Mugdha Veira Godse (lahir 28 Julai 1986)[2] ialah seorang pelakon dan model India yang muncul dalam filem-filem Bollywood. Godse ialah bekas model dan pernah menjadi peserta separuh akhir dalam pertandingan Femina Miss India 2004. Beliau membuat penampilan sulungnya dalam filem Madhur Bhandarkar 2008, Fashion. Beliau ialah salah seorang juri dalam rancangan realiti Marathi, Marathi Paul Padte Pudhe. Mugdha menamatkan B.Com dari Kolej Perdagangan Marathwada Mitra Mandal, Pune.

Mugdha Godse
Godse di Society Achievers Awards 2018
Kelahiran
Mugdha Veira Godse

(1986-07-26) 26 Julai 1986 (umur 37)[1]
PekerjaanModel, pelakon
Tahun aktif2004–kini
Rakan kongsi domestikRahul Dev

Filemografi sunting

Kunci
  Menunjukkan filem yang belum dikeluarkan

Filem sunting

Tahun Filem Peranan Catatan
2008 Fashion Janet Sequeira Dicalonkan—Anugerah Filmfare untuk Penampilan Sulung Wanita Terbaik
2009 All the Best: Fun Begins Vidya / Jhanvi
2009 Jail Maansi Pandit
2010 Help Pia Alves / Dia Alves
2011 Oh God! Saare Hain Fraud Pinky
2012 Gali Gali Chor Hai Amita
2012 Will You Marry Me? Sneha
2012 Heroine Rhea Mehra
2013 Saheb, Biwi Aur Gangster Returns Dirinya sendiri Penampilan khas dalam lagu Media Se
2013 Satyagraha – Democracy Under Fire Malini Mishra Kameo
2015 Kaagaz Ke Fools Nikki
2015 Bezubaan Ishq Suhani
2015 Thani Oruvan Shilpa Filem Tamil
2015 Ishq Ne Crazy Kiya Re   Difilemkan
Afra Tafri   Nayna Ditunda
Pagal Kar Diya Toone  
2019 Sharmaji Ki Lag Gai Shobha Filem Hindi

Rujukan sunting

  1. ^ Loksatta team (26 July 2017). "'ही' प्रसिद्ध अभिनेत्री एकेकाळी पेट्रोल पंपावर करायची काम" (dalam bahasa Marathi). Loksatta. Dicapai pada 16 April 2018.
  2. ^ "MugdhaGodseOfficial". Facebook. 16 April 2018. Dicapai pada 16 April 2018.

Pautan luar sunting