas peristiwa 13 Mei 1969. Macam mana tu?

Pada tahun 2017, kami para admin Repair Gambar Lama pernah interview Pak Arman Yadi, hero filem Gelora. Kami tanya Pak Arman, filem Gelora tu shooting tahun bila? Pak Arman jawab shooting dalam pertengahan tahun 1970 dan ditayangkan pada bulan November tahun yang sama.

Kata Pak Arman lagi, filem Putus Sudah Kaseh Sayang pula diselenggarakan oleh P. Ramlee pada awal tahun 1971 dan ditayangkan pada bulan Julai 1971.

Kisah Mak Minah mati dibunuh ni bolehlah dikatakan sebagai The Mandela Effect. Apa benda pulak Mandela Effect ni? Maksudnya sejumlah besar orang yang percaya akan sesuatu kejadian, tapi hakikatnya kejadian tu pernah berlaku pun.

Mungkin dalam peristiwa 13 Mei tu ada orang lain yang bernama Mak Minah yang mati dibunuh. Mungkin. Tapi bukan Mak Minah pelakon ni.

Lepas ni kalau ada orang up kisah pelakon Mak Minah mati dibunuh lagi anda tak payah percaya. Mengarut je semua ni.

Kematian sunting

Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1973 di usia 45 atau 46 tahun akibat kencing manis. Minah Hashim dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bakri, Batu 6 Muar, Johor.

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
1963 Tangkap Basah Filem pertama, pelakon tambahan
Fajar Menyinsing
Ibu Ayam
Anak Manja
1964 Tun Mandan Chik Sembok
Jauh Di Mata
Sitora Harimau Jadian Tok Bomoh
Ragam P. Ramlee Mak Segmen: "Damaq"
1965 Hujan Darah
Masam-Masam Manis Mak Minah
Dajal Suchi Tok Bomoh @ Nenek
Bumiputra
1966 Gadis Langkawi
Do Re Mi Ibu Minah
1967 Keluarga 69 Timah
1968 Ahmad Albab Ibu Syawal
Anak Bapak Mak Halimah
1969 6 Jahanam Isteri Saranggabuana
Kanchan Tirana Isteri Pendekar Sahamboi
Keranda Jingga Isteri Sarangga
1970 Kembang Layu
Gelora
1971 Putus Sudah Kaseh Sayang Pekerja Kelab Malam Filem terakhir

Sumber: sunting

  • Sesi temu bual bersama Pak Arman Yadi
  • Majalah Filem
  • P. Ramlee Erti Yang Sakti
  • Repair Gambar Lama

Rujukan sunting

Pautan luar sunting