MindOrder Sdn Bhd atau ringkasnya MO ditubuhkan pada 2014 oleh pengasasnya Murshid Eunos dan diperakui sebagai salah sebuah agensi yang mahir dalam bidang publisiti dan perhubungan awam, perancangan dan pengurusan acara, pengurusan artis dan terbaharu, produksi bagi kandungan digital dan TV. MindOrder beroperasi di The Trillium Lake Fields, Sungai Besi, Kuala Lumpur, Malaysia.

MindOrder
IndustriPengurusan Artis, Publisiti, Penjenamaan, Produksi dan Pencipta Kandungan Digital
Ditubuhkan2014; 10 tahun yang lalu (2014) in Kuala Lumpur, Malaysia
PengasasMurshid Eunos
Tapak webmindorder.com.my
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Latar Belakang sunting

Pada dua tahun pertama beroperasi, MindOrder aktif menguruskan pelbagai pelan dan kempen media sosial bagi produk dan perkhidmatan untuk sektor kerajaan dan swasta.

Sejak 2016, MindOrder mengembangkan operasi syarikat dalam bidang pengurusan artis yang menghimpunkan beberapa bakat ternama di Malaysia termasuklah Erra Fazira, Amelina, Noraniza Idris, Naqiu Boboy, Fasha Sandha, Jaa Suzuran, Luqman Hafidz, Sham Visa dan Oja .

Bermula 2019, MindOrder meluaskan jaringan perniagaan dengan menceburi bidang produksi untuk platform digital dan TV. Antara skop kerja termasuklah pembekalan kandungan bagi saluran YouTube MindOrder dan TV produksi, MO Studios.