Mohammed Alzaanin

pelajar Palestin

Mohammed J. H. Alzaanin ialah seorang penjawat awam Palestin yang tinggal di Gaza. Beliau ialah seorang kakitangan kerajaan di Kementerian Dalam Negeri Palestin.[1] Beliau ialah penuntut program Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang pengurusan sumber manusia di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)[2]

Mohammed Alzaanin
Meninggal dunia8 Oktober 2023
Bait Hanun, Gaza, Palestin
Sebab kematianSerangan bom dalam perang Israel-Palestin
PendidikanDoktor Falsafah (Ph.D) Pengurusan Sumber Manusia
Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA)
Pusat pendidikanUniversiti Sains Islam Malaysia

Beliau bersama-sama isteri, Kholoud M. H. Elzaneen dan empat daripada lima orang anaknya meninggal dunia akibat serangan bom Israel di perkampungan mereka di Bait Hanon, Gaza, Palestin pada 8 Oktober 2023.[2][3] Berita kematian beliau tular dalam berita media Malaysia atas status beliau sebagai siswazah USIM.[4][1]

Rujukan sunting

  1. ^ a b Zambri, Zamir Akmal Bin (2023-10-10). "'Dia tidak takut mati syahid walaupun sekelumit'". Buletin TV3 (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-10-12.
  2. ^ a b Tahir, Sudirman Mohd (2023-10-11). "Tak sempat kirim gambar". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-10-12.
  3. ^ Arifin, Latifah (2023-10-10). "Pasangan suami isteri siswazah Usim, 20 ahli keluarga maut serangan di Gaza". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-10-12.
  4. ^ ZULKIFLI, SYAMILAH (2023-10-09). "Dua pelajar siswazah USIM warga Palestin maut angkara bedilan rejim Zionis". Sinar Harian. Dicapai pada 2023-10-12.