Mukim Belimbing Kiri

Mukim Belimbing Kiri (Jawi: مقيم بليمبيڠ كيري; Cina: 勿林明吉里) ialah sebuah mukim (daerah kecil) dalam kawasan pentadbiran Daerah Padang Terap, di negeri Kedah, Malaysia.[3][4] Mukim ini mempunyai penduduk seramai 2,561 orang pada tahun 2010.[2]

Mukim Belimbing Kiri
Transkripsi lain
 • Jawiمقيم بليمبيڠ كيري
 • Cina勿林明吉里
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Koordinat: 6°18′13″N 100°36′38″E / 6.303549°N 100.610611°E / 6.303549; 100.610611Koordinat: 6°18′13″N 100°36′38″E / 6.303549°N 100.610611°E / 6.303549; 100.610611
NegaraMalaysia
NegeriKedah
DaerahPadang Terap
Kawasan parlimenPadang Terap
Kawasan negeriKuala Nerang
Perwartaan1956
Pentadbiran
 • Pihak berkuasa tempatanMajlis Daerah Padang Terap
 • Ahli ParlimenMohammad Yusoff @ Munir Zakaria
 • Ahli Dewan Undangan NegeriNurul Amin Hamid
 • Penghulu mukim[1]Mohd Ashafizi Abdul Wahab
Penduduk
 (2010)[2]
 • Jumlah2,561
Zon waktuUTC+8 (MST)
Poskod
063xx

Geografi sunting

 
Mukim Belimbing Kiri dalam Daerah Padang Terap

Persempadaan Mukim Belimbing Kiri bersama-sama mukim lain dalam Daerah Padang Terap telah diwartakan pada tahun 1956.[3] Mukim Belimbing Kiri terletak barat Daerah Padang Terap. Ia bersempadan dengan mukim lain iaitu Mukim Tolak di bahagian utara, Mukim Padang Terap Kiri di bahagian timur laut, Mukim Padang Terap Kanan di bahagian timur, Mukim Belimbing Kanan di bahagian selatan, Mukim Padang Temak di bahagian barat daya dan Mukim Kurong Hitam di bahagian barat.[5][6]

Dari segi politik, Mukim Belimbing Kiri terletak dalam zon kawasan parlimen Padang Terap, manakala dalam kerusi Dewan Undangan Negeri Kedah, Mukim Belimbing Kiri terletak dalam kawasan Kuala Nerang.[7]

Bentuk muka bumi sunting

Sungai Padang Terap merupakan sungai utama di Mukim Belimbing Kiri, yang membentuk sempadan antara Mukim Belimbing Kiri dengan Mukim Belimbing Kanan. Terdapat empat sungai yang termasuk dalam sub-lembangan Sungai Padang Terap, merangkumi Charok Petra, Charok Kuala Pai, harok Semeliang, Charok Indin, Charok Kubang Jambu, Sungai Janing dan Charok Bendang Binjai. Sungai Janing juga merupakan sungai utama di Mukim Belimbing Kiri, lembangan saliran Sungai Janing termasuk (dari hulu ke hilir di Sungai Padang Terap) Sungai Labi, Charok Papan, Charok Tok Ismail dan Charok Tok Musa. Sungai Labi yang bermuara di Sungai Janing dekat Kampung Labi membentuk persempadan anatara mukim ini dengan Mukim Tolak.[8][9]

Terdapat juga beberapa bukit-bukau di kawasan Mukim Belimbing Kiri seperti Bukit Bendang Raja, Bukit Tok Pak Nor, Bukit Endin (atau Bukit Indin), Bukit Gelugor, Bukit Payong, Bukit Umi, Bukit Kepah (atau Bukit Kepeh) dan sebahagian Bukit Genting Iboi. Bukit Kepah berfungi sebagai persempadan antara mukim ini dengan Mukim Padang Terap Kiri. Bukit Bendang Raja dan Bukit Endin masing-masing pula membentuk sempadan antara mukim ini dengan Mukim Tolak dan Mukim Kurong Hitam. Charok Bendang Binjai, Charok Kubang Jambu dan Charok Indin berpunca di Bukit Bendang Raja, Charok Petra dan Charok Kuala Pai berpunca dari Bukit Umi dan Charok Papan, Charok Tok Ismail, Charok Tok Musa serta Charok Semeliang pula berasal daripada banjaran tanpa nama berhampiran dengan Bukit Kepah.[8][9]

Pentadbiran sunting

Mukim Belimbing Kiri dipimpin oleh seorang penghulu mukim; pemegang jawatan semasa ialah Mohd Ashafizi Abdul Wahab, yang juga bertanggungjawab memegang jawatan penghulu di Mukim Batang Tunggang Kanan. Mukim ini diurus tadbir oleh Kerajaan Negeri Kedah melalui Majlis Daerah Padang Terap (MDPD).[1]

Senarai di bawah ini merupakan petempatan manusia yang wujud atau ditinggalkan dalam Mukim Belimbing Kiri.[8][9]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b Administrator (22 Disember 2022). "Senarai Penghulu Negeri Kedah". Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Kedah Darul Aman. Dicapai pada 24 Februari 2022.
  2. ^ a b "Taburan Penduduk Mengikut Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan Mukim 2010 (PDF)". Putrajaya: Jabatan Perangkaan Malaysia. 2011. ISBN 978-983-9044-59-1. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Julai 2019. Dicapai pada 25 Februari 2022.
  3. ^ a b "Kod dan Nama Sempadan Pentadbiran Tanah, Unique Parcel Identifier (UPI) Kedah" (PDF). Jawatankuasa Teknikal Standard MyGDI (JTSM). 2011. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2 Ogos 2022. Dicapai pada 24 Februari 2023.
  4. ^ "Senarai Daerah Pentadbiran, Mukim dan Pihak Berkuasa Tempatan" (PDF). Jabatan Perangkaan Malaysia. Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (myCensus 2020). 2020. Dicapai pada 24 Februari 2023.
  5. ^ "Aplikasi Carian Kod dan Nama Sempedan Pentadbiran Tanah". mygos.mygeoportal.gov.my. Malaysia Geospatial Online Services (MyGOS). Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-05-05. Dicapai pada April 12, 2021.
  6. ^ World Express Mapping (WEM) Sdn. Bhd. (dalam bahasa Inggeris). Peta Panduan Jalan Kedah & Perlis (Road Map of Kedah & Perlis) (Peta). 1: 187,950. ISBN 983-2192-36-6.
  7. ^ "Online Electoral Maps of Malaysia" [Peta Kawasan Pilihan Raya Malaysia Atas Talian] (dalam bahasa Inggeris). Tindak Malaysia. Dicapai pada 14 Oktober 2021.
  8. ^ a b c Survey Department of Federated Malay States dan Survey of India (Mac 1945) (dalam bahasa Inggeris). Malay Peninsula 1945 – Kedah (Parts of Padang Terap, Kubang Pasu and Kota Star District) (Peta). 1:63,360. HIND 1035: Lembaran 2E/11 (3 ed.). Kedah, Malaysia.
  9. ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 25 Januari 2023.