Muhammad Hafiz Jamali

Muhammad Hafiz Jamali merupakan atlet berbasikal para Malaysia. Beliau telah bertanding di Sukan Paralimpik Musim Panas 2020 dalam acara lumba basikal. Beliau telah menyertai acara Pecut Berpasukan Campuran 750m (C1-5) dan 1000m lelaki (C4-5) - Ujian masa bagi berbasikal trek dan acara Uji masa lelaki C1 bagi berbasikal lebuh raya.[2] Beliau turut bergiat aktif dalam sukan tahan lasak dan pernah menyertai pertandingan-pertandingan seperti Kayuhan Trans 1 Malaysia, Sungai Menyala Forest Trail 2017, 113 Desaru Triathlon, Duathlon Putrajaya, Duathlon Port Dickson, Semenyih Eco Trail Run dan Powerman Putrajaya.[1][3]

Muhammad Hafiz Jamali
Maklumat peribadi
KewarganegaraanMalaysia
Lahir (1990-02-08) 8 Februari 1990 (umur 34)
Sabak Bernam, Selangor.[1]
Sukan
SukanBerbasikal para, triatlon, duatlon, powerman, trailathlon
KecacatanAmputasi
Rekod pingat

Kehidupan peribadi sunting

Sejak kecil, Hafiz Jamali sudah menunjukkan bakat sukannya dengan melibatkan diri dalam pasukan ragbi sekolah. Selepas tamat SPM, beliau telah melanjutkan pelajarannya di ILP Kuala Lumpur. Semasa di ILP, beliau telah terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya motosikal dan kehilangan tangan kirinya. Namun, beliau masih bergiat aktif dalam bidang sukan apabila belajar di ADTEC Melaka dan UniKL.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ a b Haika Khazi (16 April 2017). "Pelajar OKU ligat redah hutan". Berita Harian. Dicapai pada 30 Oktober 2021.
  2. ^ "Paralimpik Tokyo 2020". Bernama. Dicapai pada 30 Oktober 2021.
  3. ^ a b "You are your own limit" (PDF). UniKL. Dicapai pada 30 Oktober 2021.