Muhammad Vaez-Zadeh Khorasani

ulama Iran

Ayatollah Muhammad Vaez-Zadeh Khorasani (Parsi: محمد واعظ زاده خراسانی) ialah seorang ulama Islam di Iran. Beliau seorang pemikir Islam Syiah dan ahli akademik di Universiti Ferdowsi, Masyhad, Iran. Beliau dilahirkan di bandar Masyhad, Iran. Beliau pernah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa yang pertama bersama-sama Syeikh Ahmad al-Khalili dan Syeikh Abdullah Bayyah pada 2004. Beliau juga ialah pengasas[1] dan setiausaha agung pertama Persidangan Dunia bagi Kedekatan Mazhab Islam pada 1990.

Ayatollah Profesor Emeritus

Muhammad Vaez-Zadeh Khorasani
Setiausaha Agung Persidangan Dunia bagi Kedekatan Mazhab Islam
Dalam jawatan
1990–2001
Dilantik olehAli Khamenei
Didahului olehJawatan diwujudkan
Digantikan olehMohammad Ali Taskhiri
Timbalan Pengerusi Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa
Dalam jawatan
2004–2006
Berkhidmat dengan Ahmad bin Hamad al-Khalili dan Abdullah Bin Bayyah
Digantikan olehAyatollah Mohammad Ali Taskhiri
Butiran peribadi
LahirMuhammad Vaez-Zadeh Khorasani
(1926-02-24)24 Februari 1926
Masyhad, Iran
Meninggal dunia18 Disember 2016(2016-12-18) (umur 90)
Masyhad, Iran
KerakyatanIran
PekerjaanUlama
ahli politik
Diplomat

Beliau meninggal dunia pada 18 Disember 2016 di Masyhad, Iran.[1]

Latar belakang sunting

Beliau dilahirkan pada 1926 di Masyhad, Iran. Bapanya ialah seorang penceramah terkenal di Masyhad, Syeikh Mahdi Vaez Khurasani.[2]

Beliau menamatkan pendidikan rendah di Masyhad dan pada 1939, beliau berhijrah ke Najaf, Iraq bersama-sama bapanya. Di sana, beliau menyambung pendidikan tinggi dalam ilmu Islam di seminari Najaf untuk tempoh 3 tahun. Pada 1942, beliau kembali ke Masyhad bersama-sama ayahnya.[2]

Beliau menyambung pengajian tinggi dalam seminari Islam di Masyhad selama tujuh tahun di bawah panduan beberapa ulama utama. Pada 1949, beliau berhijrah di Qom, pusat utama seminari Islam di Iran dan mendalami kursus lanjutan ilmu islam selama 11 tahun. Beliau menhadiri syarahan yang disampaikan oleh ulama besar di Qom seperti Imam Khomeini, Ayatullah Hojjat Kuh Kamara'i, Ayatullah Burujerdi, Allamah Tabataba'i, Ayatullah Sadr al-Din Sadr, Ayatullah Gulpaigani dan Ayatullah Araki.[2]

Pada 1960, beliau diundang menyampaikan syarahan di Kolej Ketuhanan, kolej bagi Universiti Masyhad. Beliau dilantik sebagai pensyarah di kolej tersebut dan mengajar tafsir al-Quran, fiqah, sejarah pentafsiran al-Quran, sejarah ilmu aqliah dalam Islam di peringkat tahun akhir dan pascasiswazah.[2]

Usaha kedekatan mazhab Islam sunting

Pada 1990, Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei menubuhkan Persidangan Dunia bagi Kedekatan Mazhab Islam dan melantik Muhammad Vaez Zadeh Khorasani sebagai setiausaha agung pertama bagi pertubuhan tersebut. Beliau memegang jawatan sehingga 2002. Semasa kepimpinan beliau, beliau menubuhkan sebuah pusat penyelidikan pertubuhan tersebut dan mengeluarkan penyelidikan penyatuan bagi meneroka cara praktikal dan membawa kepada kedekatan dan kesalingfahaman antara mazhab-mazhab dalam Islam. Beliau turut mengasaskan jurnal "Al-Taqrib" dalam bahasa Arab dan menerbitkan banyak buku dalam isu-isu yang berkaitan.[2]

Beliau juga ialah pengasas kepada Universiti Mazhab-mazhab Islam di Tehran,[3] yang menjadi universiti pertama seumpamanya di dunia di mana para ulama dari pelbagai mazhab mengajar di universiti tersebut.

Karya sunting

Karya beliau yang dianggap karya agung ialah sebuah ensiklopedia agung al-Quran berjudul "Kamus dalam memahami bahasa al-Quran dan rahsia kefasihan bicaranya" (Arab: المعجم في فقه لغة القرآن وسرّ بلاغته) yang ditulis dalam bahasa Arab dengan 33 jilid dan diterbikan oleh Yayasan Penyelidikan Islam, Masyhad.[4]

Anugerah dan pengiktirafan sunting

Pada 2002, beliau diisytiharkan sebagai Profesor Emeritus Terbaik Universiti oleh kerajaan Republik Islam Iran.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ a b Teymoori, Ali (2017-06-25). "Ayatollah Muḥammad Wāʻiz -Zādah Khorāsānī in Picture". Ijtihad Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-04-08.
  2. ^ a b c d e f "Ayatullah Emeritus Professor Muhammad Vaez Zadeh Khurasani || Imam Reza (A.S.) Network". www.imamreza.net. Dicapai pada 2024-04-08.
  3. ^ Behnegarsoft.com (2020-12-20). "Cleric hails proximity figure, Ayat. Vaezzadeh Khorasani | Taghribnews (TNA)". Taghrib News Agency (TNA) (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-04-09.
  4. ^ "Leader praises Quran dictionary". Tehran Times (dalam bahasa Inggeris). 2017-12-22. Dicapai pada 2024-04-09.