Mousquetaires de la garde

Mousquetaires de la garde ("Askar Senapang Lantak Pengawal [Diraja]") merupakan barisan petempur utama dalam angkatan yang mengawal kerabat diraja Perancis; askar-askar dalam barisan ini terutamanya menjaga keberadaan Raja Perancis semasa baginda berangkat mencemar duli di luar persemayaman atau pekarangan istana baginda. Askar-askar yang ditugaskan dalam angkatan ini merupakan antara pahlawan paling disegani selama zaman pemerintahan beraja Perancis.

Pakaian askar mousquetaire tahun 1725

Barisan ini ditubuhkan pada 1622 oleh Raja Louis XIII yang melengkapkan seberapa askar berkuda baginda dengan senjata senapang lantak (Perancis: mousquet).[1][2]. Keanggotaan barisan ini lazimnya terhad kepada golongan bangsawan sahaja.

Ia dibubarkan di bawah pemerintahan Raja Louis XVI pada tahun 1776 atas sebab mengurangkan perbelanjaan negara namun dipulihkan semula tahun 1789. Ia dibubarka sepenuhnya tidak lama selepas Revolusi Perancis pada 1 Januari 1816.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "La Première Compagnie des Mousquetaires du Roi" (dalam bahasa Perancis). Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-16. Dicapai pada 2020-03-30. Cite has empty unknown parameter: |4= (bantuan)
  2. ^ "Les "vrais" mousquetaires" (dalam bahasa Perancis). Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)