Mohamad Zaki Ibrahim adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelaboran, Kelantan bertanding di atas tiket PAS. Beliau pernah menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan pada 2006 hingga 2009.

Mohd Zaki Ibrahim
ADUN Kelaboran, Kelantan
Dalam jawatan
2004–2018
Didahului olehNoordin Yaakub (PAS)
Digantikan olehMohd Adanan Hassan (PAS)
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan
Dalam jawatan
2006–2009
Didahului olehZulkifli Yaacob
Digantikan olehAbdul Latif Abdul Rahman
Butiran peribadi
Lahirc. 1967
Meninggal dunia31 Mei 2019
Makkah, Arab Saudi
Parti politikPAS logo.svg PAS
PasanganRaihan Zaki Yusof
KediamanKelantan
PekerjaanAhli politik

Pilihan rayaSunting

Beliau memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelaboran sebagai calon PAS pada Pilihan raya umum Malaysia 2004 dengan menewaskan calon Barisan Nasional (UMNO), Datuk Wan Johani Wan Hussin. Beliau juga berjaya mempertahankan kerusi DUN itu pada Pilihan raya umum Malaysia 2008 dan Pilihan raya umum Malaysia 2013, kedua-duanya dengan menewaskan calon BN (UMNO), Wan Hanapi Wan Yaakob. Bagaimanapun, beliau tidak bertanding pada PRU-14.

Keputusan pilihan rayaSunting

Kerusi yang ditandingi Mohamad Zaki Ibrahim
Tahun Kawasan Calon Undi Lawan Undi Peratus Mengundi Majoriti
2004 DUN Kelaboran, Kelantan Mohamad Zaki Ibrahim (PAS) 6,911 Wan Johani Wan Hussin 6,220 78.00% 691
2008 DUN Kelaboran, Kelantan Mohamad Zaki Ibrahim (PAS) 8,656 Wan Hanapi Wan Yaakob 6,444 80.92% 2,212
2013 DUN Kelaboran, Kelantan Mohamad Zaki Ibrahim (PAS) 10,098 Wan Hanapi Wan Yaakob 7,995 83.10% 2,103

Isu dan kontroversiSunting

Nafi kahwin dengan AbbySunting

Pada 3 Ogos 2012, beliau menafikan dakwaan bahawa dia telah berkahwin dengan artis Malaysia, Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan yang menyertai PAS semenjak Julai 2012.[1]

Meninggal duniaSunting

Mohd Zaki Ibrahim, 52, meninggal dunia di Hospital King Abdul Aziz, Makkah pada 31 Mei 2019. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.45 petang (waktu tempatan) selepas dilaporkan berada dalam keadaan kritikal sejak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu, malam kelmarin, akibat komplikasi kencing manis. Perkara itu disahkan oleh isteri arwah, Raihan Zaki Yusof, melalui satu hantaran dalam laman sosial Facebook[2].

RujukanSunting

  1. ^ Ahmad Fadli KC (3 Aug 2012). "ADUN PAS nafi kahwin Abby Abadi". Malaysiakini. Dicapai pada 10 Jun 2020.
  2. ^ Siti Rohana Idris (31 Mei 2019). "Bekas ADUN Kelaboran meninggal dunia di Makkah". Berita Harian. Dicapai pada 10 Jun 2020.