Moses Atede Jona (Arab: موزيس أتيدي جونا; lahir 17 Disember 1997) ialah seorang pemain bola sepak profesional yang bermain sebagai pemain tengah pertahanan bagi Liga Perdana Bahrain Sitra Club. Ia dilahirkan di Nigeria dan bermain untuk pasukan kebangsaan Bahrain.

Moses Atede
Maklumat peribadi
Tarikh lahir (1997-12-17) 17 Disember 1997 (umur 26)
Tempat lahir Kaduna, Nigeria[1]
Ketinggian 165 cm (5 ka 5 in)[2]
Posisi permainan Tengah pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Sitra Club
Nombor 25
Kerjaya remaja
Tumooh
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2018–2021 Al-Hidd
2021–2022 Al-Muharraq
2022–2024 Kedah Darul Aman 11 (2)
2024– Sitra Club
Pasukan kebangsaan
2022– Bahrain 5 (1)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Kerjaya Kelab sunting

Al Hidd sunting

Atede memulakan kerjaya seniornya dengan merantau dari Nigeria menuju Bahrain dengan menyertai perlawanan Liga Perdana Bahrain bersama Al-Hidd, pada tarikh 1 Ogos 2018. Ia berjaya memenangi Liga Perdana Bahrain 2019-20 dalam musim keduanya.[3]

Al Muharraq sunting

Mengikut musim yang selepasnya, Atede memutuskan menyertai kelab baharunya yakni Al-Muharraq. Dia berjaya memenangi Piala AFC 2021dengan menjaringkan pembeza kemenangan di pentas akhir.[4] Al-Muharraq kemudian menjual bebas Atede kepada Kedah Darul Aman F.C. dari Malaysia pada 1 Julai 2022.

Kedah Darul Aman sunting

Pada tarikh 5 Julai 2022, Atede telah bermastautin di Malaysia bagi menyertai Kedah Darul Aman dalam perlawanan Liga Super Malaysia dan Piala Malaysia.[5]

Kerjaya antarabangsa sunting

Atede telah rasmi menjadi warganegara Bahrain selepas pewarganegaraannya dan mempunyai dua kewarganegaraan.[6] Dia memulakan kerjayanya bersama pasukan kebangsaan Bahrain dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA 2016 (AFC) menentang Yaman dengan mata 2–0, menewaskan lawan pada 16 November 2023.[7] Atede telah memenuhi jemputan bagi menyertai pasukannya dalam kejohanan Piala Asia AFC 2023.[8]

Pencapaian sunting

Kelab sunting

Al-Hidd
Al-Muharraq

Rujukan sunting

  1. ^ Ismail, Izzali (July 1, 2023). "Moses Atede anggap Liga M cukup kompetitif". Harian Metro.
  2. ^ "كووورة: الموقع العربي الرياضي الأول". www.kooora.com.
  3. ^ test, web (August 3, 2018). "موسيس "طموح" يتدرب في الحد". Watanelection.
  4. ^ "المحرق يجرد العهد من لقب كأس الاتحاد الآسيوي". alanba.com.kw.
  5. ^ "'Nafuziball' bakal saksikan 3 gandingan Moses Atede dalam skuad Kenari". Majoriti.com.my. July 1, 2023.
  6. ^ Ismail, Izzali (June 28, 2023). "Moses Atede perkukuh posisi tengah Sang Kenari". Harian Metro.
  7. ^ "مدن ينتظم "الاحد" وعبدالله يوسف "الاثنين".. الأحمر يبدأ التحضيرات.. ويعسكر في الخليج". Watan. November 11, 2023.
  8. ^ "علي بن خليفة يترأس وفد المنتخب الوطني في نهائيات كأس آسيا". www.aminmohammad.online.