Mohenjo-daro
Mohenjo-daro adalah salah sebuah penempatan kota terbesar di Tamadun Lembah Indus di India kuno, yang kini terletak di Daerah Larkana di Sindh,Pakistan. Kota yang dibina sekitar 2600 SM ini adalah salah sebuah penempatan bandar terawal di dunia yang wujud sezaman dengan tamadun Mesir Purba, Mesopotamia, dan Crete. Puing-puing kota ini dinamai sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Mohenjo-daro juga digelar "sebuah metropolis kuno di Lembah Indus".
Tapak Warisan Dunia UNESCO | |
Maklumat am | |
---|---|
Sebahagian dari | Tamadun Lembah Indus |
Inskripsi | 1980 (sesi ke-4) |
Keluasan | 240 he (26,000,000 ka2) |
Maklumat lokasi | |
Lokasi | Larkana District, Pakistan |
Koordinat | 27°19′45″N 68°08′20″E / 27.32917°N 68.13889°EKoordinat: 27°19′45″N 68°08′20″E / 27.32917°N 68.13889°E |
sunting · sunting di Wikidata |
Penemuan semula dan penggalian
suntingMohenjo-daro dibina sekitar tahun 2600 SM tetapi dikosongkan sekitar tahun 1500 SM. Pada tahun 1922, kota ini ditemui semula oleh Rakhaldas Bandyopadhyay,[1] seorang pegawai Archaeological Survey of India. Beliau dibawa ke guar itu oleh seorang sami Buddha yang mempercayai bahawa guar tersebut adalah sebuah stupa. Pada 1930-an, kerja penggalian besar-besaran dijalankan atas kepimpinan John Marshall, K. N. Dikshit, Ernest Mackay, dan lain-lain lagi.[2] Kereta John Marshall yang digunakan oleh para pengarah tapak masih berada di muzium Mohenjo-daro sebagai tanda memperingati pergelutan dan dedikasi mereka kepada Mohenjo-daro. Kerja penggalian selanjutnya dijalankan oleh Ahmad Hasan Dani dan Mortimer Wheeler pada tahun 1945.
Penggalian besar terakhir di Mohenjo-daro dipimpin oleh Dr. G. F. Dales pada tahun 1964-65. Selepas itu, kerja penggalian di situ dilarang kerana kerosakan yang dialami oleh struktur-struktur yang terdedah akibat keadaan cuaca. Sejak tahun 1965, hanya projek penggalian saki-baki, pantauan permukaan dan pemuliharaan dibenarkan di situ. Sungguhpun projek arkeologi besar dilarang, namun pada 1980-an, pasukan-pasukan peninjau dari Jerman dan Itali terajuan Dr. Michael Jansen dan Dr. Maurizio Tosi, menggabungkan teknik-teknik dokumentasi seni bina, tinjauan permukaan, mengikis dan mencungkil permukaan dan lain-lain, digunakan untuk menentukan bayangan selanjutnya mengenai tamadun kuno tersebut.[3]
Lokasi
suntingMohenjo-daro terletak di Sindh, Pakistan di sebuah rabung zaman Pleistosen di tengah-tengah dataran banjir Sungai Indus. Rabung tersebut kini tertimbus oleh pembanjiran dataran berkenaan, tetapi menonjol sekali pada zaman Tamadun Lembah Indus. Rabung tersebut membolehkan kota Mohenjo-daro berdiri di atas dataran sekelilingnya. Tapak tersebut terletak di tengah-tengah jurang di antara lembah Sungai Indus di barat dan Ghaggar-Hakra di timur. Sungai Indus masih mengalir ke timur tapak itu, tetapi dasar sungai Ghaggar-Hakra kini sudah kering.[4]
Pembangunan manusia selama bertahun-tahun dipercepatkan oleh keperluan meluaskan ruang. Rabung tersebut diluaskan menerusi platform bata lumpur gergasi. Akhirnya, penempatan tersebut meluas begitu besar sehingga ada binaan yang mencecah 12 meter atas paras dataran masa kini, dan dengan itu jauh lebih tinggi daripada ini atas dataran zaman purba.[5]
Kepentingan
suntingPada zaman kuno, Mohenjo-daro mungkin sekali merupakan salah sebuah pusat pentadbiran Tamadun Lembah Indus kuno. [6] Pada zaman kemuncaknya, Mohenjo-daro merupakan kota yang paling terbangun dan maju di Asia Selatan, dan mungkin juga di dunia. Perancangan dan kejuruteraannya menunjukkan kepentingan kota ini kepada masyarakat lembah Indus.[7]
Tamadun Lembah Indus (c. 3300–1700 SM, f. 2600–1900 SM) merupakan sebuah tamadun sungai kuno yang mekar di lembah sungai Indus di India kuno (kini di Pakistan dan India barat laut). Tamadun ini juga dikenali sebagai "Tamadun Harappa."
Kebudayaan Indus mekar berabad-abad lamanya, lalu menimbulkan kebangkitan Tamadun Lembah Indus sekitar tahun 3000 SM. Tamadun tersebut menjangkau kawasan-kawasan yang kini diduduki negara Pakistan dan India Utara, tetapi alih-alih kemerosotan sekitar tahun 1900 SM. Petempatan Tamadun Indus tersebar sejauh pantai Laut Arab di Gujarat di selatan, sempadan Iran di barat, dengan kota kara di Bakhtar. Antara petempatannya termasuk pusat bandar utama di Harappa dan Mohenjo-daro, dan juga Lothal.
Piung-piung Mohenjo-daro merupakan salah sebuah pusat utama dalam masyarakat purba ini. Sesetengah ahli arkeologi berpendapat bahawa Tamadun Indus mencecah bilangan lima juta penduduk pada kemuncaknya.
Sehingga kini, lebih seribu kota dan petempatan telah dijumpai, terutamanya di lembah Sungai Indus di Pakistan dan India barat laut.
Seni bina dan prasarana bandar
suntingMohenjo-daro adalah sebuah binaan purbakala yang luar biasa, kerana mempunyai susun atur terancang yang berasaskan grid jalanan yang tersusun mengikut corak yang kemas sekali. Pada kemuncaknya, kota ini barangkali diduduki kira-kira 35,000 orang. Binaan-binaan di kota ini begitu maju, dengan struktur-struktur yang terdiri daripada batu-bata buatan lumpur dan kayu bakar terjemur matahari yang sekata saiznya.
Bangunan-bangunan awam di kota-kota ini adalah tanda masyarakat yang sangat terancang. Binaan yang bergelar Jelapang Besar di Mohenjo-daro mengikut tafsiran Sir Mortimer Wheeler pada tahun 1950 direka dengan ruang-ruang untuk menyambut pedati yang menghantar hasil tanaman dari desa, dan juga terdapat salur-salur untuk mengedarkan udara di bawah bijian dalam jelapang untuk mengeringkannya. Namun demikian, Jonathan Mark Kenoyer memperhatikan bahawa tiada bukti pernah adanya bijian dalam "jelapang" ini. Oleh itu, Kenoyer mengatakan lebih wajar diberikannya nama "Dewan Besar".[8]
Berhampiran jelapang tersebut ada sebuah lagi binaan awam yang pernah berfungsi sebagai permandian awam besar, dengan tetangga yang turun ke arah kolam berlapik batu-bata di dalam halaman berderetan tiang. Kawasan permandian berhias ini memang tegap sekali dengan selapisan tar semulajadi yang menghambat kebocoran, di samping sebuah kolam di tengah-tengah. Kolam yang berukuran 12m x 7m, dengan kedalaman 2.4m ini barangkalinya digunakan untuk upacara keagamaan atau kerohanian.
Di dalam kota, rumah-rumah disalurkan air dari perigi. Sesetengah rumah ini dilengkapi bilik yang kelihatan diuntukkan untuk bermandi. Air buangan disalurkan ke longkang tertutup yang membarisi jalan-jalanan utama. Pintu masuk rumah hanya menghadap halaman dalam dan lorong-lorong kecil. Terdapat berbagai-bagai binaan yang hanya setinggi satu dua aras.
Sebagai kota pertanian, Mohenjo-daro juga bercirikan perigi besar dan pasar pusat. di samping sebuah binaan yang ada genahar bawah tanah (hipokos) yang mungkin sekali digunakan untuk pemanasan mandi.
Mohenjo-daro adalah sebuah kota yang cukup berkubu. Biarpun tiada tembok kota, namun adanya menara di barat petempatan utama, dan perkubuan pertahanan di selatan. Memandangkan pengubuan sedemikian serta struktur kota-kota lain di Lembah Indus seperti Harappa, menimbulkan persoalan sama ada Mohenjo-daro memang sebuah pusat pentadbiran. Harappa dan Mohenjo-daro berkongsi susun atur seni bina yang agak mirip, dan tidak berkubu kuat seperti tapak-tapak lain di Lembah Indus. Jelas sekali dari keirasan susun atur kota di semua tapak-tapak Indus, bahawa pernah adanya suatu kepusatan politik atau pentadbiran, cuma tidak jelas lagi sejauh manakah benarnya dan fungsi-fungsi pusat pentadbiran tersebut.
Mohenjo-daro dimusnahkan dan dibina semula bersilih ganti sekurang-kurangnya tujuh kali. Setiap kali, kota baru dibina terus di atas kota lama. Pembanjiran dari Sungai Indus disangka menjadi punca kemusnahan.
Kota ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu Kubu Kota dan Kota Rendah. Kebanyakan kawasan Kota Rendah masih belum ditemui, tetapi sememangnya Kubu Kota ini ada sebuah permandian awam, sebuah struktur perumahan besar yang direka untuk menempatkan 5,000 warga, dan dua buah dewan perhimpunan besar.
Mohenjo-daro, Harappa dan tamadun masing-masing, lenyap tanpa kesan dari sejarah sehingga ditemui semula pada 1920-an. Kerja penggalian besar-besaran dilakukan di situ pada 1920-an, namun tiada penggalian mendalam yang dijalankan sejak 1960-an.
Artifak
suntingPatung "gadis menari" yang ditemui di Mohenjo-daro adalah sebuah artifak yang berusia sekitar 4500 tahun. Patung gangsa berkepanjangan 10.8 cm ini ditemui di sebuah rumah di Mohenjo-daro pada tahun 1926. Patung kecil ini adalah kegemaran ahli arkeologi British Mortimer Wheeler, seperti yang dipetik dari sebuah rancangan televisyen pada tahun 1973:
- "Muka kecilnya bergaya Baluchi dengan bibir yang muncung dan paras rupa yang kelihatan tidak senonoh. Saya rasa umurnya tak lebih lima belas tahun, tetapi tidak memakai apa-apa selain gelang di lengan. Seorang gadis yang betul-betul yakin pada diri sendiri dan dunia pada ketika ini. Saya rasa tiada yang seumpamanya di dunia ini."
John Marshall, salah seorang penggali di Mohenjo-daro, memerikan gadis tersebut sebagai impresi jelas seorang gadis muda, berpostur kurang senonoh dengan sebelah tangan mencekak pinggul, sambil mengikut rentak muzik dengan tangan dan kaki.[9]
Sebuah patung lelaki duduk berukuran tinggi 17.5 cm yang bergelar "Raja Pendeta" (walaupun tiada bukti pendeta atau raja memerintah kota ini), adalah satu lagi artifak yang menjadi lambang tamadun lembah Indus. Patung ini ditemui oleh para ahli arkeologi di Kota Rendah Mohenjo-daro pada tahun 1927. Ia ditemui di sebuah rumah ganjil yang binaan batanya berhias dan berceruk dinding, terlantar di antara dinding asas bata yang pernah menampung tingkat rumah. Patung berjanggut ini memakai pita rambut, lilitan lengan, dan mantel berhias corak trefoil yang asalnya berisi pigmen merah.
Taraf UNESCO
suntingKerja-kerja pemeliharaan Mohenjo-daro digantung pada Disember 1996 setelah berhentinya pembiayaan dari kerajaan dan pertubuhan antarabangsa. Bagaimanapun, pada April 1997, Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO) membiayai projek $10 juta untuk perlindungan tapak dan struktur-struktur yang masih berdiri dari pembanjiran selama 20 tahun.
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ Ancientindia.co.uk
- ^ "Mohenjo-Daro: An Ancient Indus Valley Metropolis". Dicapai pada 2008-05-19.
- ^ "Mohenjo-Daro: An Ancient Indus Valley Metropolis". Dicapai pada 2008-05-19.
- ^ "Mohenjo-Daro".
- ^ "Mohenjo-Daro".
- ^ Beck, Roger B. (1999). World History: Patterns of Interaction. Evanston, IL: McDougal Littell. ISBN 0-395-87274-X. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan)CS1 maint: extra punctuation (link) - ^ A H Dani (1992), Critical Assessment of Recent Evidence on Mohenjodaro, Second International Symposium on Mohenjodaro, 24–27 February.
- ^ Kenoyer, Jonathan Mark. “Indus Cities, Towns and Villages.” Ancient Cities of the Indus Valley Civilization. Islamabad: American Institute of Pakistan Studies, 1998. 65.
- ^ Possehl, Gregory (2002). The Indus Civilization: A Contemporary Perspective. AltaMira Press. m/s. 113. ISBN 978-0759101722.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Mohenjo-daro |
- Harappa
- Archaeology.about.com
- Harappa geography
- HistoryWorld
- Mohenjo-daro
- Mohenjo-daro
- Civilizations in Pakistan
- Mohenjo-daro lifestyle
- The Telegraph
Templat:World Heritage Sites in Pakistan Templat:Pakistan topics
[] Error: {{Lang}}: tiada teks (bantuan)