Mufti Kelantan
Mufti Kelantan adalah merupakan individu keagamaan yang paling penting di Negeri Kelantan
Mufti Kerajaan Negeri Kelantan ialah pegawai agama yang bertanggungjawab dalam membuat fatwa di Kelantan. Penyandang jawatan ini merupakan ketua bagi Jabatan Mufti Kelantan. Di awal penubuhan jawatan ini, Mufti Kerajaan Negeri mengetuai Majlis Mesyuarat Agama yang ditubuhkan pada 1893.
Mufti Kelantan Kelantan | |
---|---|
Jabatan Mufti Negeri Kelantan | |
Gelaran | Sahibus Samahah |
Bidang kuasa | Kelantan |
Institusi | Jemaah Ulama Kelantan dan Jabatan Mufti Negeri Kelantan |
Dilantik oleh | Sultan Kelantan |
Dibentuk | 1893 |
Pemegang pertama | Haji Nik Wan Daud Wan Sulaiman |
Timbalan/naib | Nik Abdul Kadir Nik Mohamad |
Tapak web | https://mufti.kelantan.gov.my/ |
sunting · sunting di Wikidata |
Penyandang semasa jawatan ini ialah Dato Kaya Perba Dato Haji Mohamad Shukri Mohamad yang dilantik pada 1 Januari 2008